Friday, March 29, 2013

Durian Crepe

Assalamualaikum....

Musim durian da habes, baru nak buat entry pasal durian crepe?? haha.... Nampak sangat laa ketinggalan arus pemodenan.... Sebenarnye da lama nak makan benda alah ni tapi tak tau nak beli kat mana.... Macam laa duduk kat London !! Aritu penah order thru fb tapi sampai arini orang tu tak reply aku punye order.... Sedih betol... Klau preggy, anak aku nanti da meleleh2 laa saliva die, sebab mak die kempunan nak makan durian crepe,hehe....

Petang tadi aku pegi pasar malam.... Lalu depan gerai jual durian crepe, sebelum ni aku pegi tak penah plak tengok ade orang jual benda ni.... RM 10, dalam tu ade 6 ketul...  Bolehhh laa jugak makan =) Durian crepe die sangat sedap... Sape2 yang duduk area kuantan, boleh laa hubungi Yuhaslina Yusof di talian 014 8196811 or 012 6256177... No ni aku tengok kat packaging die, saje tolong promote sebab durian crepe die sedap sangat,hehe....






Nak try buat sendiri kat umah pon bley.... Resipi ni aku amik kat MY RESIPI 


Bahan-bahan ( 30 bantal )

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.


Aku sendiri pon belom cuba lagi,haha.... Takpe lah, you all try buat dulu ye.... Selamat mencuba  =)


Saturday, March 16, 2013

Top 5 Blogger Pilihanku

Assalamualaikum....

Sejak mula blogging, starting from 2011, aku memang suka membaca blog especially blog yang menceritakan pengalaman mereka merantau di negara orang... Yela, nak pegi sendiri masih tak mampu, so, bace je laa pengalaman2 orang, mane lah tau kan one day, ada rezeki and kita berpeluang pegi ke negara2 tersebut, of coz laa pengalaman diorang tu bley membantu kita, hehe... Aku jugak suka baca blog2 islamic.. Selain dapat mengisi masa lapang yang tak berapa nak lapang sangat ni, bley jugak menambahkan saham akhirat... Papepon, kepada bloggers sekalian, make sure entry2 anda tu memberi manfaat kepada readers ye... Jangan hanya memenuhi entry anda dengan gambar2 dengan pelbagai memek muka, mengharapkan pujian2 "sweetnye", "cantik laa awak ni" dan seumpamanya :)  Kali ni aku nak share mengenai beberapa blog yang aku suka and aku selalu baca... Senarai blogger di bawah ni adalah mengikut carta hatiku, bukan berdasarkan undian sms atau hasil kajian sape2...

1. Khalifah

Membaca Al-Quran, sama ada memahami ertinya atau tidak adalah ibadat...Time aku baca Al Quran, aku suka baca terjemahannya skali... 

Sume rasenya da tau mengenai kisah Firaun dengan nabi Musa kan, di mana Firaun telah mati tenggelam di laut merah ketika mengejar Nabi Musa dan pengikut baginda... Aku baca surah Yunus, ayat 92 bermaksud "Maka pada hari ini Kami menyelamatkan jasadmu agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu, tetapi kebanyakan manusia tidak mengendahkan tanda-tanda kekuasaan Kami"...Then, ade foot note kat tafsir tu mengatakan yang diselamatkan Allah ialah tubuh kasar Firaun. Menurut sejarah, setelah Firaun tenggelam, mayatnya terdampar di pantai ditemukan oleh orang2 Mesir lalu dibalsem sehingga utuh sampai sekarang dan dapat dilihat di museum Mesir... Lama aku memikirkan pasal ni, jasad Firaun ade kat museum Mesir?... Akhirnya persoalan aku terjawab bila aku terbaca entry ni...


