Monday, August 27, 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum....

Aku mula mengenali die mase kami form 1, time tu skolah kat jeli... Orangnye pendiam, lemah lembut, agamanye bagus, cantik dengan bulu matanye sgt lentik, xpayah pakai maskara da...Pendek kata ade pakej lengkap utk dijadikan menantu,haha... Tapi sekarang terlambat da sebab da jadi milik encik Muhammad... Kami terpisah time form 4 sebab aku pindah sekolah... Tapi Allah temukan kami semula ketika sama2 blaja di Petaling Jaya & Kuantan.. Itulah pemilik nama Hanadi... Dalam awal2 taun aritu, aku ade dengar ura2 die nak kawen... Satu hari tu, terjumpa die kat cafe, ape lagi, time tu la terjah die, macam2 soalan aku tanye, sampai semput die nak jawab... Mmg sahih die nak kawen raya nanti...

Aku ni mmg sangat excited kalau pegi majlis kawan kawen.. Before tu aku da text nadi siap2, mintak die pos kad sebab nak tengok map rumah die... So, pada 25/8/2012 seawal jam 9 pagi, aku da mula bersiap2, kol 10.30 pagi da gerak ke sana.. Konon2 nye pegi awal sebab takot jam... Alhamdulillah, perjalanan lancar & sampai kat umah die tepat2 kol 12 tengahari... Time tu xde orang lagi, segan kot nak pegi, so, pegi la jalan2 kat Pantai Cahaya Bulan, minum coconut shake perisa kunyit, sebab makcik tu xbasuh blender btol2 kot, da la mahal kot, segelas 3 ringgit.. Dalam kol 1 camtu, pegi la plak umah die... Time tu orang xramai jugak, so, bley la posing puas2 dengan pengantin...


Ni la die pasangan pengantin Hanadi & Muhammad....Time ni pengantin tengah makan

Ni plak barang2 hantaran daripada due2 belah pihak.. Yang dalam kotak sebelah kiri tu present from me :)

Amik berkat pengantin,hehe... Kelihatan muka pengantin sungguh berseri2 :)

Baru siap makan... Gulai daging die sangat sedap....


Sempat pose dengan bestfren lame, after kena marah sebab xgtau die pegi awal,huhu..

Barakallahulakuma Hanadi & Muhammad...Semoga Bahagia hingga ke syurga...amin :)


Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri

Wahai Perantau, Perantau di kota,
Pulanglah ke desa, berhari raya,
Ayah serta bonda, amat mengharapkan,
Kepulanganmu di hari bahagia....

Mood raya da makin terasa ni, tambah2 plak bila bukak radio, dj2 da excited pasang lagu raya..Yela, sekarang ni kita sedang meniti hari2 terakhir dalam bulan ramadhan, yang tinggal 2 hari saja lagi..Semoga ibadah2 yang kita lakukan sepanjang bulan ramadhan ni diterima oleh Yang Maha Esa...Amin....

Bila teringat zaman kanak2, time nak raya mmg seronok sgt2...Malam raya tu da make sure, kasut raya ade dekat pintu, baju raya da gantung siap2, dan yang paling penting, siap ade handbag lagi, senang nak masuk duit raya.. Pastu bila pegi beraya umah orang plak, makan biskut gigit sket2, sambil mata tak lepas pandang tangan tuan rumah, ade sampul duit raya ke tak,hehe... Kalau dulu plak, memandangkan adik beradik sume masih muda-mudi lagi time tu, semua ade kat umah..Tapi sekarang ni, nak make sure sume dapat berkumpul tu agak susah la sebab masing2 ade  mertua kan.. Tapi ok la sebab akak2 n abang2 aku sume kawen ngan  org Klate, so setakat ni blom penah lagi la bile diorg blk tu mata lebam sebelah, gara2 gaduh, berebut nak balik kampung...

Pasal juadah raya plak, ni adalah antara my fevret :



Adik kakok sekalian kenaa dok gapo dio duk dale bukuh ija alek atah tuh??...Sape2 yang tak kenal, nama die tapai pulut... Tengok tapai ni, teringat kat satu kisah time raya taun lepas.. Anak buah aku dari KL datang rumah aku sehari sebelum raya..Time tu kitorang busy duk bungkus tapai ni la, termasuk la adik bongsu aku..Tibe2 anak buah aku tanye die "Pak Usu buat ape tu?".. Adik aku dengan selamba jawab "bungkus TAMPAN"....haha

Ni plak rendang ayam...Sedap makan ngan nasi atau pon nasi impit..


Almond London

Aku sure ramai yang suka biskut ni kan....Raya tanpa Almond London cam tak lengkap rasenye,hehe....

Di kesempatan ni, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada sume...mintak maaf jugak atas silap salah dari segi pertuturan, perbuatan atau dalam penulisan... Raya ni rase sangat best sebab terlebih excited nak attend wedding kawan, hehe... Selamat Pengantin Baru buat kawan saya tuu....Moga bahagia ke akhir hayat...




Nah duit raya, share la ye,hehe...


Sunday, August 12, 2012

Tanda- tanda Lailatul Qadar

Surah Al Qadr
" Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Qur'an pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dah Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar"

Antara tanda malam Lailatul Qadar ialah (from Portal Komuniti Ukhwah.com http://www.ukhwah.com/article.php?sid=1835)  :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa - 

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit - 

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram). 

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk. 

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu: 

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT. 
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.



Daripada hadis di atas, dapat di 'conclude' bahawa pada malam Lailatul Qadar:

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...