Monday, April 29, 2013

Soalan spot untuk Job Interview

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, hari ni bley menarik nafas lega sket sebab da abes mock interview.. yeay !! lupakan everything pasal assignment and thesis yang tak tahu bila akan berakhir tu, fikir pasal balik mengundi.... Mock interview tu maksudnya interview olok2... ianya adalah untuk subject yang aku amik sem ni, iaitu professional issue... Walaupon olok2 je, aiii ketaq jugak laa kepala lutut ngan bibir mulut cheq ni nak berhadapan dengan 3 orang lecturer yg jadi interviewer.... Tapi bagus jugak laa ada mock interview ni sebab nanti kita akan lebih prepare untuk menghadapi job interview yang sebenar.... So, aku ada laa study mengenai top questions yang interviewer akan tanya and soalan2 tu lah yang ditanya mase aku mock interview, aku akan bagi suggested answer lagi ye..hafal laa ye, jangan tak hafal,haha..... Hope dapat membantu you all untuk mendapatkan job yang you all nak... Soalan2 ni aku tengok kat sini

Question 1: Tell us about yourself....
Answer: You all cakap laa nama, asal, educational background... Pastu aku ade tambah, during my study, I have been equipped with clinical practice in diagnosing and managing people with hearing loss.


Question 2: Why should we hire you?
Answer: Soalan ni aku rase cam soalan wajib yang akan ditanya.... So, jawapan die ialah......
I fulfill all the requirements for the job. However, some other applicants do probably also fulfill it. I think that I am   a very responsible person and always accomplish all my duties and I am also a very organized person, what is strongly reflected in my work.

Question 3: What is your strength and weakness?
Answer: Jawapan untuk strength tu lebih kurang cam kat atas... Untuk soalan weakness plak, aku jawab "I'm uncomfortable in public speaking. Realizing this was a problem, I decided to join Student Learning Enhancement Unit (SLEU) and I became s student coordinator. From there, I attended many public speaking workshop and my public speaking has improved over time"... Yang penting, you all takleh nak pasrah je cakap weakness, tapi you all kena cakap yang you all do something untuk improve it okey!!

Question 4: What is your goal in 10 years time?
Answer: Soalan ni you all kena berangan sket ye... Ape yang aku jawab time mock interview, I wish I will be promoted and I will continue my study...

Question 5: Do you have any questions?
Answer: kat sini aku list beberapa soalan yang appropriate untuk ditanya.... Ni from lecture note aku,hehe..
- Does the company have a continuing education program? Is there any education budget for each person?
- Can you tell me about benefits including vacation, sick time, pension plans, health care benefit, and flexible time? 

Itu saja sharing untuk kali ni.... Semoga bermanfaat yee... Dapat keje nanti jangan lupa blanja sayeeee,hehe.... 




Thursday, April 25, 2013

Hari hari terakhir sebagai student

Assalamualaikum.....

Final semester ni, aku sangat busy... Kadang2 rasa stress sangat... terpaksa laa pujuk hati sendiri.. "takpe laa, semua ni insyaallah akan berakhir tak lama lagi" and then tetiba semangat tu datang balik,hehe.... So, arini aku telah berjaya melepasi something yang sangat2 mendebarkan, final research presentation... Alhamdulillah !! Petang ni rilek2 dulu, tenangkan fikiran before proceed dengan thesis writing plak... Untuk entry kali ni, aku nak kembalikan kenangan 4 tahun dulu, iaitu time kitorang first year... tak sangka laa, masa cepat berlalu, sekarang da final semester daa... Bila flashback balik memang laa rasa masa tu cepat berlalu, tapi naak menghadapi satu2 semester tu ya Allah, macam2 cabaran yang kitorang kena hadapi... 
NO PAIN, NO GAIN !! 

Last week, kitorang ade photography session, konon2 sebagai kenangan laaa bila kitorang da graduate nanti insyaallah,hehe... Sebelum tu, jom tengok gambar kitorang 4 taun lepas, tengok ade beza ke tak ye??haha =D and photography session last week tu kitorang memang sengaja pakai purple nak bagi sama ngan gambar time first year,hehe....




