Thursday, January 31, 2013

Keajaiban Cinta


Assalamualaikum...

Sejak akhir2 ni, aku rajin mengupdate blog, yela azam tahun baru kan, nak update blog sebanyak mungkin,hehe.... Memandangkan aku datang seminggu awal, kat hostel ni tak ramai la yang ade, tapi best jugak sebab bley online sambil senyum sebab laju... Hurm, sekarang ni makin ramai kawan2 aku yang mula bertukar status, kalau dulu single, sekarang da married... Selamat pengantin baru buat kawan2 yang baru bernikah... So sorry sebab tak dapat attend wedding most of my friends sebab yela, time diorang kawen, aku plak tak cuti.... Jangan korang balas dendam tak datang majlis aku plak nanti ye,haha... Semoga you all bahagia selalu, semoga kekal ke akhir hayat and cepat2 dapat baby yang comel2 ye :) Kawen awal and dapat anak cepat ni best sebab nanti you all muda lagi tapi anak da besar...  

Malam ni keje aku online, bukak fb, pastu ade sorang kawan aku post link lagu Keajaiban Cinta nyanyian Adira & Alif Aziz... Mula2 dengar lagu baru ni, biase aku cam takde perasaan, tak tau nak cakap lagu tu best ke tak.. Tapi bile da beberapa kali dengar and aku rasa lagu tu best, aku akan dengar berulang-ulang kali sampai aku boring... Best sangat lagu ni, dengar sambil layan perasaan dan mengenang nasib... Orang lain da kawen, aku ni masih belum ada hala tuju... Papepon, aku doakan semoga allah berikan dan tunjukkan jodoh yang terbaik buat aku...

Jom layan lagu ni dulu.... 






Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi

Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup



Tapi kalau orang tu da confirm2 curang ke, main kayu tiga, empat ke, better tinggal je laa, tak payah laa duk tunggu2 lagi, cari je orang lain,haha... Betol tak?.. Tapi kalau problem selain daripada tu, kalau boleh try laa cari jalan penyelesaian dulu, kalau da takde harapan sangat baru laa bley decide something... Kite kena fikir jugak, kalau kite rushing sangat decide nak tinggalkan someone, then cari orang lain, tak semestinya dengan orang lain tu kite tak akan ade problem, ntah2 lagi teruk, sape tahu kan... Benda ni apply jugak dalam situasi rumahtangga, fikir dulu masak2 before decide untuk berpisah ke ape... Bagi dulu peluang, kalau benda yang sama jadi jugak 2, 3 kali, baru boleh decide something... Yang penting, apa yang kita decide kena mintak petunjuk allah, dengan cara istikharah contohnya... Insyaallah, DIA akan memberi pilihan yang terbaik untuk kita... Wallahua'lam...






Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/11/lirik-lagu-keajaiban-cinta-adiraaliff.html#ixzz2JTZbagNP


Tuesday, January 29, 2013

Lawatan ke rumah Juara Pertandingan Pidato Antarabangsa



Assalamualaikum....

Bagi peminat2 pidato, mereka mungkin mengenali figura di atas... Pemilik nama Fathiah Ibrahim ini adalah anak jati Kelantan, di mana beliau telah menjuarai Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012, Piala Perdana Menteri, kategori Nusantara.... Hehe, gaya penulisan aku kali ni cam wartawan Utusan Malaysia plak kan??... Sebenarnya, da lama pertandingan ni berlangsung, kalau tak silap bulan Mac tahun lepas, tapi sekarang baru timbul idea nak tulis pasal Fathiah ni, gara2 pegi melawat dia kat umah time cuti aritu,hehe... Fathiah ni dikenali dengan nama Cik Yah di kalangan kawan2 die... Macam mana aku boleh kenal Cik Yah ni?? haaa, begini ceritanya....


