Sunday, December 30, 2012

Sejauh mana cinta kita kepada kekasih kita?



Bismillahirrahmanirrahim....

Dalam previous entry, aku ade cakap yang aku sekarang sedang busy menelaah untuk final examination kan... Alhamdulillah, semalam (29/12/12), aku da lalui paper Aural Rehabilitation II dan sekarang ade gap 5 hari, sebelum paper seterusnya iaitu Industrial Audiology... So, after exam tu, aku dan kawan2 tak fikir lagi nak study, kitorang nak release tension dulu, tengahari tu kitorang keluar lunch sama-sama, pastu malam tu kitorang ke KIPSAS (Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah), untuk menghadiri program Kuantan Berselawat... Sampai je kitorang ke sana, lebih kurang kol 6 lebih, kitorang dihiburkan dengan alunan qasidah... Subhanallah, bila dengar qasidah tu, aku rasa tertarik dan tenang sangat... After that, kitorang solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan lepas tu, kitorang dihiburkan dengan alunan qasidah sekali lagi.. Sedang asyik mendengar, tiba2 kawan aku cakap, qasidah Ya Hanana tu pernah dipersembahkan mase wedding Irma Hasmie.. Untuk lirik dan terjemahan Ya Hanana boleh tengok kat SINI ye...



After persembahan qasidah tu, majlis diteruskan dengan ceramah agama daripada Habib Ali Zainal Abidin... Mula2 tu aku tak dengar sangat sebab rase ngantok.. Pastu try laa dengar betol2, masyaallah, sebenarnya isinya sangat hebat !! Ceramah tu berkisar tentang MAHABBAH... Mahabbah tu adalah perkataan arabic yang bermaksud kasih sayang... Dalam tajuk entry kali ni, kekasih yang aku maksudkan bukanlah girlfriend, boyfriend or husband, wife dan bukan juga mak ayah... Tapi NABI MUHAMMAD s.a.w...

Ok, berbalik kepada kasih sayang tadi, kalau kita kan, orang buat jahat kat kita, of course laa kita akan rasa marah, bila rasa marah, mula laa timbul perasaan benci, kita maki or mengumpat dia kan.. Tapi.... orang yang hatinya disinari cahaya iman, dia tak akan ada perasaan benci tu, malah dia akan mendoakan semoga orang itu akan diberi hidayah oleh Allah... Susah bukan??... That is why aku highlight kan di sini, semoga kita sama2 boleh cuba and amal.. Begitu juga kalau kita mempunyai perbezaan pendapat dengan orang lain, kita tak boleh tak suka kat dia, kita kena tetap mengasihi mereka... Imam Malik dengan Imam Syafie, sungguhpun ada pendapat mereka yang berbeza, tapi mereka tetap saling mengasihi dan mendoakan...

Bagaimana cara kita mengasihi nabi Muhammad?.. Sebenarnya Qasidah adalah salah satu cara kita tunjukkan perasaan gembira kita atas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w... So, lepas ni, rajin2 laa dengar qasidah ye.... Pastu semalam, penceramah ada cakap "Kebanyakan penghuni syurga Firdaus adalah di kalangan umat Nabi Muhammad"... Ya allah, semoga kami tergolong dalam golongan yang akan memasuki syurga Mu...

Cuba kita fikir analogi ni ya... Kita masukkan gula dalam air teh, kalau kita kacau, gula tu akan larut... Bila kita minum, air teh tu akan rasa manis... Kalau kita tak kacau, air teh tak akan rasa manis kan??... Begitu juga dengan kita, sebenarnya dalam hati setiap orang Islam tu sudah sedia ada perasaan cinta pada rasulullah.. Cuma peranan kita adalah untuk gerakkan rasa cinta itu, supaya kita akan merasainya... Bila kita mula merasainya, kita tak akan rasa berat untuk lakukan ibadah...

Dalam satu hadis, ni penceramah tu cakap ye... Siapa yang berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 100 kali selepas subuh, Allah akan tunaikan 100 hajatnya... 70 hajat akhirat, 30 hajat dunia... Besarkan fadhilat selawat ni.. So, time free, takde buat pape tu, boleh laa selawat ye... Time dalam kete nak gi mane2, time iron baju, time jalan nak gi cafe, boleh selawat jugak kan?...

Semoga kita semua dapat manfaat daripada perkongsian ilmu kali ni... Wallahua'lam :)



Wednesday, December 26, 2012

Kisah Hidup Hana Tajima Simpson

Assalamualaikum....

This week is the most stressful week coz terpaksa bergelumang dengan paper2 final exam.. This semester, aku hanya ambil 3 papers, and 1 clinical examination... Sambil2 study, sempat jugak bukak fb, blog dan sebagainya... Stress la kononnn kann, padahal bukan study sangat  pon, bukak je notes, tapi mata tu melekat kat screen lappy, pastu mula laa pelik sensorang, apesal laa da 3 jam tapi still duk kat page yang sama... So, one day ni, aku ternampak laa nama Hana Tajima... Before ni memang da familiar sangat dengan nama tu, tapi aku tak tau sape orang tu.. Yang aku tau, she is a blogger... Tibe2 tangan ni terasa nak google siapa pemilik nama Hana Tajima tu... Then, bila baca kisah dia, aku rasa sangat menarik and terasa nak buat entry pasal dia... Aku dapatkan info pasal Hana Tajima dekat SINI 

Beliau ialah seorang pereka fesyen dan dikenali dengan gaya hijabnya yang unik & lebih kasual... Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim.

Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.



Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita. 

Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" katanya.

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.



Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya.

Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi.


Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkiti dengan wabak Islamofobia. "Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu." ujarnya.



Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam.

Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan...

Well done Hana Tajima.... I'm proud of you :)





Monday, December 24, 2012

Buffet Steamboat Dinner di City Times Hotel

Assalamualaikum....

Dalam entry sebelum ni Kempunanmakansteamboat, aku ade cakap tentang perasaanku yang begitu hampa & kecewa gara2 tak dapat makan steamboat sebab sume meja kat City Times Hotel tu da fully booked.... Namun, aku tak berputus asa, last week, aku & my roommates da plan awal2 cane2 pon malam tu, kitorang mesti dapat makan kat situ... So, seawal jam 6.45 ptg, aku mandi, amik wuduk... Sebaik sahaja tok bilal siap azan, aku ngn roommate aku da angkat takbir solat maghrib,semangat punya pasal... Da siap solat sume, kitorang pon gerak ke sana... Alhamdulillah, malam tu kitorang dapat meja...yeay !! hepy bangat.... Tanpa membuang masa, kitorang pon terus tawaf tempat tu, mengambil segala makanan yang ada.... Untuk makan Buffet Steamboat Dinner tu, kitorang kena bayar dlm RM 23 per kepala.... Pastu korang bley makan ape saja makanan yang ade kat situ, sampai laa kol 10 malam... Before pegi tu, make sure korang betol2 lapar ye, so that korang bley makan sepuas2 ati, tapi jangan sampai muntah sudah laa yee.... Malam tu aku makan nasi goreng, sosej, aiskrim, ABC, pastu steamboat & puding... Makanan kat situ sangat sedap... Rase cam berbaloi laa bayar RM 23 tu....    





Melalui bentuk tudung, sudah dapat menggambarkan kesungguhan aku makan...


Puding ni sangat sedap.....







So, sape2 yang baca entry ni sambil telan air liur banyak kali, bley laa try makan kat sini ye.... Tapi ingat ye, kena pegi awal, seeloknya after solat maghrib terus pegi sebab takot full.... Selamat mencuba :)



Wednesday, December 12, 2012

Life As a University Student

Bismillahirrahmanirrahim......



First entry untuk bulan December.... Da hampir 2 minggu saya tak menjengah dunia blog ni... Sampai da terlepas beberapa entry from favourite blogger seperti Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha and Fatin Suhana...Last week memang minggu yang full dengan presentation, assignment and banyak lagi laaa.... Seriously penat mentally and physically... Sabar laa amy, abes sem ni, tinggal 1 semester lagi... Harap everything pass, taknak laa sangkut2 ni..amin... pagi ni sempat update blog kejap, sebab arini ade class ptg je kol 2.30...

Sebagai reward untuk diri sendiri after bekerja keras menyiapkan segala keje dan bertungkus lumus menyetelkan segala personal problem, last Friday, saya balik kampong !! hohoho, balik kampong !! Bus kol 9.30 pagi... Tapi assignment still blom siap... Pagi tu, bangun awal2, terus bukak lappy, sambung buat assignment... Dalam kol 8.15 baru siap, pegi mandi, pastu pegi bilik kawan, print assignment... Da siap print, balik bilik semula, packing barang ala2 kadar, pastu mintak my roomate tolong anta assignment.... Siap pesan 2, 3 kali suruh die anta, takot die lupa...Wuih, memang nangis berlagu Aku yang Berdosa laa, kalau dia lupa nak anta sebab that asignments bring 20% of the total assessment... Alhamdulillah, time tu tunggu bus xlame,,, so kol 9.30 tu saya daa duk kat seat 3A daa... Naik bus PERDANA... Walaupon harga tiket bus ni agak mahal sikit, tapi saya suka bus ni sebab selesa, tambah2 plak duk single seat.. Driver2 pon kalau kite nak turun kat tepi2 jalan tu, diorang ok je... Tak macam sesetengah driver bus, marah2 plak kalau orang suruh drop kat tepi jalan.... Time dalam bus tu sms plak my roomate tu tanye da anta blom assignment,haha.... Risau sangat... Masa sampai kat Terengganu, ade sorang girl ni naik bus, pastu stop kat seat saya sambil tengok tiket die... pastu die cakap "Eh, saya seat 3A, ke ikot duduk seat mane2 ek?"....saya dengan confident cakap "Saya pon seat 3A jugak"... Die pon duduk kat seat belakang saya... Saya pon terus cari balik tiket saya dalam beg, tengok2 seat saya 4A rupa2 nya,haha... Pastu saya toleh belakang, cakap kat die "Sory ye, saya 4A".. Nasib baik laa die baik hati, cakap takpe, sambil senyum,haha...Tak pasal2 malu... Moral of the story, jangan over confident ye, check dulu tiket tu before nak defend diri sendiri...  

