Tuesday, October 16, 2012

Captivated by Opick

Assalamualaikum...

Last week, UIA Gombak ade buat konsert but I'm not sure konsert ape, tapi antara artis yang dijemput untuk buat persembahan ialah Opick, Hafiz Hamidun & Ezad Exist..Pengacaranya plak Ally Iskandar... Tapi aku tak berkesempatan untuk pegi konsert tu..Just dengar cerita kawan2 je... Ade sorang kawan aku ni citer kat aku pasal artis bernama Opick.. Aku tak kenal sangat artis tersebut, tapi aku biase dengar jugak lagu die dalam drama2 tempatan... Kawan aku ni cakap laa lagu2 Opick ni best, antara lagu yang die cakap best tu ialah, Maha Melihat, Opick nyanyi featuring Amanda... So, aku saje2 je try cari lagu tu, so jumpe laa... First time dengar, rase tenang sangat & aku pon keep on repeat the same track over and over again....Thanks to my friend, Afifah yang introduce me to this song...







Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya
Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung
Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan
Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata
Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung


Jom layan lagu2 opick yang lain.... Lagu2 ni most of you familiar kot sbb banyak drama gune lagu ni :) selamat menonton...









Monday, October 15, 2012

Istibra'

Assalamualaikum...

Untuk entry ni, aku nak share something yang aku rase sangat penting & maybe ade di kalangan kita yang tak tahu.. Pernah dengar tak perkataan istibra'??.. Istibra' maksudnya cara yang diajarkan oleh Rasulullah saw untuk menghentikan pengaliran air kencing atau menghabiskan kencing ketika membuang air kecil... Istibra' ni dituntut kepada lelaki lelaki sahaja... Untuk perempuan,  tidaklah dituntut istibra‘ kepada mereka.. Menurut pendapat ulama Hanafi, memadailah dengan menunggu seketika sebelum mereka beristinja‘. Manakala para ulama Syafi’e dan Hanbali mengatakan dituntut istibra‘ dengan cara menekan ari-arinya.




Istibra' ni penting supaya kita ni betol2 bersih sebelum amik wuduk & solat... Ini menentukan sama ada, solat kite sah ataupon tak..

“Daripada Ibnu ‘Abbas dia berkata: Nabi Muhammad S.A.W melalui salah satu tembok dari tembok-tembok Madinah atau Makkah, lalu Baginda mendengar suara dua orang manusia yang sedang disiksa di dalam kuburnya.

Nabi bersabda: “Dua orang sedang disiksa dan keduanya tidak disiksa kerana dosa besar. Kemudian Baginda bersabda: Ya, yang seorang tidak beristibra‘ dengan sebersih-bersihnya daripada kencingnya dan yang seorang lagi berjalan dengan mengadu domba. Kemudian Baginda minta diambilkan pelepah kurma yang basah, lalu dibelah menjadi dua dan Baginda letakkan pada masing-masing kuburan itu satu belahan. Lalu dikatakan: Wahai Rasulullah, kenapakah engkau perbuat ini? Baginda bersabda: Mudah-mudahan keduanya diringankan selama dua belah kurma itu belum kering atau sehinggalah ia kering”.

(Hadith riwayat Al-Bukhari)


Hadith Ad-Daraquthni yang maksudnya :
“Bersihkanlah kemaluan kamu daripada air kencing, kerana kebanyakan azab kubur berpunca daripadanya".


Istibra‘ dilakukan dengan apa cara yang terbiasa dibuatnya dengan syarat perbuatannya itu tidak mengheretnya ke arah was-was syaitan atau membawa kepada menyusahkannya, kerana di antara adab istibra‘ itu ialah dengan membuang perasaan was-was daripada dirinya.


Imam Al-Ghazali berkata: “Jangan terlalu banyak berfikir dalam perkara hendak melakukan istibra‘ sehingga menimbulkan was-was dan menyusahkan”.. Wallahua'lam..