Aku pon tak tau nak start macam mana... Aiii, memang takde bakat nak jadi penulis novel cam Aisya Sofea laa... Senang cerita, aku kenal Cik Yah ni mase sama2 menjalani PLKN di Damai Park Resort, Merbok, Kedah... Kitorang duduk satu dorm, katil pon dekat2, memang kamcing la.. Selain kitorang berdua, ade dua orang lagi kawan baik kitorang kat sane, Nada Nasuha & Norizan (Ije)... Nak gi mane2 pon, kitorang akan pegi sama2... Kol 2 petang, kitorang kena berbaris kat padang kawad, siap pakai baju loreng ngan but... Even jurulatih yang misai lentik tu jerit suruh cepat and then dia akan kira, sape lambat kena denda, kitorang akan sama2 tunggu jugak, sampai sume siap ikat tali but masing2, then baru lari2 pegi padang kawad, haa, see, betapa sejatinya persahabatan kami,haha...

Cik yah ni, kat sane pon memang die da femes, sebab die jadi ketua wirawati... pagi, petang, siang malam, "Wirawati, barriss, barrrrisss sedia....sennnanggg diri"... Tu je la keje dia,haha... Pastu apa yang aku tengok, Cik Yah ni seorang yang protector, kalau duduk ngan die akan rasa selamat sebab mulut die is her weapon...Maksud aku, bukannye die ni mulut laser ke ape, tapi ape yang die cakap kalau die nak defend something, memang seolah2 die sedang berbahas...  Sebab tu die boleh jadi seorang pemidato dan pembahas yang hebat kan?hehe....

Even perkenalan kitorang kat PLKN cuma 3 bulan, tapi sampai sekarang kitorang still keep in touch... Cuti aritu, aku sempat laa pegi melawat Cik Yah kat umah die ngan Nada, Ije tak dapat join sebab ade hal... Best sangat sembang2 mengenai perkembangan masing2, sambil menikmati spageti... Perkenalan selama 3 bulan telah membawa kepada persahabatan selama 6 tahun, tu lah ungkapan yang boleh menggambarkan kami berempat... Bagi sape2 yang teringin nak tengok Cik Yah pidato, bley tengok kat bawah ni ye...     




"Rumah kita memang kecil, tapi itulah syurga buat saya
Wang kita memang tidak banyak, namun saya merasa nikmat dan mewahnya hidup kita"

Kata2 Cik Yah dalam pidato tu memang terkesan di hati aku... Cik Yah memang hebat, no wonder laa die menang kan?... Pape pon, Cik Yah, I'm proud of you :)

Monday, January 28, 2013

Majalah Dara.com edisi Febuari 2013


Assalamualaikum....

Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”

Jawab para sahabat “Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda”

Lalu Rasulullah bersabda lagi “Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, zikir, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa maki hamun, menfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan diambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Lalu dihumbankan ke dalam neraka” – Riwayat Abu Hurairah...

Salam Maulidur Rasul untuk semua pembaca blog ku sekalian,hehe.... Aku sekarang ni tengah cuti semester, tapi kena korban  cuti seminggu, datang awal sket sebab kena settle kan keje yang berlambak2....  Mase kat umah aritu, sempat jugak beli majalah Dara.com.. Ni first time aku beli and baca majalah Dara.com... Untuk edisi ni, covergirl die ialah Eyfa.. Eyfa ialah model sambilan dan pernah jadi pengacara program Selera Sunnah, TV9 mase bulan Ramadan lalu... Dia juga pernah di interview bersama ibunya dalam Nasi Lemak Kopi O, pengacara majlis dan duta sebuah butik tudung online... Dalam majalah ni jugak ada banyak tips pemakaian tudung... So, korang bley laa practice depan cermin sambil belit2 tudung mengikut step2 yang dipaparkan dalam majalah ni ye... 


Apa yang menarik yang aku nak share kat sini ialah mengenai satu artikel dalam majalah ni, tajuknya berkasih sayang cara Rasulullah s.a.w...  Salah satu cara untuk melahirkan rasa cinta kepada rasulullah ialah dengan cara mengenali baginda, tak kenal maka tak cinta kan?... Jom kita hayati kisah2 yang menggambarkan betapa hebatnya kasih sayang yang ada dalam diri rasulullah...

-          Ketika berhijrah ke kota Madinah dan memulakan dakwahnya, Rasulullah telah dibaling batu oleh kanak-kanak dan orang dewasa penduduk kota tersebut. Pernah ia berlaku ketika baginda sedang solat, namun baginda langsung tidak memarahi mereka. Malah baginda berdoa “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, mereka tidak mengetahui tentangku”...

