Tuesday, March 5, 2013

Hanya dipandang, tapi dapat FREE REWARD !!

Assalamualaikum.....

Kebelakangan ni saya sangat sibuk... Draft thesis, presentation, class, data collection untuk final year project, clinic, memang boleh menyebabkan stress !! Tapi bila fikir, insyaallah, all of these things will be last in another 3 months, semangat makin membara... Semoga Allah permudahkan segala urusan ku... Yang paling penting, semoga saya dapat graduate on time, amin.. Tak nak repeat2....

Ok, kali ni nak share pasal benda free...I'm sure, sume orang suka benda2 free... Contohnya, bila kita pegi shopping mall, kat kedai kasut.... Ada sepasang kasut ni harga RM50, dekat sebelah kasut tu, ada lagi sepasang kasut, harga sama RM50, tapi ada dia bagi sepasang lagi kasut for free... Of course laa kita akan lagi tertarik kat kasut yang ada bagi free gift tu kan... Apatah lagi kalau kita pandang je kasut tersebut, da dapat kasut for free, sape yang taknak boleh laa segera mengunjungi jabatan2 psikiatri yang berhampiran !! hehe...

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". (Riwayat Abu Daud).

Yes, hanya dengan memandang 4 perkara di atas, sudah dikira sebagai ibadah, sudah dapat pahala.... Apa yang saya nak highlight kat sini adalah mengenai ibu bapa... 

“Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)

Jika dulu, masa kita kecil, ibu bapa adalah segalanya bagi kita.... Semakin kita meningkat dewasa, kita sudah kenal dunia, kita punya kelayakan akademik melebihi ibu bapa kita, kita boleh berdikari, kita punya pendapatan sendiri, kita punya harta sendiri, sedikit demi sedikit, kita makin lupa, dari mana asal kita, siapa yang dulunya bersusah payah sehingga kita menjadi seperti hari ini.... Apa yang boleh kita buat untuk membahagiakan ibu bapa kita??

  • Memberi nafkah - Ada ibu bapa yang mempunyai masalah kewangan, terutamanya kalau ramai lagi adik2 kita yang masih bersekolah. So, memang jadi tanggungjawab kita untuk memberi nafkah atau duit kat ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik kita dulu. Kalaulah ibu bapa kita tu memang da orang kaya, tapi bagi saya, bagi duit kat mereka tu perlu sebagai tanda kita nak menghargai dan membalas jasa mereka. 
  • Memenuhi permintaan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
  • Bercakap dengan lemah lembut. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka. Lebih baik kita berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar. Ataupun, bagi saya, kadang2 kita boleh juga meluahkan apa yang kita rase tak puas ati terhadap ibu bapa kita melalui sms, kalau kita rasa, dengan kata-kata akan menyinggung perasaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23). 
  • Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Pahala ni kita tak nampak... Bak kata seorang pensyarah bebas, Harryanto Rizal Rokman “Kalau pahala boleh diperiksa macam kita periksa duit KWSP, sudah tentu manusia akan gembira kerana dapat mengetahui jumlah amalan mereka. Walaupun simpanan itu belum boleh diambil, tetapi kita nampak. Dapat tengok berapa banyak jumlahnya pun akan menggembirakan walaupun tidak dapat lagi. Akan tetapi, pahala, dosa dan akhirat ini perkara yang tidak nampak kerana Allah hendak menguji manusia di dunia bagi menentukan kehidupan mereka di akhirat sama ada ke syurga atau neraka,”. So, sama-samalah kita mengumpul sebanyak mungkin simpanan kita untuk bekalan akhirat, sebab nya kita tak tahu, selama mana kita akan diberi masa untuk mengumpulnya, mungkin sehingga 50 tahun lagi atau mungkin sehingga esok. Wallahua'lam.

Sumber: Love Love IslamBlog imam muda AsyrafI Luv IslamBerita Harian


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...