Monday, October 15, 2012

Istibra'

Assalamualaikum...

Untuk entry ni, aku nak share something yang aku rase sangat penting & maybe ade di kalangan kita yang tak tahu.. Pernah dengar tak perkataan istibra'??.. Istibra' maksudnya cara yang diajarkan oleh Rasulullah saw untuk menghentikan pengaliran air kencing atau menghabiskan kencing ketika membuang air kecil... Istibra' ni dituntut kepada lelaki lelaki sahaja... Untuk perempuan,  tidaklah dituntut istibra‘ kepada mereka.. Menurut pendapat ulama Hanafi, memadailah dengan menunggu seketika sebelum mereka beristinja‘. Manakala para ulama Syafi’e dan Hanbali mengatakan dituntut istibra‘ dengan cara menekan ari-arinya.




Istibra' ni penting supaya kita ni betol2 bersih sebelum amik wuduk & solat... Ini menentukan sama ada, solat kite sah ataupon tak..

“Daripada Ibnu ‘Abbas dia berkata: Nabi Muhammad S.A.W melalui salah satu tembok dari tembok-tembok Madinah atau Makkah, lalu Baginda mendengar suara dua orang manusia yang sedang disiksa di dalam kuburnya.

Nabi bersabda: “Dua orang sedang disiksa dan keduanya tidak disiksa kerana dosa besar. Kemudian Baginda bersabda: Ya, yang seorang tidak beristibra‘ dengan sebersih-bersihnya daripada kencingnya dan yang seorang lagi berjalan dengan mengadu domba. Kemudian Baginda minta diambilkan pelepah kurma yang basah, lalu dibelah menjadi dua dan Baginda letakkan pada masing-masing kuburan itu satu belahan. Lalu dikatakan: Wahai Rasulullah, kenapakah engkau perbuat ini? Baginda bersabda: Mudah-mudahan keduanya diringankan selama dua belah kurma itu belum kering atau sehinggalah ia kering”.

(Hadith riwayat Al-Bukhari)


Hadith Ad-Daraquthni yang maksudnya :
“Bersihkanlah kemaluan kamu daripada air kencing, kerana kebanyakan azab kubur berpunca daripadanya".


Istibra‘ dilakukan dengan apa cara yang terbiasa dibuatnya dengan syarat perbuatannya itu tidak mengheretnya ke arah was-was syaitan atau membawa kepada menyusahkannya, kerana di antara adab istibra‘ itu ialah dengan membuang perasaan was-was daripada dirinya.


Imam Al-Ghazali berkata: “Jangan terlalu banyak berfikir dalam perkara hendak melakukan istibra‘ sehingga menimbulkan was-was dan menyusahkan”.. Wallahua'lam..


Sumber:  UmmnuNusair Durham ,   http://berandamadina.wordpress.com/page/15/?archives-list=1,  http://www.youtube.com/watch?v=DgdpvoFrnmU


3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...