Sumber:  UmmnuNusair Durham ,   http://berandamadina.wordpress.com/page/15/?archives-list=1,  http://www.youtube.com/watch?v=DgdpvoFrnmU


Thursday, October 11, 2012

Penderitaan Kamal Affendi Hashim

Assalamualaikum

Ya allah, aku sangat terkejut bila aku baca berita mengenai Kamal Affendi Hashim yang kini sakit disebabkan Arteriovenous Malformation (AVM). For those yang tak kenal sape Kamal Affendi Hashim, beliau ialah seorang penganalisis jenayah. Aku selalu tengok beliau kat rancangan MHI, share tips2 keselamatan. 



Hati ni tertanya2, ape tu sebenarnya AVM?..... Melalui ape yang aku baca di PubMed AVM ni adalah abnormal connection antara arteri dengan vena dekat brain. Untuk orang yang
normal, biasenya antara arteri dengan vena tu ade kapilari. Tapi for those yang mengalami
AVM, vena dengan arteri tu die connect terus, takde kapilari..... AVM tu die vary in size and
location in the brain...... AVM tu die boleh pecah, disebabkan tekanan as well as damage kat blood vessel tissue, ini boleh menyebabkan blood leak to the brain and surrounding tissue dan mengurangkan blood flow to the brain.... AVM happens at birth (congenital) tapi simptom2 nye boleh berlaku at any age.... Antara simptom2 nye ialah bunyi berdesing dalam telinga (pulsatile tinnitus), headache, muscle weakness  in any part of body or face dan juga blurred, decrease or double vision.... Sebab AVM berlaku adalah tidak diketahui... 



Sumber gambar di sini

AVM ni boleh mengganggu fungsi badan, depend on die punye location... (from Sumber)



Sumber gambar di sini

  1. Frontal lobe controls personality.
  2. Parietal lobe controls movement of the arms and legs.
  3. Temporal lobe controls speech, memory and understanding.
  4. Occipital lobe controls vision.
  5. The cerebellum controls walking and coordination.
  6. Ventricles control the secretion of cerebrospinal fluid.
  7. The brainstem controls the pathways from all of the above functions to the rest of the body.

Updated news from Blog Mazidul Akmal said that pembedahan mengeluarkan gumpalan urat dengan radius 3 cm di kepala Kamal Affendi Hashim berjaya..... "Teknik lazer digunakan. Kepala terasa panas sedikit sebab bilik pembedahan sejuk" katanya..... Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk kos pembedahan tersebut dan juga semua yang mendoakan beliau....  



    

Sunday, October 7, 2012

Jaket untuk Pengguna Facebook Berpeluk??

Assalamualaikum

Tetibe terasa rajin plak update blog,hehe... Seperti biase, first thing yang akan dilakukan usai solat subuh, adalah menekan butang on pada lappy, pastu bukak fb & utusan online.. Ade bnde yang aku rasa sangat menarik untuk di 'share' dengan you all... Jaket untuk Pengguna fb berpeluk?..Hah?macam mane tu?.. Scary btol, errr....

           Institut Teknologi Massachusetts (MIT) berjaya menghasilkan jaket khas yang membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpelukan antara satu sama lain tidak kira berapa jauh jarak mereka. Jaket yang diberi nama Like-A-Hug itu disiarkan semalam di dalam laman web perekanya, Melissa Kit Chow, berfungsi dengan cara mengembung seolah-olah berpeluk apabila pemakainya menekan butang Like pada setiap komen atau ulasan di dalam laman sosial ituMenurut laman web itu lagi, Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton di Makmal Media MIT bagi menghasilkan jaket hitam berkenaan.