Saya sampai umah dalam kol 4.30 ptg.... Sangat terkejut tengok anak buah Nazif Dzakwan yang makin debab,,,aritu mase lahir berat die 2.6 kg je, keciiikk sangat sampai nak pegang pon takot... Sekarang da sebulan lebih, berat die 4kg lebih daa, pegang kejap da lenguh daa,hehe... Pastu, abang die plak, Zarif Syafwan, skrg da nak masuk 3 taun... Asyik buat perangai je, nangis2 pastu mula laa nak serang adik die, nak pukul.... That is the way die nak attract attention mama die... Jelez kot, mama asyik concentrate kat adikk je... 3 hari kat umah rase macam kejap sangat, tak terasa pon masa berlalu.... Hurm, agak sedih jugak time nak naik bus balik kuantan, tapi xpe laa, nak belajar kan....

Time kat umah fikiran tenang je, tak perlu fikir pape... Bila berada kat depan main gate UIA, fikiran mula ligat fikir, assignment, clinic, final year project... Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.... Kau bimbinglah aku dalam mencari ilmuMu ya Allah... This Friday, plan nak buat data collection untuk final year project... Moga segalanya berjalan lancar, aminnn...





  

Friday, November 30, 2012

Sad News

Assalamualaikum....

30/11/2012, 6:27 pm... I got a text message from one of my best friends....

Friend: Salam Amy, saje je nak cakap abang ipar saya meninggal semalam...

Me: Innalillahiwainnailaihirajiun...Sebab ape?

Friend: Arwah accident, masuk ward kat HUSM 10 hari, pastu balik duk umah 2 hari...

Me: Ya Allah... Takziah..Peringatan untuk kita, mati ni tak kenal usia, tak kire bila.. Umur arwah berapa? Anak berapa orang?

Friend: Umur 37 tahun...Takde anak lagi..Kakak saya baru nikah awal tahun aritu... Meninggal sebab pendarahan dalam kepala..

Me: Pastu kakak awak cane sekarang? OK tak? Time accident tu dia sorang2 ke?

Friend: Mat rempit langgar dia... Dia naik motor jugak... Saya pon sedih sangat, kakak saya lagi laa...Tak tahu macam mana kalau kita ada kat tempat dia.. Arwah baik sangat... Sekarang kakak saya ada kat umah mertua dia lagi..

Me: Hurm,kita ni boleh cakap sabar je lah kat dia... Suruh dia ingat Allah banyak2, ngadu kat Allah..

Friend: Ya, Amy.. Semalam pon tido duk sebut2 nama suami dia,huhu...

Me: :'( Ajal itu pasti..Semua orang akan mati, yang bezanya cume cepat atau lambat... banyak2 bagi semangat kat dia.. Suruh dia jangan ikot perasaan sangat, kehidupan dia kena teruskan jugak..

Friend: Biasa la mula2 ni..Memang kena sentiasa bagi semangat kat dia.. Saya da cakap kat dia semalam, kena redha, ada hikmah laa tu...


Kalau lah kita rasa masalah ataupon ujian yang Allah bagi kat kita sudah cukup besar... Tapi sebenarnya salah..Masih ramai lagi orang2 di luar sana yang diuji dengan ujian yang jauh lebih besar.... Kehilangan orang tersayang... Kehilangan seorang suami, insan yang menjadi tempat bergantung...

Ya Allah

Kau ampunilah segala dosa2 arwah...Kau jauhkanlah arwah daripada seksaan kubur...Ya Allah, Kau tempatkan lah arwah bersama golongan orang2 yang beriman....

Ya Allah

Kau berikanlah kekuatan kepada isteri arwah untuk menghadapi dugaan ini.. Kau berikanlah kekuatan untuk dia meneruskan kehidupan... Kau satukan lah mereka kembali di syurga Mu nanti ya allah... Amin ya rabbal Alamin....    






Wednesday, November 28, 2012

Iklan Raya BERNAS- Kisah sedih adik Ahmad & Fizi

Assalamualaikum...



Bulan ni aku agak busy sket, selain dengan clinic, final year project dan class, kitorang juga ade lawatan ke Malaysian Federation of the Deaf (MFD) ataupon Persatuan Orang Pekak Malaysia dekat Puchong dan juga kami melawat Pusat Pertuturan Kiu di Kampung Pandan.. Lawatan2 ni semua adalah untuk subjek aural rehabilitation yang kitorang amik untuk sem ni... Best jugak ade lawatan cani sebab kitorang berpeluang untuk belajar bahasa isyarat dan dapat lihat sendiri macam mana orang pekak ni berinteraksi sesama mereka... We spent 2 nights kat UIA Gombak and happy sangat coz dapat jumpa my ex roomate time sama2 blaja kat Petaling Jaya dulu, Liya, sharing2 story kat cafe sampai abang2 cafe tu sume duk jeling2, isyarat suruh blah sekarang sebab diorang nak tutup kedai da,haha...