-          Rasulullah seorang yang baik hati kerana selalu membantu sahabat dan umatnya tanpa mengira latar belakang mereka. Jika ada sesiapa yang meminta pertolongannya, baginda akan sedaya upaya membantu. Rasulullah pernah bersabda “Barangsiapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, Allah akan tunaikan 70 hajatnya”.

-          Ada seorang wanita tua bukan Islam selalu membaling najis dan meletakkan duri si sepanjang jalan yang dilalui Rasulullah. Baginda langsung tidak menghiraukan kelakuan buruk wanita tersebut, malah menziarahinya ketika dia uzur. Dia terharu melihat kebaikan Rasulullah lalu memeluk Islam.

-          Satu ketika dahulu, ada seorang Arab Badwi membuang air kecil di satu sudut di dalam masjid. Perkara itu mendatangkan kemarahan sahabat-sahabat  Rasulullah. Baginda pula hanya berdiam diri dan tunggu hingga dia melunaskan hajatnya. Selepas itu, baginda tidak kekok membasuh najis tersebut lalu memberitahu tentang adab-adab ketika di masjid kepada orang tersebut...

Subhanallah, hebatkan keperibadian junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w...  Semoga kita sama-sama mencontohi akhlak dan keperibadian baginda... Allahummasolli ala sayyidina Muhammad, Waa’la Ali Sayyidina Muhammad.... 

   

Thursday, January 10, 2013

Boleh ke korek telinga?

Assalamualaikum...

Selama 3 semester menjalani clinical, macam2 patient da laa aku jumpa... As an audiology student, generally tugas we all adalah buat hearing test, diagnose degree and types of hearing loss dan juga manage pasal hearing aids.. Selama jumpa patient ni jugak, aku perasan, antara famous question diorang tanya ialah "Boleh ke korek telinga?"... and I'm sure soalan ni jugak yang sering membelenggu fikiran you all kannn, hehe... The answer is "NO, YOU CANNOT KOREK TELINGA OKEY !!!".. tak kira laa korek pakai cotton bud ke, pakai besi ke, pakai lidi ke, pakai jari kelinking ke, tak boleh ye??... Tapi, aku pon before amik audiology selalu korek telinga jugak sebenarnya... Tapi bila da tau takleh, I try to stop myself from doing that, even kadang2 rase cam gerammm je tengok cotton bud tu... 

You all tau tak taik telinga or ear wax or cerumen ni, yang you all rase cam geli kan, lepas korek telinga tu you all pegang batang cotton bud pakai jari telunjuk dengan ibu jari, then lari2 pegi buang tu kan,, sebenarnya ade kepentingan jugak tau... Everything yang Allah buat has a purpose.. Taik telinga tu laa yang memerangkap segala kekotoran, debu dan sebagainya daripada masuk dalam salur telinga, taik telinga tu jugak melembapkan salur telinga supaya ia tak kering dan tak rasa gatal dan juga, taik telinga boleh menghalang pertumbuhan bakteria dalam salur telinga... See, betapa berjasanya taik telinga ni kan??... So, pasni jangan pandang rendah kat taik telinga tau?...




Meh nak citer benda sebenarnya ye??.... Sebenarnya, you all tak payah laa bersusah payah beli cotton bud semata2 nak bersihkan telinga... Silap2 nanti, gegendang telinga you all boleh pecah  tau if you all masukkan cotton bud tu dalam sangat,haa... Selain tu jugak, dengan memasukkan cotton bud ni, taik2 telinga yang sedia ada dalam salur telinga tu akan masuk lagi dalam, lagi laa susah nak keluar kan... So, pliz jangan korek... Dalam salur telinga kita ni ade bulu2 halus kan, bulu2 halus ni akan bergerak2 semasa kita bercakap, mengunyah dan sebagainya, dan bulu2 halus ni laa yang akan membantu menolak taik2 telinga ni keluar... Kalau you all perasan, taik telinga ni akan keluar after you all bangun dari tidur and after you all mandi.. So, just bersihkan bahagian luar je la dengan tuala bersih or tisu... You all jugak boleh beli eardrop kat farmasi if you all nak lembutkan or cairkan taik2 telinga yang degil tapi make sure pegi jumpa doktor dulu la ye or tanya pharmacist...  


