Wednesday, January 2, 2013

Riak di Internet

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nafas oleh Allah, untuk melangkah ke tahun 2013... 2013, bermakna aku melangkah ke usia 24 tahun... Rase cam tua da kan?hehe... It's a normal life cycle, orang yang muda, akan tua, orang yang hidup, akan mati... Apa yang penting, dengan pertambahan usia ni, kita harus jadi lebih baik, perlu improve diri kita, preparation untuk bekalan akhirat pon seharusnya makin bertambah... Untuk entry pembukaan bagi tahun 2013 ni, aku nak share something yang aku rasa sangat perlu di zaman teknologi ni, sebab, sekarang boleh dikatakan semua orang ada akaun facebook, twitter dan juga blog... Sebelum tu kan, aku nak tanye, apa tujuan you all ade fb, twitter dan blog??

Semalam, seperti biase laa, aku kalau tak bukak fb sehari, memang tak sah.. Rase hidup ni tak lengkap gitu,haha..Memang da jadi satu kemestian, after subuh, terus bukak fb, lain laa kalau pagi tu ade class or clinic... Aku tengok ade post daripada page Bercinta Selepas Nikah mengenai RIAK DI INTERNET.. Ada 5 ciri2 riak yang dihighlight kat situ...




Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda "Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil."  Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: ( Syirik yang kecil itu) ialah riak. 

Dalam satu lagi HadisRasulullah s.a.w pernah menasihatkan seorang lelaki dari para sahabat, bersabdanya:
"Janganlah sekali-kali kamu menipu ALLAH."
Lantas sahabatnya itu bertanya: "Bagaimana dianggap seorang menipu ALLAH?"
Baginda pun menerangkan kepadanya bahawa hendaklah 
"Kamu turut perintah ALLAH dan Rasul NYA- janganlah kamu memalingkan amalan kamu itu selain daripada ALLAH- jauhi perbuatan riak kerana ia merupakan syirik yang kecil."


Memang tidak dinafikan, kalau kita ada blog, kita akan rasa hepy bila kita ada follower yang ramai, konon2 kita femes laa kan.. Aku pon macam tu jugak, tapi bila aku tahu pasal ni, cepat2 aku betolkan niat... Aku tulis blog ni sebab aku nak share ilmu, bukan sebab riak, nak mintak you all like banyak2, nak follower banyak2.. No... Niat aku, semoga segala ilmu yang aku tulis and share ni, dapat ganjaran pahala oleh Allah, you all sume dapat benefit daripada apa yang aku tulis dan bila aku mati nanti, semoga aku dapat pahala yang tak putus2 jugak, bila blog aku ni sentiasa dibaca... Astaghfirullahalazim 3x, semoga Allah hapuskan dosa2 riak yang telah kita lakukan, dan semoga Allah sentiasa jauhkan sifat riak daripada diri kita.. Amin..  

3 comments:

  1. huu, niat i pon dah terpesong..astaghfirullah..thanks for sharing this! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...