Saturday, March 9, 2013

Kisah seorang pemandi jenazah

Assalamualaikum...

Malam sabtu aritu, saya sempat mengikuti majlis talaqqi, pengajian kitab Matla' Al Badrain... Majlis dimulakan dengan qasidah yang sangat menenangkan jiwa,hehe... Sekarang, tibe2 suka dengan qasidah... Apa yang saya nak share kali ni, mengenai satu kisah yang ustaz cerita dalam majlis tu... Kisahnya mengenai seorang pemandi jenazah pada zaman Imam Malik...

Satu hari, ada seorang pemandi jenazah sedang memandikan jenazah seorang perempuan ni...Ketika dia sedang membasuh kemaluan jenazah tersebut, tiba-tiba hatinya terdetik, "ntah2 jenazah ni pernah berzina"... Tiba-tiba sahaja, tangannya melekat pada kemaluan jenazah tersebut.... Macam-macam usaha da dibuat tapi tangannya masih terlekat... Hanya ada 2 pilihan, sama ada mencederakan jenazah atau mencederakan tangan pemandi jenazah untuk memisahkannya... Ada orang melaporkan kisah itu kepada Imam Malik, lalu beliau bertanya, ade tak pemandi jenazah tu cakap pape kat jenazah tu.. Si pemandi jenazah tu menangis-nangis sambil menjawab "Ya, sewaktu memandikan jenazah tu, aku ada berkata di dalam hati ntah2 jenazah itu pernah berzina"... Setelah si pemandi jenazah tu dikenakan sebatan 80 kali di hadapan jenazah itu, barulah tangannya terpisah daripada kemaluan jenazah tersebut... Itulah akibatnya bersangka buruk, biarpun hanya di dalam hati....

Moral of the story, bersangka baiklah !! 

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)

Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Reference:

2 comments:

  1. Tu laa.. budaya kita orang melayu ni selalu nak fikir negatif dekat orang je kan. Semoga tabiat buruk ni akan hilang satu hari nanti. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, mmg kite ni slalu nak cari kelemahan n keburukan org lain...semoga allah jauhkan diri kita drpd segala sifat mazmumah...amin..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...