Takot tak?..... So, jangan korek telinga ye...

Dalam utusan online yang aku baca last week, kat New Delhi kan, korek telinga orang ni menjadi punca rezeki bagi sesetengah orang kat sana tau.. Berbekalkan jarum pengorek panjang, alat pengepit dan kapas, diorang akan tunggu pelanggan kat tepi jalan... Dengan bayaran 20 hingga 50 rupee (RM 1 hingga RM3) sahaja, pelanggan boleh dapatkan perkhidmatan tersebut... Tapi, bagi aku, aku tak kan pegi laa dapatkan perkhidmatan camni, sebab tahap kebersihan dan risiko kecederaan tu kita tak sure kan... So, better tak payah laa, sebab aku da cakap kan tadi, telinga ni tak perlu dikorek untuk tujuan pembersihan, just bersih kat luar2 tu je la ye :)  Thanks for reading..



Source: purpose of earwaximportance of earwax,

Tuesday, January 8, 2013

First time beli PEPLUM :)

Assalamualaikum....

Syukur alhamdulillah, lega tak terucap sebab aku da melalui the biggest fear of the semester, iaitu clinical examination.. One day before the exam, rase stress sangat3, nak nangis pon ada... Pastu bila tiba time maghrib tu, terdetik dalam hati "Ya Allah, da malam ni, macam mana aku nak lalui hari esok"...Tapi, whatever it is, memang kena lalui jugak... Doa banyak2, dalam keadaan macam ni, Allah je yang boleh tolong kita, jangan lupa solat hajat ye! Malam tu plak, biase laa malam before exam, aku stay up sampai kol 1.15 a.m pastu kemas2 buku and notes, prepare nak tido sebab esok kena bangun awal... Tapi tak tau nape, aku tak leh tido, maybe sebab terlalu fikir pasal nak exam esok, sampai laa kol 4 pagi... Kol 6 pagi aku terjaga, agak penat la kan sebab tido 2 jam je... Tapi bangun jugak, mandi, dalam sujud terakhir solat subuh tu, sempat jugak doa supaya Allah mudahkan exam aku arini dan supaya Allah lembutkan hati supervisor yang akan bagi markah kat aku time exam nanti....

Aku sampai clinic lebih kurang kol 8... Then, kitorang kena masuk dalam quarantine room, sementara tunggu kita punye turn... Turn aku kol 11, before tu sempat lagi laa study sket2, nervous sgt time tu, da laa aku ni tgh vertigo gara2 tak cukup tido,hehehe.... Tapi, aku doa, selawat 100 kali, sebab aku ingat,entry ni, "Siapa yang berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 100 kali selepas subuh, Allah akan tunaikan 100 hajatnya... 70 hajat akhirat, 30 hajat dunia".... Aku dapat patient paediatric, agak susah jugak laa nak handle.... After that, ade VIVA plak, di mana, aku akan menghadapi 3 orang lecturer yang akan soal pape je laa pasal test yang aku da buat tadi... Aku rase aku da buat yang terbaik, tu je yang aku mampu, sekarang ni tawakkaltu a'lallah...


That is all pasal kisah sedih clinical exam,haha... Ni ade interesting story yang aku nak share niii,haaa..... Rasenye you all da tau, sekarang ni kan trend orang2 muda-mudi macam kita ni pakai peplum kan... Pada mula nya, aku pon tak tau ape benda peplum ni... Menurut dictionary, peplum ni bermaksud "a short full flounce or an extension of a garment below the waist, covering the hips"... Ape yang aku selalu tengok orang jual kat fb, peplum ni cam blouse, die kembang2 sket kat bhgn bawah, ade yang pendek, yang bawah pinggang, ade yang labuh... Haa, camtu laaa kot, ntah betol ke tak,haha... Tak kisah laa yang penting, aku suka peplum ni... Tapi aku tak tau nak cari kat mane,huhu...Selalu jugak laa tengok orang duk jual kat fb tapi ade yang mahal and ada plak yang tak berkenan.... 