"Like-A-Hug membolehkan pelukan dibuat melalui Facebook, membuatkan kita merasa dekat walaupun sebenarnya jauh," kata Chow yang mengulas rekaannya itu.
Sekiranya penghantar pesanan dan penerima memakai Like-A-Hug, mereka boleh saling berpelukan antara satu sama lainChow yang berkelulusan dari Sekolah Rekaan Harvard menggambarkan dirinya seorang yang peka dengan interaksi sekeliling setiap hari bagi membangkitkan pengalaman sentuhan semula jadi




                
Macam2 la sekarang ni.. Yang penting, apa yang terlintas di fikiran bila baca artikel ni, inovasi ini akan meningkatkan statistik masalah sosial.. Tapi kalau sape2 yang da nikah tapi tinggal berjauhan, ini adalah salah satu cara untuk mengeratkan kasih sayang,hehe... Boleh beli la ye 2 helai jaket ni, satu untuk suami & satu lagi untuk isteri =) Wallahua'lam..


Sumber: Utusan Online

Saturday, October 6, 2012

Pengkalan Kubor - Syurga Membeli Belah

Assalamualaikum

            Memandangkan cuti sekolah da makin hampir ni, mesti ramai yang da plan nak pegi holiday kat mane kan? ataupon maybe ade saudara mara yang nak kawen time cuti sekolah ni, bley la sambil2 tu amik peluang bersiar2.. Because I'm originally from Kelantan, specifically Pengkalan Kubor, aku nak citer la sket mengenai pengalaman aku bermastautin di tempat tumpuan orang shopping tu selama lebih kurang 17 tahun.. Mase aku form 5, abah aku pencen, so kitorang balik duduk di kampung... Bye- Bye pengkalan kubor =(

             Pengkalan Kubor ni terletak di daerah Tumpat, dan bersempadan dengan Takbai, Thailand... Ingat time aku kecik2 dulu, time weekend memang ramai sangat orang, sampai full kot kaki2 shopping parking kete kat kawasan perumahan kastam yang aku duduk tu.. Tapi sekarang da tak ramai macam dulu lagi da, tambah2 lagi dengan tragedi kat Takbai aritu kan, orang da takot da nak pegi kat sana.. Untuk ke Takbai tu, ade pengangkutan feri disediakan, dengan harga aku tak ingat da berapa.. Nak naik bot pon bley jugak.. Tapi make sure kena ade pasport or border pass (pas sempadan) laa kalau anda tidak mahu ditangkap oleh abang2 & kakak imigresen ye =)

              Kat pengkalan kubor ni, orang shopping kat satu tempat ni yang dipanggil kawasan bebas cukai.. Disebabkan da lame tak pegi sane, terpaksa mintak bantuan encik google utk dapatkan gambar pengkalan kubor,hehe... Tenkiu Mr Google..








            Ape yang best kan sini?? Barang2 kat sini kebanyakannya made in thailand... Tak tau la ape yang best tapi as far as I know, kalau orang datang kat sini, mesti diorang borong set pinggan mangkuk, toto, comforter, pastu pakaian pon banyak jugak kat sini.. Baju tidur, blouse, macam2 laa... Yang penting harga boleh ditawar.. Tapi kena hati2, time nak keluar tu barang2 anda akan di check, silap2 anda dikehendaki bayar cukai oleh abang2 & kakak2 kastam plak.... So, pandai2 da selit brg2 u all tu supaya diorang tak nampak ye?haha.... Haa, ade lagi yang best kat sini, somtam die sangat sedap, korang bley try.. Kalau aku pegi pengkalan kubor, mmg confirm2 aku akan pegi gerai somtam tu, pastu beli air kelapa kat kedai Abe Zul, gerai die kat tepi jalan besar, depan kawasan perumahan unit pencegah penyeludupan (UPP).. Promote gerai Abe Zul sket,haha... pastu kat pengkalan kubor jugak femes dengan mee cambo, aku penah try jugak, sedap.. 


Cani la lebih kurang rupa mee cambo

Lepas Korang penat shopping bley la korang bersiar2 kat pantai plak.. Pantai yang dekat dengan pengkalan kubor ni ialah pantai Sri Tujuh.. Kat sini ade kemudahan chalet.. Bley la nak bermalam kat situ..





Thanks for reading....Selamat membeli belah... Tapi jangan la sampai membazir ye.... Membazir itu amalan syaitan =)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...