Ni plak gambar2 sewaktu fourth year =)















Doakan kami berjaya dalam final semester ni ye... Semoga kami semua bley graduate insyaallah bulan 10 ni..Thank you for visiting my blog =)




Friday, April 12, 2013

Nasihat untuk adik-adik from Kak Amy =)

Assalamualaikum....

Baru-baru ni tersebar berita mengenai kisah buli di sekolah... Bila tengok ramai sangat orang share video tu kat fb, 2,3 kali aku duk fikir eh! nak tengok ke tak, nak tengok ke tak, last2 tengok jugak... Aku ni jenis yang tak bley tengok video2 bertemakan kekejaman, mula laa emotional sensorang, sedih, sampai 2,3 hari still duk fikir ape laa nasib si mangsa tu... Same thing happen mase aku tengok video orang gaji indon lambung2 baby tu, rase cam nak cekik2, nak lambung2 jugak orang gaji tu macam die buat kat baby tuh !! 

Lepas tengok video buli tu, tak tau nak cakap ape.... Sedih, terkejut, geram..... Bercampur baur..... Dalam hati aku, takde ke sedikit perasaan belas kasihan dalam diri budak2 tu, sampai sanggup tumbuk kawan camtu skali??.... Nasihat akak kat adik2, time skolah ni tak payah laa nak tunjuk hero... Takde gunenye jadi femes dengan publisiti macam tu... Biar laa orang nak cakap awak skema ke, awak nerd ke, janji awak tak kacau orang, awak pegi skolah untuk blaja... Awak blaja betol2, masuk universiti sume, lepas tu awak nak jadi lan todak ke, lan landak ke, lanun ke, awak nak jadi pontianak skali pon suke ati awak laa.... But I believe time tu awak da big enough daa untuk fikir which one is the best for you =)  Yela, kadang2 remaja ni tindakan die lebih kepada nafsu, that is why akal kena gune... Before buat something, make sure awak kena fikir ape akibat yang bakal awak terima... Jangan buat something yang you all hanya akan dapat kepuasan untuk sementara, sedangkan akibatnya akan affect your life seumur hidup.....

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya"[HR Bukhari dan Muslim]

Rasulullah saw. bersabda, "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." [HR Bukhari dan Muslim]

Saturday, April 6, 2013

Kisah Cinta Abil & Gee

Assalamualaikum.....

Rasenye semua dah tau mengenai kisah pengorbanan seorang insan bergelar suami yang bagi saya, Abil telah menunaikan amanah Allah dengan begitu sempurna sekali, menjaga isteri yang sedang sakit sehingga isterinya telah selamat menghembuskan nafas terakhir dengan tenangnya... Kalau seorang isteri yang jaga suami sakit, tu memang biasa, tapi saya tak pernah dengar ade suami yang sanggup jaga isteri sakit..  Malah saya fikir "Eh! ade ke lelaki sesempurna ni dalam dunia ni?".... Yang saya fikir, lelaki, kalau isteri sakit, mula laa nak kawen lain... Ternyata sangkaan saya tu salah !! Abil telah membuktikan bahawa bukan semua suami sayangkan isteri time isteri sihat saje macam saya fikir....Mintak maaf ye para suami sekalian, Abil telah mengubah persepsi negatif saya mengenai anda,hehe...

Saya mengambil masa membaca blog milik Encik Abil.... Terharu !! Begitulah perasaan saya..... Bagi yang masih belum tahu kisah ni, sila laa baca kisahnya di bawah... Semoga dapat memberi teladan kepada suami2 ataupon bakal2 suami sekalian.... Kisah di bawah saya ambil daripada Blog Abil sendiri dan page fb Bercinta Selepas Nikah..

Abil telah sah menjadi suami Fauziah (Gee) pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi. Abil yang bekerja sebagai perunding kewangan kemudian mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa sebaik mungkin.

