Sunday, January 15, 2012

Kita Merancang, Allah Juga Merancang...

Malam ni boring, tak tahu nak buat apa...Bile exam, nak exam abes cepat2, bile abes, boring plak...Tibe2 ternampak ade majalah Solusi kat atas rak buku..Da lame sebenarnya beli, tp xsempat nak baca betol2, juz selak2 camtu je..So, malam ni berpeluang nak baca betol2 dan saya baca satu article yang ditulis oleh Noraslina Jusin, tajuknya seperti di atas... Dalam hidup ni, kite selalu merancang, memasang angan2 & mempunyai cita2..Kita akan rasa gembira bila ape yg kita rancang, ape yang kita angankan & ape yang kita cita kan, menjadi kenyataan....Tapi, bila semuanya tidak menjadi kenyataan, kita sedih & putus asa... 

Sebenarnya, bila kita gagal mendapat ape yang kita nak, walhal kita telah berusaha sehabis daya, Allah mahu menguji kita, supaya kite terus berusaha & berusaha...Kita tak boleh salahkan takdir atas musibah atau kegagalan yang kita terima... Allah mahu duga kita untuk tengok sama ada kita akan terus beriman ke tak atau pon sama ada kita tetap berdoa, meminta pertolongan daripadaNya, atau kita makin jauh daripadaNya...


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sungguh, amat mengagumkan keadaan mukmin itu kerana semua urusan itu baik baginya. Apabila dia mendapat nikmat (kebahagiaan), dia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Dan apabila ditimpa musibah, die bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" (Riwayat Muslim)



Saya teringat akan 1 kata2 daripada kwn saya, thru sms:
Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan, Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan...Kita duduk terduduk berlinang air mata saat impian kecundang..Sesungguhnya Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya..Saat ditarik nikmat yang ada, Dia sedang mengatur untukmu sesuatu yang lebih berharga..Janganlah bersedih..Dunia ini tidak selayaknya ditangisi...

In conclusion, hidup di dunia ni sebenarnya adalah masalah & ujian yang tidak berpenghujung, dimana ia datang bersilih ganti dalam bentuk kesulitan & kemudahan. Ianya adalah salah satu hikmah Allah s.w.t untuk screen umat manusia, siapa yang benar2 berjihad & bersabar di jalanNya...







 



6 comments:

  1. Dia lebih mengetahui segala yang terbaik buat hambanya. kan? :)

    ReplyDelete
  2. YA ALLAH..bersihkan hati hamba-Mu ini.redhakan lah hati ku dengan setiap ketetapan-Mu YA ALLAH..T_____T..tabah dan kuatkan lah hati ku dalam langkah menuju ke jalan-Mu..yakinkanlah aku bahawa KAU sedang mengatur untukku sesuatu yg lebih berharga..aminn...:')

    ReplyDelete
  3. laju o0h.!!hahaha..thanks amy.!!.sangat2 bermakna loh..tersentuh sayo baco..:')

    ReplyDelete
  4. waaa, berkesan molep entry sy kali ni, sapa bley buat awop touching,hahahaah :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...