Apa yang menarik yang aku nak share kat sini adalah time aku melawat pusat pertuturan kiu or dlm bahasa omputihnya cued speech centre... What is cued speech?... Dalam bahasa simplenya, cued speech ni adalah satu kaedah yang digunakan untuk berinteraksi, dengan menyebut suku kata sambil buat isyarat tangan.... Ada paham murid2 sekalian?... Dengan kaedah ni, orang2 pekak akan dapat gambaran bunyi suku kata tu dengan lebih jelas rather than speech alone... contohnya: MAKAN   MA (ade isyarat untuk ma)  KAN (another isyarat untuk kan)...  Aku sangat kagum bila tengok persembahan murid2 kat cued speech centre tu koir lagu I Have A dream and satu lagi lagu nasyid...  Lepas tu ade aktiviti dalam group, each group akan dapat 3 orang students... You know what, 2 deaf students in my group can recite surah Al Fatihah !! ... yang sorang tu dapat baca dengan jelas & harakatnya pon bagus jugak... Kat sini apa yang aku nampak cikgu2 tekankan bab agama sebab ade kelas fardhu ain, di mana ustaz & ustazah dari JAWI akan dijemput untuk mengajar murid2 and kelas mengaji pon ada jugak...


After sesi fotografi, tibe2 kawan2 aku sume sibuk2 nak ambik gambar ngan sorang budak ni, aku pon terus je join diorang without knowing why diorang excited sangat nak bergambar ngan budak tu...Pastu aku dengar kawan aku cakap budak tu pelakon iklan raya BERNAS punya.... Wow, tibe2 aku plak yang terlebih excited, terus tarik budak tu suruh die amik gambar ngan aku,haha... Tumpang populariti adik ahmad sket,hehe... Balik hostel, bukak lappy terus cari iklan tu kat utube... Let’s watch it now...




Secara kesimpulannya, iklan ini mengisahkan 2 orang sahabat...Sorang name Ahmad, die pekak, sorang lagi Fizi, die plak buta...  Diorang ni duk umah anak yatim... Time tu dekat nak raya, kawan2 diorang ramai laa yang balik umah sedara mara masing2, tinggal diorang je.. So, diorang decide nak pegi Segamat, nak balik kampung Ahmad... pegi stesen bas nak beli tiket bas, tiket da abes... Diorang pegi kat stesen kete api plak, tapi ade satu je tiket yang tinggal... Lepas tu.... Korang tengok sendiri ye, sedih sangat :'(





Dengan adanya program macam ni, aku sangat2 bersyukur atas nikmat kesempurnaan fizikal dan pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah... Kadang2 diri ini sentiasa rasa tidak puas, tidak cukup dengan apa yang ada... Sedikit nasihat buat diriku sendiri, bandingkan lah dirimu dengan orang yang kurang bernasib baik, nescaya kamu akan bersyukur... Jangan bandingkan diri dengan orang yang lebih, nescaya kamu akan tidak akan bersyukur & hidup tak akan tenang....Semoga diriku dan juga pembaca2 blogku ini dilindungi Allah daripada sifat kufur nikmat.... Amin..  


Wednesday, November 21, 2012

Palestine Will Be Free... In Shaa Allah

Assalamualaikum....

Setiap hari tengok newsfeed fb, hati ini sudah tidak tega untuk menahan kesedihan bila melihat saudara2 seagamaku dibunuh oleh Yahudi laknatullah... Sebelum ni, tragedi sedemikian pernah berlaku ni Iraq, Lubnan, Afganistan dan juga di selatan Thai tapi tak begitu memberi kesan kat aku.. Tapi di Palestin, aku sangat2 aware, aku like page Aqsa Syarif dan juga Aman Palestin bagi mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa tentang apa yang berlaku di Palestin... 

Hatiku ternyata sedih bila melihat kanak2 cedera, menangis... Ya Allah, moga engkau beri kekuatan kepada mereka.... Tetapi hatiku tenang apabila melihat gambar2 mereka yang syahid, sungguh tenang, bercahaya, tersenyum, seolah2 mereka sudah melihat syurga yang sudah tersedia untuk mereka...




Ya Allah

Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Palestin. 

Berikanlah mereka keteguhan Iman

Berikanlah mereka kekuatan

Hilangkanlah segala kedukaan yang sedang dialami oleh mereka

Hancurkanlah rejim Zionis Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Berikanlah azab yang setimpal atas perbuatan mereka

 (From: Mencari Redha Allah)  


Apakah sumbangan kita untuk membantu saudara2 kita di Palestin? Kudrat kita sememangnya tidak mampu untuk pergi berjihad melawan Israel di sana, harta kita mungkin tidak mencukupi untuk perbelanjaan perubatan dan keperluan di sana... Ape yang boleh kita sumbangkan ialah doa... Amalkan doa di dalam sujud terakhir solat kita, juga solat hajat lah untuk keamanan di sana... Dermalah sekadar termampu.. Kalau seringit yang kita mampu, bagi seringgit.. 

