Sunday, December 30, 2012

Sejauh mana cinta kita kepada kekasih kita?



Bismillahirrahmanirrahim....

Dalam previous entry, aku ade cakap yang aku sekarang sedang busy menelaah untuk final examination kan... Alhamdulillah, semalam (29/12/12), aku da lalui paper Aural Rehabilitation II dan sekarang ade gap 5 hari, sebelum paper seterusnya iaitu Industrial Audiology... So, after exam tu, aku dan kawan2 tak fikir lagi nak study, kitorang nak release tension dulu, tengahari tu kitorang keluar lunch sama-sama, pastu malam tu kitorang ke KIPSAS (Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah), untuk menghadiri program Kuantan Berselawat... Sampai je kitorang ke sana, lebih kurang kol 6 lebih, kitorang dihiburkan dengan alunan qasidah... Subhanallah, bila dengar qasidah tu, aku rasa tertarik dan tenang sangat... After that, kitorang solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan lepas tu, kitorang dihiburkan dengan alunan qasidah sekali lagi.. Sedang asyik mendengar, tiba2 kawan aku cakap, qasidah Ya Hanana tu pernah dipersembahkan mase wedding Irma Hasmie.. Untuk lirik dan terjemahan Ya Hanana boleh tengok kat SINI ye...



After persembahan qasidah tu, majlis diteruskan dengan ceramah agama daripada Habib Ali Zainal Abidin... Mula2 tu aku tak dengar sangat sebab rase ngantok.. Pastu try laa dengar betol2, masyaallah, sebenarnya isinya sangat hebat !! Ceramah tu berkisar tentang MAHABBAH... Mahabbah tu adalah perkataan arabic yang bermaksud kasih sayang... Dalam tajuk entry kali ni, kekasih yang aku maksudkan bukanlah girlfriend, boyfriend or husband, wife dan bukan juga mak ayah... Tapi NABI MUHAMMAD s.a.w...

Ok, berbalik kepada kasih sayang tadi, kalau kita kan, orang buat jahat kat kita, of course laa kita akan rasa marah, bila rasa marah, mula laa timbul perasaan benci, kita maki or mengumpat dia kan.. Tapi.... orang yang hatinya disinari cahaya iman, dia tak akan ada perasaan benci tu, malah dia akan mendoakan semoga orang itu akan diberi hidayah oleh Allah... Susah bukan??... That is why aku highlight kan di sini, semoga kita sama2 boleh cuba and amal.. Begitu juga kalau kita mempunyai perbezaan pendapat dengan orang lain, kita tak boleh tak suka kat dia, kita kena tetap mengasihi mereka... Imam Malik dengan Imam Syafie, sungguhpun ada pendapat mereka yang berbeza, tapi mereka tetap saling mengasihi dan mendoakan...

Bagaimana cara kita mengasihi nabi Muhammad?.. Sebenarnya Qasidah adalah salah satu cara kita tunjukkan perasaan gembira kita atas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w... So, lepas ni, rajin2 laa dengar qasidah ye.... Pastu semalam, penceramah ada cakap "Kebanyakan penghuni syurga Firdaus adalah di kalangan umat Nabi Muhammad"... Ya allah, semoga kami tergolong dalam golongan yang akan memasuki syurga Mu...

Cuba kita fikir analogi ni ya... Kita masukkan gula dalam air teh, kalau kita kacau, gula tu akan larut... Bila kita minum, air teh tu akan rasa manis... Kalau kita tak kacau, air teh tak akan rasa manis kan??... Begitu juga dengan kita, sebenarnya dalam hati setiap orang Islam tu sudah sedia ada perasaan cinta pada rasulullah.. Cuma peranan kita adalah untuk gerakkan rasa cinta itu, supaya kita akan merasainya... Bila kita mula merasainya, kita tak akan rasa berat untuk lakukan ibadah...

Dalam satu hadis, ni penceramah tu cakap ye... Siapa yang berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 100 kali selepas subuh, Allah akan tunaikan 100 hajatnya... 70 hajat akhirat, 30 hajat dunia... Besarkan fadhilat selawat ni.. So, time free, takde buat pape tu, boleh laa selawat ye... Time dalam kete nak gi mane2, time iron baju, time jalan nak gi cafe, boleh selawat jugak kan?...

Semoga kita semua dapat manfaat daripada perkongsian ilmu kali ni... Wallahua'lam :)



4 comments:

  1. thanks for sharing :) lame da xdgr ore ber'qasidah' nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome...download from youtube laa, bley slalu dgr :)

      Delete
    2. hehe..internet slow cni, tp rasenye ingt lg cane qasidah tu :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...