"Memerhatikan u sejenak. Kadang kala menitis juga airmata suami u ini melihatkan keadaan diri u yang hanya terlantar dan tidak tahu apa yang terjadi di sekeliling u. Tiap kali I menatap wajah u, tiap kali itu la hati I akan berbisik.."Ini la isteri saya"....Wanita yang berjaya menambat hati Abil Fikri ini, Wanita yang menjadi penghibur hati suaminya setiap masa, Wanita yang menjadi teman berbicara...Dan isteri ini la menjadi sahabat baik saya...Dear, secara jujurnya, rasa kasih I ni makin bertambah dari masa ke semasa pada u sehingga la saat ini. Jangan u risaukan tentang I, jangan u ragukan tentang kasih sayang suami u ini. Dan jangan u katakan bahawa u hanya mendatangkan kesusahan pada I menjaga u selama ini..U tahu kenapa I katakan Jangan berasa semua itu..? Kerana I ini adalah SUAMI u Dear"

"Dear, I am so sorry again. Bukan I tak take care, tapi u dah ada bedsore juga,,I akan menjaga luka u ni sebaik mungkin yea..Untuk bedsore u ni, setiap hari I bersihkan, setiap hari I salinkan pada ubat yg baru, then I akan tutup mengunakan pelekat kalis air, pelekat DuoDerm namanya..Memang khas untuk Bedsore sahaja..Bukan itu sahaja, Bedsheet u pun sekarang ni I gunakan 2 helai biar u rasa much much selesa dan much much empuk..So bila bedsore u terhimpit pun u tak terasa sangat, Mungkin rasa selesa sebegitu  yg membuatkan u tido lebih tenang dan mungkin u tak terasa sakit sangat pada luka tu...Hope I am doing the right thing!!"

"Ahad lepas hari mandi u seperti biasa, I dukung u ke bilik air, menguna air suam buat mandian kita bersama..Dudukkan u kat bean bag, sabun2, syampu rambut then gosok gigi...Sedang I membongkok badan memberus gigi u, tiba tiba urat pinggang I terseliuh!!..Allah, Allah, Allah...cm tu la sebutan menahan sakit yang teramat sangat...
Tak tau mana silapnya boleh terseliuh urat tu...satu badan rasa macam kena kejutan elektrik voltan tinggi, kaki terus jadi kebas dan tangan ni hampir2 melepaskan u..Dalam menahan kesakitan yg teramat sangat tu, I masih pegang u supaya u tak rebah..Duduk melutut I selama 3 minit nak mengawal kesakitan pinggang I ni. I leh rasa anak2 peluh I keluar dan masih menyebut Allah, Allah,Allah...(bilik mandi umah ni tak de jamban,)..Dah lama tak rasa sakit yg sebegini,,sakit giler !!..Bila dah dapat mengawal rasa sakit tu sikit, dengan perlahan I selesaikan tugas mandikan u. Mau atau tidak, I juga terpaksa mendukung u semula ke bilik. Bayangkan bagaimana I dukung u dengan kesakitan belakang badan yg serius ni..I tarik nafas dalam2, tahan nafas, terus I angkat u dengan muka yg berkerut tahan sakit, terus ke bilik u. Rasanya, cm tu la tenaga yg terakhir I. Dapat saja meletakkan u di atas katil, terus I terbaring di atas lantai dan masih menyebut Allah"

"En Abil tak rasa nak kahwin lagi ke?..At least ada teman dan boleh membantu menjaga Isterinya."..I just senyum jea then I jawab.."Buat masa sekarang ni CINTA saya hanya ada pada Gee sahaja."

Kini, gee telah pon kembali kepada Maha Pencipta.... Jika cinta itu begitu sinonim dengan Romeo & Juliet dan juga Shah Jahan & Mumtaz Mahal..... Tapi bagi saya, bila sebut perkataan CINTA, saya akan menggambarkan Abil & Gee =) Semoga allahyarhamah Fauziah ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman... AL FATIHAH.....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...