Aku terbaca mengenai kisah pada zaman Nabi Ibrahim, semasa baginda dibakar oleh kaumnya... 

Ade seekor burung pipit berulang alik mengisi air dalam paruhnya untuk menyiram api yang membakar... Makhluk Allah yang lain bertanya "Wahai pipit, apa yang kamu mahu lakukan?"



Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.

“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Burung kecil itu tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran. Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur.

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).



Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/boikot-2/#ixzz2CrhtO1wu


Semoga kita sama2 ambil pengajaran daripada kisah burung pipit tersebut... Semoga sumbangan kita yang kecil ini mampu membantu saudara2 kita di sana.... Amin





Monday, November 19, 2012

Pengumuman result UPSR !!!!

Assalamualaikum......

Sangat excited tak terkata,hahaa..... I'm proud to announce that my little bro dapat 5A's in UPSR...alhamdulillah, terima kasih kepada ibu bapa saya dan juga adik beradik saya... Tanpa uolls saya tak kan dapat result yang excellent sebegini.... hahaha, kakaknye plak terlebih excited, siap bagi ucapan cam menang anugerah bintang popular lagi.... Papepon, congratulation to Muhammad Adam Mukhriz atas kejayaan adik ye :)




Tibe2 teringat kat kisah aku kira2 11 tahun lalu...

*Bukak tingkap, time tu hujan renyai2, duduk kat meja study sambil menongkat dagu*


23-11= 12 kan?... Time tu aku 12 tahun, darjah 6... Before result kuar tu, seriously takot... Aku ingat lagi time gaduh2 ngn akak aku, die suke cakap "Biar xleh 5A upsr".. Serious jahat kakak aku dulu, cakap gitu kat aku... Tapi biasa laa time kecik2 kan, otak still tak develop sepenuhnya,haha... But now she's a lovely, kind and  caring sister in the world,hehe...

Mase hari result kuar tu, takot sangat.... Tapi alhamdulillah, aku dapat 5A :)  Lepas tu my mom datang kat sekolah, bawak adik aku, Adam Mukhriz.. Time tu die baru pandai jalan,hehe... Kehepyan jelas terpancar kat wajah mak aku... Itu adalah hadiah paling special yang aku penah bagi kat dia...

Abah aku pon sama.... Dia da lama plan nak anta aku gi mrsm... So, bila da dapat 5A, dia la paling semangat uruskan application form nak masuk mrsm, fotostat dokumen2 yang diperlukan... Sampai surat beranak aku hilang, punye laa abah aku busy duk settle sana sini.. tak tau die tinggal surat beranak aku kat mana, kena laa buat yang baru,hehe...


Sekali lagi congratez untuk adik...




Saturday, November 17, 2012

Burger Bakar ---> City Times Hotel ----> Tanjung Lumpur

Assalamualaikum....


Sekarang ni burger bakar antara makanan yang paling femes.. Malam semalam, lepas isyak, aku ngan my roommates 2 orang pegi cari burger bakar kat Indera Mahkota 2.. Saje je nak try, nak tau sejauh mane kesedapannya.... Okla, bley tahan..Aku makan burger bakar daging pastu ade daging salai kat atas, harganya RM 8.. Kalau nak tambah cheese, kena tambah laa lagi seringgit... Ape yang bestnye kat gerai tu, setiap jenis burger tu dinamakan dengan nama filem..macam burger bakar yang aku makan tu nama die KL Drift... Ade burger yang nama KL Gansgster, KL Menjerit dan macam2 lagi laa.... Pastu nugget and fries pon ade jugak kat situ ,benda2 tu sume ade yang nama upin ipin, boboiboy dan macam2 lagi...haha, comel kan?? Waa, makan mewah laa sket malam tu, biase dinner makan mee tomyam yang harga RM 3.50 je,hehe..


Malam tadi plak, kitorang meneruskan episod jalan-jalan cari makan edisi Kuantan kami ke City Times Hotel.. Hotel ni terletak dekat ngn Syahputra College... Excited sangat nak makan kat situ sebab kawan2 aku cakap kita bley makan seafood bakar2 or steamboat sebanyak mana yang kita nak, cume bayar RM 20 je per kepala.. Best kan?? Before ni aku pernah makan kat 1 restoran ni, die juz bagi 1 pinggan, dalam tu ade sotong, udang, ayam, daging kena share 4 orang, da habes tak bley tambah daa... Sangat tak puas ati sebab kena bayar RM 20 jugak sorang... Sebenarnya aku pernah makan kat restoran cani kat Kelantan, tapi aku tak ingat name restoran tu ape, tapi die kat Pengkalan Chepa.. Bayar RM 20, lantak korang laa nak makan banyak mana, kalau korang tak nak balik, nak tido kat situ pon takpe,hehe... Tapi, kalau in case korang amik banyak2 pastu tak abes, korang tak bley bungkus bawak balik tau,haa... Tapi aku aritu sebab da tak larat sangat nak makan, kitorang amik cawan plastik, isi makanan2 yang kitorang da bakar tu dalam tu, letak dalam beg, pastu jalan kuar...


