Wednesday, November 21, 2012

Palestine Will Be Free... In Shaa Allah

Assalamualaikum....

Setiap hari tengok newsfeed fb, hati ini sudah tidak tega untuk menahan kesedihan bila melihat saudara2 seagamaku dibunuh oleh Yahudi laknatullah... Sebelum ni, tragedi sedemikian pernah berlaku ni Iraq, Lubnan, Afganistan dan juga di selatan Thai tapi tak begitu memberi kesan kat aku.. Tapi di Palestin, aku sangat2 aware, aku like page Aqsa Syarif dan juga Aman Palestin bagi mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa tentang apa yang berlaku di Palestin... 

Hatiku ternyata sedih bila melihat kanak2 cedera, menangis... Ya Allah, moga engkau beri kekuatan kepada mereka.... Tetapi hatiku tenang apabila melihat gambar2 mereka yang syahid, sungguh tenang, bercahaya, tersenyum, seolah2 mereka sudah melihat syurga yang sudah tersedia untuk mereka...




Ya Allah

Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Palestin. 

Berikanlah mereka keteguhan Iman

Berikanlah mereka kekuatan

Hilangkanlah segala kedukaan yang sedang dialami oleh mereka

Hancurkanlah rejim Zionis Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Berikanlah azab yang setimpal atas perbuatan mereka

 (From: Mencari Redha Allah)  


Apakah sumbangan kita untuk membantu saudara2 kita di Palestin? Kudrat kita sememangnya tidak mampu untuk pergi berjihad melawan Israel di sana, harta kita mungkin tidak mencukupi untuk perbelanjaan perubatan dan keperluan di sana... Ape yang boleh kita sumbangkan ialah doa... Amalkan doa di dalam sujud terakhir solat kita, juga solat hajat lah untuk keamanan di sana... Dermalah sekadar termampu.. Kalau seringit yang kita mampu, bagi seringgit.. 

Aku terbaca mengenai kisah pada zaman Nabi Ibrahim, semasa baginda dibakar oleh kaumnya... 

Ade seekor burung pipit berulang alik mengisi air dalam paruhnya untuk menyiram api yang membakar... Makhluk Allah yang lain bertanya "Wahai pipit, apa yang kamu mahu lakukan?"



Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.

“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Burung kecil itu tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran. Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur.

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).



Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/boikot-2/#ixzz2CrhtO1wu


Semoga kita sama2 ambil pengajaran daripada kisah burung pipit tersebut... Semoga sumbangan kita yang kecil ini mampu membantu saudara2 kita di sana.... Amin





2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...