Sunday, February 17, 2013

Jangan Bersedih jika tidak cantik

Assalamualaikum......




Manusia, secara fitrahnya, sukakan kecantikan dan semua orang nak cantik... Sebagai contohnya, kalau kita tengok majalah, ada model menggayakan satu fesyen, mesti terdetik dalam hati kita "Eh, cantiknyee model ni, aku nak beli jugak laa baju cani, aku nak try laa pakai tudung cani".... Betol tak??

Bagi orang yang merasakan diri dia tak cantik, ade yang sedih, macam2 dia fikir, "Buat apa aku pakai macam model dalam majalah ni, bukan boleh jadi cantik macam dia", "Hurm, nanti sape laa yang nak kat aku", "Allah tak sayang aku ke, kalau Allah sayang mesti Dia anugerahkan aku muka cantik"... Dan sebagai akibatnya, seseorang tu akan rasa rendah diri dan tak berkeyakinan....

Bagi seseorang yang mempunyai rupa paras yang cantik pulak, bila da cantik of course laa bley jadi model atau artis, dikenali dan disayangi ramai, punya ramai peminat.... Kalau tak jadi model pon, da rase diri cantik kan, kalau boleh memang nak tunjukkan segala kecantikan yang ada....  Secara tak sedar, perasaan riak, megah diri dan bongkak mula timbul....

Sebenarnya, Allah mengurniakan kecantikan, kekayaan, darjat dan pangkat itu kepada seseorang  adalah untuk menguji mereka... Jika ujian itu berupa kecantikan, sedarlah kita bahawa kecantikan itu hanyalah sementara dan kecantikan itu hanyalah nilaian zahir bagi manusia... Sedangkan nilaian manusia itu tidak lain, hanya pujian yang melalaikan.... 

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan kekayaan kamu, 
tetapi melihat pada amal dan hati-hati kamu" (Hadis riwayat Imam Muslim).

Bagi sape2 yang risau sebab masih belum mempunyai bakal suami atau isteri sebab rase diri tak cantik, jangan susah hati, jodoh pertemuan tu hak allah... Tugas kita cume perlu berdoa semoga Allah memberi jodoh yang terbaik buat kita, yang dapat bimbing kita dunia dan akhirat... Cuba korang baca hadis ni..

" Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya semata mata, kerana kecantikannya mungkin bakal mengheret mereka ke jurang kemusnahan, janganlah kamu kahwini mereka kerana harta mereka,kerana harta itu bakal menjadikan mereka taghut/zalim, akan tetapi kahwinilah mereka kerana agama, maka mudah mudahan seorang amah berkulit hitam yang beragama itu lebih baik.." (Daripada Abdullah bin amru, diriwayatkan oleh imam ibnu majah, al-bazzar dan al-baihaqi, dan dia merafa'kannya).

Based on my observation, orang yang kawen dengan orang yang cantik2 ni biasenya proportion untuk bertahan agak kurang... Abaikan jika korang tak bersetuju dengan pendapat saya ni.... Saya rase mungkin cinta itu timbul kerana lebih kepada rupa paras... Kalau orang yang tak cantik, seseorang lelaki tu dah tau kan bakal isteri dia tak cantik tapi dia nak jugak, mungkin cinta itu timbul lebih kepada akhlaknya, agamanya, pekertinya dan bagi saya cinta yang timbul itu lebih ikhlas..... Saya mintak maaf jika observation saya ini salah, dan masing2 mempunyai pandangan tersendiri kan? 

Saya amat tertarik dengan kisah ni...

Atiqah binti Zaid bin Amru bin Nufail al-Quraisyiah adalah adik kepada Said bin Zaid iaitu
suami Fatimah binti al-Khattab. Fatimah binti al-Khattab pula ialah adik Ummar bin al-Khattab. Seperti juga abangnya Said, Atiqah termasuk di kalangan yang awal memeluk Islam. Dia beruntung kerana terdidik dalam suasana Islam pada usia yang masih remaja. Maruahnya terpelihara berbanding dengan remaja jahiliyah seusia dengannya. Di samping ketaqwaan yang tinggi, Atiqah dikurniakan Allah kecantikan yang menawan dan disertai kepetahan menyusun bait-bait syair. Keistimewaan ini telah membuatkan ramai pemuda tergila-gilakan Atiqah. Paduan antara kejelitaan, kebijaksanaan dan ketaqwaan telah mendorong beberapa pemuda yang bertaqwa melamar Atiqah, termasuklah Abdullah bin Abu Bakar. Setiap yang berlaku di alam semesta ini adalah dengan qada' dan qadar Allah SWT. Atiqah juga tidak mampu menjangkakan apakah yang akan berlaku pada hari-hari mendatang. Dalam usia yang masih muda Atiqah telah menerima lamaran Abdullah bin Abu Bakar as-Siddiq. Dia merasa inilah sebaik-baik keputusan dengan harapan Abdullah bin Abu Bakar akan menjadi pembimbing sepanjang hayatnya. Dia sungguh-sungguh berazam ingin menjadi isteri yang sentiasa menghibur dan menyenangkan hati suaminya. Sedangkan Abdullah pula, terlalu terpikat dan terpegun atas kejelitaan Atiqah sehingga melalaikan ibadahnya. Untuk berenggang sebentar dari Atiqah tidak sanggup dilakukannya. Perlahan-lahan imannya kian kendur, hingga dia mula meninggalkan sembahyang berjemaah di masjid, tidak seperti sebelum berkahwin.

