Friday, February 8, 2013

Set your Goal from now !!

Assalamualaikum...

Pagi jumaat ni, ada sedikit kelapangan, so, bangun pagi2, terlintas nak tulis blog.... Fikir2 nak tulis ape, tibe2 teringat masa aku balik cuti semester aritu, ade kawan adik aku sms, tanya aku pasal audiology... So, diharapkan entry ni sedikit sebanyak dapat membantu adik2 yang tengah tunggu result SPM, dan takde plan lagi, sebab aku pon cam diorang jugak dulu... untuk entry ni, kena membahasakan diriku sebagai akak, sebab mesti adik2 kot yang akan baca,hehe... 6 years ago, akak takde plan nak jadi ape, tapi disebabkan abah, dari kecik lagi dia nak akak jadi doctor, akak pon okla, nak jadi doctor.. Bila result SPM kuar, akak dapat B3 untuk subject Biology, hehe, so susah sket laa nak apply medicine.... Before tu akak ada apply program matrikulasi, IPTA, TESL, tu je la kot... then dapat laa tawaran 3 tawaran yang agak pening jugak laa nak pilih... 1. Program matrikulasi di Changlun, Kedah, 2. program CAT-ACCA kat UITM 3. Program asasi Sains Kesihatan Bersekutu di Pusat Asasi, IIUM... Akak reject yang no 2 sebab tak amik prinsip akaun mase skola menengah dulu... Akak nak jadi health professional, so akak rase allied health science sesuai untuk akak..

Ok, sekarang bermula lah kehidupan akak sebagai sorang student asasi sains kesihatan bersekutu di IIUM...Mase mula2 tu, ramai kawan2 yang tukar program, akak mula2 tu nak tukar medic, tapi fikir2 balik takot susah nak bawak, so decide nak blaja allied dulu 1 semester, kalau result ok, nak tukar medic.. Tapi bila da abes 1 semester, maybe da terjatuh cinta dengan allied, tak jadi nak tukar program,hehe... Sains kesihatan bersekutu ni kalau dlm english, Allied Health Science.. Pusat asasi IIUM ni kat Petaling Jaya, dekat je dgn UM... Hurm, kat sini, budak2 medicine, allied health science dan nursing blaja lbey kurang sama je sebab kitorang just blaja basic courses macam Biology, Chemistry, Maths, Physics, which is not specilized to program masing2 lagi.. Ni akak cerita special untuk sape2 yang berminat dan plan nak masuk IIUM amik asasi allied health science je ye, program2 lain akak tak tahu, so kena tanye orang2 yang lebih pakar dalam bidang yang you all nak la ye... Dan yang akak citer ni masa time akak dulu, so tak tau la kot2 sistem sekarang ni da berubah ke cane ye... Mase mula2 masuk tu, you all kena sit for exam untuk english language dan bahasa arab... Kalau you all da memang teror dalam kedua2 bahasa tersebut, you all akan exempted, means that you all tak payah da laa pegi class dan amik exam lagi... Cam akak dulu, bahasa arab memang fail, so, masuk exam dalam 15 minit je sebab tak tau nak jawab ape, of coz la kena pegi class kan,haha... English plak after exam tu, korang akan ditempatkan based on level, sume skali ade sampai level 6, akak dulu level 5... Bahasa Arab plak ade 2 level.. Pengajian akak kat asasi dulu adalah selama 2 tahun... Subjek2 yang kena amik adalah seperti di bawah:

Semester 1, session 2007/2008

English Language level 5
Elementary Quranic Language Part 1 (Bahasa Arab)
Maths 1
Biology 1

Semester 2, session 2007/2008

English Language level 6
Elementary Quranic Language Part 2 (Bahasa Arab)
Biology 2
Chemistry 1

Semester 1, session 2008/2009

Biology Lab 1
Physics 1
Biology 3 
Chemistry 2
Chemistry Lab
Understanding Islam

Semester 2, session 2008/2009

Physics Lab
Basic themes of Al-Qur'an
Physics 2
Biology Lab 2
Computer 1
Maths 2

After that, nanti akan ada sesi interview bersama lecturer2 dari kuantan... Mase akak dulu, ade 4 program je dalam kuliyyah Allied Health Science ni, Audiology, Dietetics, Optometry dan Radiography... Tapi sekarang da tambah Biomed ngan physiology... Mase interview tu, biasa laa, you all akan ditanya you all nak amik program ape, pastu kenapa... Audiology memang akak punye first choice, sebab tak ramai kawan2 akak yang nak amik, so I think persaingan tu tak banyak sangat laa,hehe... Dietetics dan optometry adalah program yang paling femes time akak dulu... Then, aku ditanya oleh sorang lecturer ni, lecturer tu adalah lecturer audiology "why we have to face the qiblah when performing solat?".... Nasib baik aku pernah dengar sorang ustaz ni cakap, solat menghadap ke qiblat ni adalah untuk menunjukkan perpaduan, kesatuan antara umat Islam.. Walaupon kat mana kite berada, kita menghadap ke satu qiblat yang sama... Tu je lah mengenai asasi, before that, jom layan lagu satu qiblat yang sama, sempena soalan yang akak kena tanye masa interview,hehe... Wallhua'lam...






  


11 comments:

  1. thankx banyak2.. sangat membantu kak :)

    ReplyDelete
  2. how do u find audiology? is it good?

    ReplyDelete
  3. akak!! ok tak bidang audiology?

    ReplyDelete
  4. saya mahu tanya yang bahasa arab tu wajib ambil?

    ReplyDelete
  5. Akak,dietetic tu y pemakanan kan,nutrition and dietetic trmasuk eh dalam foundation in allied health science😄??

    ReplyDelete
  6. Hi akak, sorry ganggu tapi, nak tanya ni. Saya dah dapat offer asasi for allied science health tapi, kan ada test for APT, right? So, nak tanya lah soalan APT tu merangkumi questions macam mana? Saya Arab memang KO, dahlah tinggal bertahun lamanya so, ingat nak prepare balik for APT.

    ReplyDelete
  7. hai akak, nak tanya, klau apply asasi for allied science health ni boleh sambung dgree medic\ dentistry tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, tpi make sure pointer you tinggi above 3.5 so boleh tukar course time degree

      Delete
    2. Memang ada peluang tukar atau kalau ada kekosongan je?

      Delete
  8. kalau sambung audiologi apa kerjayanya ya?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...