Da terang2 Allah buktikan kekuasaan dan kebenaran kisah Nabi Musa, tapi kenapa kita masih mengingkari??.... Ampunilah kami ya Allah... Sila laa visit blog ni, banyak lagi artikel2 menarik ada kat situ :)



2. Mat Luthfi

Aku kenal Mat Luthfi melalui kawan aku... Die suke gile tengok video mat luthfi ni, tiap kali tengok memang ketawanya terbahak2 laa... Aku tertengok video die skali tapi tak ingat da yang mane, memang best laa, lawak... Even blaja kat oversea, tapi cakap melayu dengan loghat utaranya masih pure lagi.... last video die yang aku tengok, ialah yang tajuknya hari jubah,... Blog die pon sangat lawak, berkisarkan tentang kehidupan die.... Sape2 yang tengah stress2 tu aku suggest laa baca blog Mat Luthfi ni, insyaallah laa akan dapat stress korang kejap,hehe :D




Blog ini kepunyaan seorang marine engineer yang memulakan kerjayanya sejak 2011.... Selama 2 tahun sailing, beliau sudah merantau ke Korea, Australia (Sydney, Brisbane, Melbourne), China, Arab Saudi, Pakistan, India, Belanda, Germany, Indonesia, Singapore, Iran, Iraq dan Italy (lalu je).... Antara entry yang paling saya suka ialah ketika beliau pegi ke Sydney, bley baca kat sini and sini

Bila baca entry tu, tibe2 plak terpasang angan2 nak pegi Sydney, mentang2 lah kegilaan dengan drama adam hawa baru je berakhir, ni plak sambung dengan sehangat asmara... Sweet sangat tengok Kamila Najwa ngan Zainal Arif study sama2 kat tepi laut tu,hehe.... Nak jugak duk kat tepi laut tu dengan my 'Zainal Arif' one day,haha :D




Tapi skrg blogger ni da tamatkan contract dengan company lama, so skrg da tak pegi oversea da laa.... Just sailing area semenanjung malaysia and sarawak... Skrg ni tak boleh travel free da laa, klau nak travel jugak kena pakai duit sendiri... Unless laa tukar company... Tapi kerjaya sebagai seaman ni ade pro and cons jugak... Pro nye dapat travel free, makan, tempat tido sume free.... Yang cons nye plak terpaksa berjauhan dengan orang2 tersayang dalam jangka masa yang lama... Sekali sailing, 6 bulan... Yes, setengah tahun !! Sape2 yang future husband die seorang seaman, memang kena belajar jadi independent... Terpaksa jadi 'single mother' selama setengah tahun, bersediakah anda??




Pemilik blog ni plak ialah kawan saya sewaktu sekolah rendah... Time tu, kitorang minat gile ngan kumpulan westlife pastu masing2 duk cakap "Eh, Mark saya punye", "Nicky saya punye laa" hahaha... Masih ingatkah Shaa Bonytha??.... Shaa Bonytha sekarang belajar di France, balik Malaysia nanti insyaallah jadi cikgu bahasa Perancis...  Dia ni memang sorang yang kuat jalan, setakat ni dia da menjejakkan kaki ke Portugal, Perancis (of coz, ambik gambar sambil duduk bersimpuh di atas salji...pose yg membuatkankan tahap jelez aku melambung-lambung,haha), Spain, Austria and Slovakia, Prague, London... Nanti u all juz click kat nama Shaa Bonythaa kat atas tu and u all belek2 sendiri laa ye klau nak bace kisah percutiannya ke tempat2 tersebut :)



5. Fatin Liyana

Dengan jumlah follower melebihi 50 000 orang, rasenye pemilik blog honeykoyuki ni sudah tak perlu diperkenalkan lagi... First time aku tengok dia dalam rancangan safiyya, tv9, terus terus aku google blog honeykoyuki tu.... Apa yang aku suka dengan blog ni, ialah sama cam reason2 before this, die suka travel.. Dalam blog die, die ade citer pasal die pegi ke Korea and Singapore... Entry yang aku suka ialah time die pegi ke Universal Studio Singapore, bley baca kat sini  . Second reason of coz sebab dia cantik,haha..... Banyak jugak tips2 kecantikan yang die share :)   



“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang kekal abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti.” (Saidina Ali)..


Saturday, March 9, 2013

Kisah seorang pemandi jenazah

Assalamualaikum...