Ni gambar time aku makan kat Pengkalan Chepa :)







Ok, sambung citer kat City Times Hotel tu, excited sangat siap snap picture hotel tu lagi... Bile masuk, kitorang tanye la waitress tu ade kosong lagi tak... Dengan senyuman, waitress tu cakap da full dik... Waa, sedihnyaaa... Terkilan sangat sebab takde rezeki nak makan kat situ... Pastu roomate aku ni, kak anis col kawan die kot2 ade lagi restoran steamboat kat Kuantan ni.. Die cakap laa ade 1 restoran lagi kat area East Coast Mall, so kitorang try laa cari... 2 kali pusing tapi tak jumpe jugak... Hurm, pastu aku try bagi cadangan kat diorang, makan kat Tanjung Lumpur... Diorang setuju...




Sampai kat Tanjung Lumpur, kitorang pegi kat Ana Ikan Bakar Petai.. Ramai sangat orang, macam kenduri plak, nasib baik laa ade meja kosong untuk kami bertiga... Pastu sorang jaga meja, aku ngn aminah plak pegi pilih seafood... Disebabkan kami berdua ni tak tau jenis2 ikan ni, lame laa duk belek2 ikan.. Last skali amik laa sekor, tak tau ikan ape, just tengok saiz je... Budget kitorang untuk makan malam tu RM 20 sorang so, total budget RM 60 laa... Risau jugak kot2 amik sampai terlebih budget plak... Kitorang amik ikan sekor, sotong 2 ekor pastu udang 3 ekor...  Kitorang tanye abang yang jaga ikan tu, ape ikan yang kitorang amik, die cakap tu ikan jenahak... Kitorang order ikan jenahak 3 rasa, pastu sotong ngn udang tu goreng celup tepung, tomyam, nasi putih 3 pinggan...

Masakan kat situ memang sedap... Even tak dapat makan steamboat kat City Times Hotel tu, puas hati laa makan kat situ... Time nak bayar tu, risau jugak... Sume RM 59... Waa, pandai kitorang budget kan,hehe... Nanti kitorang plan nak pegi lagi kat City Times Hotel tu, nak makan jugak steamboat tu... Wassalam....




Wednesday, November 14, 2012

Masihkah kau Ingat....

Assalamualaikum....


Selamat menyambut Maal Hijrah !! ... Ape azam you all untuk tahun baru 1434 hijrah ni?.. Azam aku, aku nak habiskan Bachelor of Audiology ni dengan jayanya, pastu kalau boleh aku nak graduate dengan first class degree..aminnn.... Aku sekarang da final year... Hurm, bila fikir2 balik, sekejap je rasenya masa berlalu... tup2, da final year daa... Dalam 2,3 ari lepas, aku plan nak jumpa ex roomate aku time study asasi kat petaling jaya... Dalam bilik aku dulu tu ade 4 orang termasuk aku: Mima, Nisa, Liya.... Kitorang memang kamcing, tak pernah gaduh2 or masam muka.... Pastu ade sorang lagi kawan aku, name die Silah..  Silah ni sebenarnya satu sekolah menengah ngan aku, tapi dolu2 kitorang tak rapat pon... Bile study kat PJ, kitorang punye hostel satu blok, so cane ntah die selalu datang bilik aku, even aku tak penah jemput pon, hahaha (Silah jangan marah ye, nati tak hansem)... Dalam satu hari, Silah akan datang bilik aku dalam 2 or 3 kali... If die tak datang, kitorang akan rase pelik and mula la message die tanye nape tak datang bilik....  Bile kuar time weekend pon kitorang akan same2 naik bus pegi Mid Valley... Tempat fevret tu.. Banyak sangat kenangan manis ngan diorang... Start pakai contact lense kaler2 pon same2 tau... Memang best duk sebilik ngan diorang..

Gambar sewaktu di alam remaja.... Mima, ingat lagi tak gambar ni??.... Gambar ni diambil sewaktu kitorang first time try2 pakai contact lense... Saje bukak mata besar2.. Itu adalah bukaan mata maksimum bagi mima,hahah...


Dari kiri: Silah, aku, Mima....  Konon2 ni gambar paling cantik laa, siap buat profile picture kt frenster lagi...

So, kitorang pon plan laa nak jumpe, reunion laa konon2... Since masuk kuantan ni, kitorang tak pernah dapat berkumpul same2... Yelaa, masing2 busy kan... Mima budak medic (tapi perangai tak macam budak medic langsung, gosip, kutuk, korek rahsia die paling expert)... Nisa  plak biomedic... Silah study Maths (bakal cekgu la ni)... Liya plak budak engine, so kat Gombak laa die... Happy sangat bila dpt jumpe semula ngan diorang... Hope lain kali dapat kumpul cani lagi... Thanks mima for da treat... Mima belanja kitorang makan kat Sara Thai Kitchen... Moga rezeki mima pasni mencurah2... Sebagai membalas jasa mima yang da belanja kitorang makan, aku nak announce that mima ni single mingle...  Gadis ni ala2 korean, sopan santun, time gelak pon bukak mulut sempit je,hahaaha... Sape2 yang nak berkenalan ngan mima bley contact aku... Mima mesti hepy aku da promote die kat blog,haha.... Tu je laa untuk kali ni.. Selamat Menyambut Maal Hijrah :)