Suatu hari, dalam perjalanan ke masjid Abu Bakar melintasi rumah Abdullah. Terdengar Abdullah sedang berbual mesra dan bergurau senda dengan Atiqah. Beliau berlalu ke masjid.
Setelah selesai solat Saydina Abu Bakar melintasi rumah Abdullah sekali lagi. Kedengaran Abdullah masih bergurau senda dengan Atiqah. Sedangkan waktu sembahyang telah lama
berlalu. Abu Bakar lantas memanggil Abdullah;

"Wahai Abdullah, apakah kamu telah sembahyang?
Barulah Abdullah menyedari kesalahannya, melalaikan sembahyang hingga liput waktu.
Abu Bakar telah berkata lagi;
"Atiqah telah melalaikan kamu daripada kewajipan, malah dia melalaikan kamu dari bersolat.
Ceraikan dia!"

Begitu tegas sikap dan pribadi Saydina Abu Bakar as-Siddiq dalam soal ibadah. Baru terhalang dari menunaikan solat berjamaah di masjid, sudah disuruh menceraikan isteri. Saydina Abu Bakar sememang teliti dalam mematuhi perintah Allah. Kerana itu beliau merasa wajar dia bertindak tegas terhadap anaknya. Beliau tidak mahu anaknya dipersoalkan di akhirat dan diseksa kerana isterinya. Lebih baik anaknya menerima hukuman di dunia daripada menerima hukuman di akhirat kelak. Abdullah bin Abu Bakar sememangnya anak yang taat dan patuh kepada orang tuanya. Meskipun hatinya keberatan untuk menceraikan Atiqah, tetapi disebabkan ketaatannya, Abdullah tetap menceraikan Atiqah. Ini bertujuan untuk menyedarkannya terhadap dosa yang dilakukan. Ujian ini memang sangat berat bagi Atiqah dan Abdullah melaluinya. Mereka baru saja berkahwin dan dalam keadaan saling menyayangi.

Sehinggalah ke waktu hampir berakhir iddah penceraian mereka, kedua-duanya saling menginsafi dosa masing. Kedengaran kepada Saydina Abu Bakar akan rintihan-rintihan anaknya Abdullah. Sememangnya dia tahu penanggungan hati anaknya Abdullah. Tapi hukuman itu diperintahkan bagi menyedarkan kedua-duanya. Setelah keduanya bertaubat dan benar-benar insaf, mereka dibenarkan rujuk semula. Setelah peristiwa itu kembalilah mereka berdua menjadi suami-isteri. Mereka sama-sama gigih bertaubat dan beribadat. Kedua-duanya saling ingat-mengingatkan terhadap tanggungjawab mereka. 

Bersyukurlah dengan apa yang anda ada sekarang.... Wallahua'lam....

 Reference:
http://akuislam.com/blog/renungan/cantik-adalah-ujian-bersyukur-seadanya/#axzz2L7JN76Ai
http://ummu-anas.blogspot.com/2009/10/kecantikan-itu-satu-ujian.html
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4849-tarbiyah-allah-tanda-cinta.html
http://al-ahkam.net/home/?q=content/kecantikan-bukan-segalanya




4 comments:

  1. btol3..rupa paras bukan ukuran..rupa cantik jelita tp prangai hancus pon laki xnk amik bt bini jgk :D hehe..

    ReplyDelete
  2. ye betul tu...kt kene bersyukur dgn apa kita ada dan bangga dgn apa yg kt ada....point yg bernas...i luv
    meh jengok umah saya ye... Mama Aqil

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...