So, one day, biase laa time2 exam ni, keje study depan lappy je laa...pastu aku ternampak ade sorang kawan aku ni like satu page ni, EZRaLEinA BoUtiQuE... Sekarang ni die tengah buat peplum promotion....



1 pcs = RM 48

2 pcs = RM 90 free postage

Waaa, terus terbeliak biji mata aku, terus tengok koleksi peplum yang die jual... Sangat cantik, so aku pilih 2 helai, color biru dan merah...











Pliz be aware that I do not get any benefit from promoting this.... Aku juz hepy dapat beli peplum ni, and rase nak share dengan you all.... So, sape2 yang berminat jangan pm inbox aku plak ye! haha... Pegi je kat page EZRaLEinA BoUtiQuE and you all pilih laa which one yang you all nak, pastu bley laa pm die... Aku tak tau laa kot2 aku sorang je ke yang satisfied, ntah2 korang tak... Takot nanti korang blaming me plak nanti,hehe... Ape2 masalah bley pm die ye, korang bley je nak tanye pape kat die, ade discount ke tak, die pos gune pos laju ke pos slow, sume bley, die baik je :)

Thanks to kawan2 aku (Ruzanna and Aminah) and so sorry menyusahkan you all, menyetelkan urusan transfer duit kat akak tu for me... Orang lain sibuk study, aku plak sibuk online shopping,haha... That's why pentingnya kawan kan... Tu je la nak citer for this entry, thanks for reading this :)




Wednesday, January 2, 2013

Riak di Internet

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nafas oleh Allah, untuk melangkah ke tahun 2013... 2013, bermakna aku melangkah ke usia 24 tahun... Rase cam tua da kan?hehe... It's a normal life cycle, orang yang muda, akan tua, orang yang hidup, akan mati... Apa yang penting, dengan pertambahan usia ni, kita harus jadi lebih baik, perlu improve diri kita, preparation untuk bekalan akhirat pon seharusnya makin bertambah... Untuk entry pembukaan bagi tahun 2013 ni, aku nak share something yang aku rasa sangat perlu di zaman teknologi ni, sebab, sekarang boleh dikatakan semua orang ada akaun facebook, twitter dan juga blog... Sebelum tu kan, aku nak tanye, apa tujuan you all ade fb, twitter dan blog??

Semalam, seperti biase laa, aku kalau tak bukak fb sehari, memang tak sah.. Rase hidup ni tak lengkap gitu,haha..Memang da jadi satu kemestian, after subuh, terus bukak fb, lain laa kalau pagi tu ade class or clinic... Aku tengok ade post daripada page Bercinta Selepas Nikah mengenai RIAK DI INTERNET.. Ada 5 ciri2 riak yang dihighlight kat situ...




Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda "Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil."  Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: ( Syirik yang kecil itu) ialah riak. 

Dalam satu lagi HadisRasulullah s.a.w pernah menasihatkan seorang lelaki dari para sahabat, bersabdanya:
"Janganlah sekali-kali kamu menipu ALLAH."
Lantas sahabatnya itu bertanya: "Bagaimana dianggap seorang menipu ALLAH?"
Baginda pun menerangkan kepadanya bahawa hendaklah 
"Kamu turut perintah ALLAH dan Rasul NYA- janganlah kamu memalingkan amalan kamu itu selain daripada ALLAH- jauhi perbuatan riak kerana ia merupakan syirik yang kecil."


Memang tidak dinafikan, kalau kita ada blog, kita akan rasa hepy bila kita ada follower yang ramai, konon2 kita femes laa kan.. Aku pon macam tu jugak, tapi bila aku tahu pasal ni, cepat2 aku betolkan niat... Aku tulis blog ni sebab aku nak share ilmu, bukan sebab riak, nak mintak you all like banyak2, nak follower banyak2.. No... Niat aku, semoga segala ilmu yang aku tulis and share ni, dapat ganjaran pahala oleh Allah, you all sume dapat benefit daripada apa yang aku tulis dan bila aku mati nanti, semoga aku dapat pahala yang tak putus2 jugak, bila blog aku ni sentiasa dibaca... Astaghfirullahalazim 3x, semoga Allah hapuskan dosa2 riak yang telah kita lakukan, dan semoga Allah sentiasa jauhkan sifat riak daripada diri kita.. Amin..  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...