Bulan ni aku agak busy sket, selain dengan clinic, final year project dan class, kitorang juga ade lawatan ke Malaysian Federation of the Deaf (MFD) ataupon Persatuan Orang Pekak Malaysia dekat Puchong dan juga kami melawat Pusat Pertuturan Kiu di Kampung Pandan.. Lawatan2 ni semua adalah untuk subjek aural rehabilitation yang kitorang amik untuk sem ni... Best jugak ade lawatan cani sebab kitorang berpeluang untuk belajar bahasa isyarat dan dapat lihat sendiri macam mana orang pekak ni berinteraksi sesama mereka... We spent 2 nights kat UIA Gombak and happy sangat coz dapat jumpa my ex roomate time sama2 blaja kat Petaling Jaya dulu, Liya, sharing2 story kat cafe sampai abang2 cafe tu sume duk jeling2, isyarat suruh blah sekarang sebab diorang nak tutup kedai da,haha...
Apa yang menarik yang aku nak share kat sini adalah time aku melawat
pusat pertuturan kiu or dlm bahasa omputihnya cued speech centre... What is
cued speech?... Dalam bahasa simplenya, cued speech ni adalah satu kaedah yang
digunakan untuk berinteraksi, dengan menyebut suku kata sambil buat isyarat
tangan.... Ada paham murid2 sekalian?... Dengan kaedah ni, orang2 pekak akan
dapat gambaran bunyi suku kata tu dengan lebih jelas rather than speech
alone... contohnya: MAKAN MA (ade
isyarat untuk ma) KAN (another isyarat untuk kan)... Aku sangat kagum bila tengok persembahan
murid2 kat cued speech centre tu koir lagu I Have A dream and satu lagi lagu
nasyid... Lepas tu ade aktiviti dalam
group, each group akan dapat 3 orang students... You know what, 2 deaf students in
my group can recite surah Al Fatihah !! ... yang sorang tu dapat baca dengan
jelas & harakatnya pon bagus jugak... Kat sini apa yang aku nampak cikgu2
tekankan bab agama sebab ade kelas fardhu ain, di mana ustaz & ustazah dari
JAWI akan dijemput untuk mengajar murid2 and kelas mengaji pon ada jugak...
After sesi fotografi, tibe2 kawan2 aku sume sibuk2 nak ambik
gambar ngan sorang budak ni, aku pon terus je join diorang without knowing why
diorang excited sangat nak bergambar ngan budak tu...Pastu aku dengar kawan aku
cakap budak tu pelakon iklan raya BERNAS punya.... Wow, tibe2 aku plak yang
terlebih excited, terus tarik budak tu suruh die amik gambar ngan aku,haha...
Tumpang populariti adik ahmad sket,hehe... Balik hostel, bukak lappy terus cari
iklan tu kat utube... Let’s watch it now...
Secara kesimpulannya, iklan ini mengisahkan 2 orang sahabat...Sorang name Ahmad, die pekak, sorang lagi Fizi, die plak buta... Diorang ni duk umah anak yatim... Time tu dekat nak raya, kawan2 diorang ramai laa yang balik umah sedara mara masing2, tinggal diorang je.. So, diorang decide nak pegi Segamat, nak balik kampung Ahmad... pegi stesen bas nak beli tiket bas, tiket da abes... Diorang pegi kat stesen kete api plak, tapi ade satu je tiket yang tinggal... Lepas tu.... Korang tengok sendiri ye, sedih sangat :'(
Dengan adanya program macam ni, aku sangat2 bersyukur atas nikmat kesempurnaan fizikal dan pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah... Kadang2 diri ini sentiasa rasa tidak puas, tidak cukup dengan apa yang ada... Sedikit nasihat buat diriku sendiri, bandingkan lah dirimu dengan orang yang kurang bernasib baik, nescaya kamu akan bersyukur... Jangan bandingkan diri dengan orang yang lebih, nescaya kamu akan tidak akan bersyukur & hidup tak akan tenang....Semoga diriku dan juga pembaca2 blogku ini dilindungi Allah daripada sifat kufur nikmat.... Amin..
heheh sekolah lama den tu.. den generasi pertama belajar di sekolah di situ...
ReplyDeleteFizi benar buta kah cik?
ReplyDelete