Sunday, November 11, 2012

10/11/12

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, aku masih lagi diberi nafas oleh Yang Maha Esa untuk melangkah ke usia 23 tahun... Kebetulan plak tarikh cantik 10/11/12.. I'm sure laa ramai pasangan2 pengantin yang memilih tarikh ni untuk diijabkabulkan, supaya diorang dapat abadikan kenangan terindah pada tarikh yang cantik & unik ni, ceeewah,hik3... Thanks kepada sume yang wish... Thanks sume atas doa kalian...


Birthday wish from the person that is so special in my life....  She is my mother, she is my best friend, she is everything..
I love u  :)



Ni plak selected birthday wishes from my friends...Hanya yang bertuah sahaja yang dipilih ye,haha...








This one is so special sebab ade kek hello kitty yang super comel,hehe...



Surprise birthday party from my roommates & course mate... Thank u so much you all :)




Friday, November 9, 2012

Berlibur di Pantai Balok

Assalamualaikum....



First entry untuk bulan November..... This time aku nak cerita mengenai salah satu keindahan alam ciptaan tuhan, iaitu Pantai Balok... Mengikut ape yang aku google (Pahang Trekker), pantai balok terletak kira2 15km di utara Kuantan... Pastu, kalau kebiasaan kat pantai lain, swimming is prohibited kan?.. Tapi ape yang Pahang Trekker cakap, swimming is permitted kat pantai balok ni antara Mac dan Oktober... Hurm, aku tak sure pasal fact ni ye??.... Nanti aku plak kena saman sebab bagi fakta yang tak betol,haha... Pantai Balok jugak adalah tempat berlangsungnya Kuantan Wind Challenge iaitu pertandingan untuk para windsurfer... Kalau berminat nak datang sini, don't worry sangat bab penginapan sebab dekat2 area ni ade Swiss Garden Resort & Spa pastu ade lagi la resort2 lain... I'm not too sure sebab tak pernah lagi stay kat resort  tu... Aritu aku pegi pantai balok ngan my coursemate, biase la awal2 sem ni tak banyak sangat keje, so time ni la nak ambik peluang berfoya2,haha.... lagipon memandangkan ni adalah tahun terakhir kitorang blaja kat sini, so, kalau boleh memang nak mengumpul sebanyak mungkin kenangan2 manis dan gambar2 bersama untuk tatapan anak cucu kami pada masa akan datang, ceewaah,hik3.... Ok, jom view album :)

Dari kiri: Afifah, aku, Kak anis (my beloved roomate), Aimi

BBQ yang belom dibakar...... Bahan perap tu sume boys yang buat, pasal tahap hygiene  tu tak tau laa cane,hahaha... Takpe laa yang penting diorang tak gaul pakai kaki....
Seriously, BBQ yang sangat sedap.... Tak sangka plak diorang pandai masak... Nanti korang masuk master chef ye...


Kotak beracun... Walaupon aku committee  untuk games tapi terpaksa main jugak... Cepat2 pass bekas tu kat kawan sebelah sebab taknak jawab soalan,haha....




Itu saja, so sesapa yang plan nak gi Kuantan, jangan lupa pegi Pantai Balok jugak ye.... Insyaallah dengan melihat pantai ni, selain dapat melihat kebesaran Allah, dapat jugak tenangkan jiwa yang kusut,hehe.... Babai :)



Tuesday, October 16, 2012

Captivated by Opick

Assalamualaikum...

Last week, UIA Gombak ade buat konsert but I'm not sure konsert ape, tapi antara artis yang dijemput untuk buat persembahan ialah Opick, Hafiz Hamidun & Ezad Exist..Pengacaranya plak Ally Iskandar... Tapi aku tak berkesempatan untuk pegi konsert tu..Just dengar cerita kawan2 je... Ade sorang kawan aku ni citer kat aku pasal artis bernama Opick.. Aku tak kenal sangat artis tersebut, tapi aku biase dengar jugak lagu die dalam drama2 tempatan... Kawan aku ni cakap laa lagu2 Opick ni best, antara lagu yang die cakap best tu ialah, Maha Melihat, Opick nyanyi featuring Amanda... So, aku saje2 je try cari lagu tu, so jumpe laa... First time dengar, rase tenang sangat & aku pon keep on repeat the same track over and over again....Thanks to my friend, Afifah yang introduce me to this song...







Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya
Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung
Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan
Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata
Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung


Jom layan lagu2 opick yang lain.... Lagu2 ni most of you familiar kot sbb banyak drama gune lagu ni :) selamat menonton...









Monday, October 15, 2012

Istibra'

Assalamualaikum...

