Saturday, April 6, 2013

Kisah Cinta Abil & Gee

Assalamualaikum.....

Rasenye semua dah tau mengenai kisah pengorbanan seorang insan bergelar suami yang bagi saya, Abil telah menunaikan amanah Allah dengan begitu sempurna sekali, menjaga isteri yang sedang sakit sehingga isterinya telah selamat menghembuskan nafas terakhir dengan tenangnya... Kalau seorang isteri yang jaga suami sakit, tu memang biasa, tapi saya tak pernah dengar ade suami yang sanggup jaga isteri sakit..  Malah saya fikir "Eh! ade ke lelaki sesempurna ni dalam dunia ni?".... Yang saya fikir, lelaki, kalau isteri sakit, mula laa nak kawen lain... Ternyata sangkaan saya tu salah !! Abil telah membuktikan bahawa bukan semua suami sayangkan isteri time isteri sihat saje macam saya fikir....Mintak maaf ye para suami sekalian, Abil telah mengubah persepsi negatif saya mengenai anda,hehe...

Saya mengambil masa membaca blog milik Encik Abil.... Terharu !! Begitulah perasaan saya..... Bagi yang masih belum tahu kisah ni, sila laa baca kisahnya di bawah... Semoga dapat memberi teladan kepada suami2 ataupon bakal2 suami sekalian.... Kisah di bawah saya ambil daripada Blog Abil sendiri dan page fb Bercinta Selepas Nikah..

Abil telah sah menjadi suami Fauziah (Gee) pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi. Abil yang bekerja sebagai perunding kewangan kemudian mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa sebaik mungkin.

"Memerhatikan u sejenak. Kadang kala menitis juga airmata suami u ini melihatkan keadaan diri u yang hanya terlantar dan tidak tahu apa yang terjadi di sekeliling u. Tiap kali I menatap wajah u, tiap kali itu la hati I akan berbisik.."Ini la isteri saya"....Wanita yang berjaya menambat hati Abil Fikri ini, Wanita yang menjadi penghibur hati suaminya setiap masa, Wanita yang menjadi teman berbicara...Dan isteri ini la menjadi sahabat baik saya...Dear, secara jujurnya, rasa kasih I ni makin bertambah dari masa ke semasa pada u sehingga la saat ini. Jangan u risaukan tentang I, jangan u ragukan tentang kasih sayang suami u ini. Dan jangan u katakan bahawa u hanya mendatangkan kesusahan pada I menjaga u selama ini..U tahu kenapa I katakan Jangan berasa semua itu..? Kerana I ini adalah SUAMI u Dear"

"Dear, I am so sorry again. Bukan I tak take care, tapi u dah ada bedsore juga,,I akan menjaga luka u ni sebaik mungkin yea..Untuk bedsore u ni, setiap hari I bersihkan, setiap hari I salinkan pada ubat yg baru, then I akan tutup mengunakan pelekat kalis air, pelekat DuoDerm namanya..Memang khas untuk Bedsore sahaja..Bukan itu sahaja, Bedsheet u pun sekarang ni I gunakan 2 helai biar u rasa much much selesa dan much much empuk..So bila bedsore u terhimpit pun u tak terasa sangat, Mungkin rasa selesa sebegitu  yg membuatkan u tido lebih tenang dan mungkin u tak terasa sakit sangat pada luka tu...Hope I am doing the right thing!!"

"Ahad lepas hari mandi u seperti biasa, I dukung u ke bilik air, menguna air suam buat mandian kita bersama..Dudukkan u kat bean bag, sabun2, syampu rambut then gosok gigi...Sedang I membongkok badan memberus gigi u, tiba tiba urat pinggang I terseliuh!!..Allah, Allah, Allah...cm tu la sebutan menahan sakit yang teramat sangat...
Tak tau mana silapnya boleh terseliuh urat tu...satu badan rasa macam kena kejutan elektrik voltan tinggi, kaki terus jadi kebas dan tangan ni hampir2 melepaskan u..Dalam menahan kesakitan yg teramat sangat tu, I masih pegang u supaya u tak rebah..Duduk melutut I selama 3 minit nak mengawal kesakitan pinggang I ni. I leh rasa anak2 peluh I keluar dan masih menyebut Allah, Allah,Allah...(bilik mandi umah ni tak de jamban,)..Dah lama tak rasa sakit yg sebegini,,sakit giler !!..Bila dah dapat mengawal rasa sakit tu sikit, dengan perlahan I selesaikan tugas mandikan u. Mau atau tidak, I juga terpaksa mendukung u semula ke bilik. Bayangkan bagaimana I dukung u dengan kesakitan belakang badan yg serius ni..I tarik nafas dalam2, tahan nafas, terus I angkat u dengan muka yg berkerut tahan sakit, terus ke bilik u. Rasanya, cm tu la tenaga yg terakhir I. Dapat saja meletakkan u di atas katil, terus I terbaring di atas lantai dan masih menyebut Allah"

"En Abil tak rasa nak kahwin lagi ke?..At least ada teman dan boleh membantu menjaga Isterinya."..I just senyum jea then I jawab.."Buat masa sekarang ni CINTA saya hanya ada pada Gee sahaja."

Kini, gee telah pon kembali kepada Maha Pencipta.... Jika cinta itu begitu sinonim dengan Romeo & Juliet dan juga Shah Jahan & Mumtaz Mahal..... Tapi bagi saya, bila sebut perkataan CINTA, saya akan menggambarkan Abil & Gee =) Semoga allahyarhamah Fauziah ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman... AL FATIHAH.....




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...