Saturday, October 6, 2012

Pengkalan Kubor - Syurga Membeli Belah

Assalamualaikum

            Memandangkan cuti sekolah da makin hampir ni, mesti ramai yang da plan nak pegi holiday kat mane kan? ataupon maybe ade saudara mara yang nak kawen time cuti sekolah ni, bley la sambil2 tu amik peluang bersiar2.. Because I'm originally from Kelantan, specifically Pengkalan Kubor, aku nak citer la sket mengenai pengalaman aku bermastautin di tempat tumpuan orang shopping tu selama lebih kurang 17 tahun.. Mase aku form 5, abah aku pencen, so kitorang balik duduk di kampung... Bye- Bye pengkalan kubor =(

             Pengkalan Kubor ni terletak di daerah Tumpat, dan bersempadan dengan Takbai, Thailand... Ingat time aku kecik2 dulu, time weekend memang ramai sangat orang, sampai full kot kaki2 shopping parking kete kat kawasan perumahan kastam yang aku duduk tu.. Tapi sekarang da tak ramai macam dulu lagi da, tambah2 lagi dengan tragedi kat Takbai aritu kan, orang da takot da nak pegi kat sana.. Untuk ke Takbai tu, ade pengangkutan feri disediakan, dengan harga aku tak ingat da berapa.. Nak naik bot pon bley jugak.. Tapi make sure kena ade pasport or border pass (pas sempadan) laa kalau anda tidak mahu ditangkap oleh abang2 & kakak imigresen ye =)

              Kat pengkalan kubor ni, orang shopping kat satu tempat ni yang dipanggil kawasan bebas cukai.. Disebabkan da lame tak pegi sane, terpaksa mintak bantuan encik google utk dapatkan gambar pengkalan kubor,hehe... Tenkiu Mr Google..








            Ape yang best kan sini?? Barang2 kat sini kebanyakannya made in thailand... Tak tau la ape yang best tapi as far as I know, kalau orang datang kat sini, mesti diorang borong set pinggan mangkuk, toto, comforter, pastu pakaian pon banyak jugak kat sini.. Baju tidur, blouse, macam2 laa... Yang penting harga boleh ditawar.. Tapi kena hati2, time nak keluar tu barang2 anda akan di check, silap2 anda dikehendaki bayar cukai oleh abang2 & kakak2 kastam plak.... So, pandai2 da selit brg2 u all tu supaya diorang tak nampak ye?haha.... Haa, ade lagi yang best kat sini, somtam die sangat sedap, korang bley try.. Kalau aku pegi pengkalan kubor, mmg confirm2 aku akan pegi gerai somtam tu, pastu beli air kelapa kat kedai Abe Zul, gerai die kat tepi jalan besar, depan kawasan perumahan unit pencegah penyeludupan (UPP).. Promote gerai Abe Zul sket,haha... pastu kat pengkalan kubor jugak femes dengan mee cambo, aku penah try jugak, sedap.. 


Cani la lebih kurang rupa mee cambo

Lepas Korang penat shopping bley la korang bersiar2 kat pantai plak.. Pantai yang dekat dengan pengkalan kubor ni ialah pantai Sri Tujuh.. Kat sini ade kemudahan chalet.. Bley la nak bermalam kat situ..





Thanks for reading....Selamat membeli belah... Tapi jangan la sampai membazir ye.... Membazir itu amalan syaitan =)



2 comments:

  1. teringat pulok time kito mudo2 dlu sokmo derak bebas cukai.hahaa

    ReplyDelete
  2. haha...tu laa, xdop tmpat lain doh nak gi berfoya2, kat bebas cukai je laa...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...