Malam sabtu aritu, saya sempat mengikuti majlis talaqqi, pengajian kitab Matla' Al Badrain... Majlis dimulakan dengan qasidah yang sangat menenangkan jiwa,hehe... Sekarang, tibe2 suka dengan qasidah... Apa yang saya nak share kali ni, mengenai satu kisah yang ustaz cerita dalam majlis tu... Kisahnya mengenai seorang pemandi jenazah pada zaman Imam Malik...

Satu hari, ada seorang pemandi jenazah sedang memandikan jenazah seorang perempuan ni...Ketika dia sedang membasuh kemaluan jenazah tersebut, tiba-tiba hatinya terdetik, "ntah2 jenazah ni pernah berzina"... Tiba-tiba sahaja, tangannya melekat pada kemaluan jenazah tersebut.... Macam-macam usaha da dibuat tapi tangannya masih terlekat... Hanya ada 2 pilihan, sama ada mencederakan jenazah atau mencederakan tangan pemandi jenazah untuk memisahkannya... Ada orang melaporkan kisah itu kepada Imam Malik, lalu beliau bertanya, ade tak pemandi jenazah tu cakap pape kat jenazah tu.. Si pemandi jenazah tu menangis-nangis sambil menjawab "Ya, sewaktu memandikan jenazah tu, aku ada berkata di dalam hati ntah2 jenazah itu pernah berzina"... Setelah si pemandi jenazah tu dikenakan sebatan 80 kali di hadapan jenazah itu, barulah tangannya terpisah daripada kemaluan jenazah tersebut... Itulah akibatnya bersangka buruk, biarpun hanya di dalam hati....

Moral of the story, bersangka baiklah !! 

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)

Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Reference:

Friday, March 8, 2013

Sesi Masak-Masak- Laksa Sarawak, Trifle & Cucur Bawang

Assalamualaikum......

Coursemate saya 2 orang yang sudah berstatus isteri... Sorang tengah pregnant 6 bulan dan sorang lagi baru kawen January lepas... Minggu ni kitorang agak free sikit, so coursemate saya yang tengah pregnant tu ajak kitorang makan2 kat umah dia.... Dia nak buat laksa sarawak... Saya pegi umah die awal sket sebab nak tolong dia masak... Tapi, last2 keje saya buat cucur je, so terlepas laa peluang nak blaja buat laksa sarawak...




Ini adalah adunan cucur.... Dalam tu kitorang letak tepung gandum, bawang besar, carrot, telur, ikan bilis yang di'blend', garam, serbuk penaik.... Nak bagi colour dia cantik sket, kitorang letak serbuk kunyit...




Ini lah dia laksa sarawak yang da siap... This is my first time nak rasa....Saya ingatkan laksa, tapi rupanya laksa sarawak ni, die pakai bihun... Perencah laksa sarawak ni, kawan saya yang memang orang sarawak, beli sari sana... Tak tahu laa ade ke tak benda ni kat semenanjung... Perencah ni kita masak dengan santan, letak garam secukup rasa....siap, senang kan?? Pastu ayam dan udang kita rebus... Ayam tu kite carik halus2 (it's like ayam yang makan dengan soto)... Then, tulang die jangan buang tau... Masukkan tulang tu dalam kuah laksa ni, tapi make sure tulang tu yang besar2 la ye, jangan letak tulang yang kecik2, tercekik plak nanti.... Seriously laksa sarawak ni sedap, anda mesti cuba !! (budget cam pengacara jalan2 cari makan je,hehe)...Untuk resipi lengkap bley tengok kat sini ye myresipi laksa sarawak




Trifle in the making..... Bahan2 yang perlu disediakan ialah tepung custard, kek gulung, fruit cocktail, susu cair, gula pasir, serbuk jelly..Untuk hiasan kat atas tu bley beli buah pic dalam tin... Nak resipi lengkap bley tengok kat sini myresipi-trifle



Tadaaa...... Sedapnyee !!!! 




Semua da siap dihidang.... laksa sarawak ni, dimakan bersama daun sup, daun bawang, taugeh, pastu telur dadar yang dihiris nipis2... Sape yang suka pedas boleh tambah cili dan boleh jugak perahkan limau sket....




Jom makannnn !!!



My coursemate, all sisters je... Brothers 3 orang tak datang... Tuan rumah takde dalam ni, sebab jadi camerawoman,hehe....