Untuk entry ni, aku nak share something yang aku rase sangat penting & maybe ade di kalangan kita yang tak tahu.. Pernah dengar tak perkataan istibra'??.. Istibra' maksudnya cara yang diajarkan oleh Rasulullah saw untuk menghentikan pengaliran air kencing atau menghabiskan kencing ketika membuang air kecil... Istibra' ni dituntut kepada lelaki lelaki sahaja... Untuk perempuan,  tidaklah dituntut istibra‘ kepada mereka.. Menurut pendapat ulama Hanafi, memadailah dengan menunggu seketika sebelum mereka beristinja‘. Manakala para ulama Syafi’e dan Hanbali mengatakan dituntut istibra‘ dengan cara menekan ari-arinya.




Istibra' ni penting supaya kita ni betol2 bersih sebelum amik wuduk & solat... Ini menentukan sama ada, solat kite sah ataupon tak..

“Daripada Ibnu ‘Abbas dia berkata: Nabi Muhammad S.A.W melalui salah satu tembok dari tembok-tembok Madinah atau Makkah, lalu Baginda mendengar suara dua orang manusia yang sedang disiksa di dalam kuburnya.

Nabi bersabda: “Dua orang sedang disiksa dan keduanya tidak disiksa kerana dosa besar. Kemudian Baginda bersabda: Ya, yang seorang tidak beristibra‘ dengan sebersih-bersihnya daripada kencingnya dan yang seorang lagi berjalan dengan mengadu domba. Kemudian Baginda minta diambilkan pelepah kurma yang basah, lalu dibelah menjadi dua dan Baginda letakkan pada masing-masing kuburan itu satu belahan. Lalu dikatakan: Wahai Rasulullah, kenapakah engkau perbuat ini? Baginda bersabda: Mudah-mudahan keduanya diringankan selama dua belah kurma itu belum kering atau sehinggalah ia kering”.

(Hadith riwayat Al-Bukhari)


Hadith Ad-Daraquthni yang maksudnya :
“Bersihkanlah kemaluan kamu daripada air kencing, kerana kebanyakan azab kubur berpunca daripadanya".


Istibra‘ dilakukan dengan apa cara yang terbiasa dibuatnya dengan syarat perbuatannya itu tidak mengheretnya ke arah was-was syaitan atau membawa kepada menyusahkannya, kerana di antara adab istibra‘ itu ialah dengan membuang perasaan was-was daripada dirinya.


Imam Al-Ghazali berkata: “Jangan terlalu banyak berfikir dalam perkara hendak melakukan istibra‘ sehingga menimbulkan was-was dan menyusahkan”.. Wallahua'lam..


Sumber:  UmmnuNusair Durham ,   http://berandamadina.wordpress.com/page/15/?archives-list=1,  http://www.youtube.com/watch?v=DgdpvoFrnmU


Thursday, October 11, 2012

Penderitaan Kamal Affendi Hashim

Assalamualaikum

Ya allah, aku sangat terkejut bila aku baca berita mengenai Kamal Affendi Hashim yang kini sakit disebabkan Arteriovenous Malformation (AVM). For those yang tak kenal sape Kamal Affendi Hashim, beliau ialah seorang penganalisis jenayah. Aku selalu tengok beliau kat rancangan MHI, share tips2 keselamatan. 



Hati ni tertanya2, ape tu sebenarnya AVM?..... Melalui ape yang aku baca di PubMed AVM ni adalah abnormal connection antara arteri dengan vena dekat brain. Untuk orang yang
normal, biasenya antara arteri dengan vena tu ade kapilari. Tapi for those yang mengalami
AVM, vena dengan arteri tu die connect terus, takde kapilari..... AVM tu die vary in size and
location in the brain...... AVM tu die boleh pecah, disebabkan tekanan as well as damage kat blood vessel tissue, ini boleh menyebabkan blood leak to the brain and surrounding tissue dan mengurangkan blood flow to the brain.... AVM happens at birth (congenital) tapi simptom2 nye boleh berlaku at any age.... Antara simptom2 nye ialah bunyi berdesing dalam telinga (pulsatile tinnitus), headache, muscle weakness  in any part of body or face dan juga blurred, decrease or double vision.... Sebab AVM berlaku adalah tidak diketahui... 



Sumber gambar di sini

AVM ni boleh mengganggu fungsi badan, depend on die punye location... (from Sumber)



Sumber gambar di sini

  1. Frontal lobe controls personality.
  2. Parietal lobe controls movement of the arms and legs.
  3. Temporal lobe controls speech, memory and understanding.
  4. Occipital lobe controls vision.
  5. The cerebellum controls walking and coordination.
  6. Ventricles control the secretion of cerebrospinal fluid.
  7. The brainstem controls the pathways from all of the above functions to the rest of the body.

Updated news from Blog Mazidul Akmal said that pembedahan mengeluarkan gumpalan urat dengan radius 3 cm di kepala Kamal Affendi Hashim berjaya..... "Teknik lazer digunakan. Kepala terasa panas sedikit sebab bilik pembedahan sejuk" katanya..... Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk kos pembedahan tersebut dan juga semua yang mendoakan beliau....  



    

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...