Laku jugak cucur yang aku goreng,haha.... Tinggal lagi 3 biji... Best makan ramai2 dengan course mate ni... Lagipon ni adalah final semester kitorang, insyaallah... Semoga ukhwah yang terjalin ni akan berterusan even da abes blaja, amin...



Tuesday, March 5, 2013

Hanya dipandang, tapi dapat FREE REWARD !!

Assalamualaikum.....

Kebelakangan ni saya sangat sibuk... Draft thesis, presentation, class, data collection untuk final year project, clinic, memang boleh menyebabkan stress !! Tapi bila fikir, insyaallah, all of these things will be last in another 3 months, semangat makin membara... Semoga Allah permudahkan segala urusan ku... Yang paling penting, semoga saya dapat graduate on time, amin.. Tak nak repeat2....

Ok, kali ni nak share pasal benda free...I'm sure, sume orang suka benda2 free... Contohnya, bila kita pegi shopping mall, kat kedai kasut.... Ada sepasang kasut ni harga RM50, dekat sebelah kasut tu, ada lagi sepasang kasut, harga sama RM50, tapi ada dia bagi sepasang lagi kasut for free... Of course laa kita akan lagi tertarik kat kasut yang ada bagi free gift tu kan... Apatah lagi kalau kita pandang je kasut tersebut, da dapat kasut for free, sape yang taknak boleh laa segera mengunjungi jabatan2 psikiatri yang berhampiran !! hehe...

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". (Riwayat Abu Daud).

Yes, hanya dengan memandang 4 perkara di atas, sudah dikira sebagai ibadah, sudah dapat pahala.... Apa yang saya nak highlight kat sini adalah mengenai ibu bapa... 

“Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)

Jika dulu, masa kita kecil, ibu bapa adalah segalanya bagi kita.... Semakin kita meningkat dewasa, kita sudah kenal dunia, kita punya kelayakan akademik melebihi ibu bapa kita, kita boleh berdikari, kita punya pendapatan sendiri, kita punya harta sendiri, sedikit demi sedikit, kita makin lupa, dari mana asal kita, siapa yang dulunya bersusah payah sehingga kita menjadi seperti hari ini.... Apa yang boleh kita buat untuk membahagiakan ibu bapa kita??

  • Memberi nafkah - Ada ibu bapa yang mempunyai masalah kewangan, terutamanya kalau ramai lagi adik2 kita yang masih bersekolah. So, memang jadi tanggungjawab kita untuk memberi nafkah atau duit kat ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik kita dulu. Kalaulah ibu bapa kita tu memang da orang kaya, tapi bagi saya, bagi duit kat mereka tu perlu sebagai tanda kita nak menghargai dan membalas jasa mereka. 
  • Memenuhi permintaan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
  • Bercakap dengan lemah lembut. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka. Lebih baik kita berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar. Ataupun, bagi saya, kadang2 kita boleh juga meluahkan apa yang kita rase tak puas ati terhadap ibu bapa kita melalui sms, kalau kita rasa, dengan kata-kata akan menyinggung perasaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23). 
  • Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Pahala ni kita tak nampak... Bak kata seorang pensyarah bebas, Harryanto Rizal Rokman “Kalau pahala boleh diperiksa macam kita periksa duit KWSP, sudah tentu manusia akan gembira kerana dapat mengetahui jumlah amalan mereka. Walaupun simpanan itu belum boleh diambil, tetapi kita nampak. Dapat tengok berapa banyak jumlahnya pun akan menggembirakan walaupun tidak dapat lagi. Akan tetapi, pahala, dosa dan akhirat ini perkara yang tidak nampak kerana Allah hendak menguji manusia di dunia bagi menentukan kehidupan mereka di akhirat sama ada ke syurga atau neraka,”. So, sama-samalah kita mengumpul sebanyak mungkin simpanan kita untuk bekalan akhirat, sebab nya kita tak tahu, selama mana kita akan diberi masa untuk mengumpulnya, mungkin sehingga 50 tahun lagi atau mungkin sehingga esok. Wallahua'lam.

Sumber: Love Love IslamBlog imam muda AsyrafI Luv IslamBerita Harian


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...