Monday, January 16, 2012

Kiamat 2012 ???

Sebelum ni, saya pernah terbaca mengenai ramalan tentang terjadinya kiamat pada tahun 2012... ade yang kata 21/12/2012 yang jatuh pada hari jumaat ialah hari kiamat.. Ada plak yang kata pada pertengahan ramadhan tahun ni yang juga jatuh pada hari jumaat, akan terjadinya huru hara (hadith da'if), macam2, tapi kadang2 rase macam percaya jugak & mula la rasa takot..Tapi sebenarnya, bagus jugak kite percaya sket2 pasal benda macam ni, sebab at least kite akan dapat memperbaiki diri kita, baiki ibadah kite, untuk persediaan bagi hari yang pasti akan berlaku itu..

I read another article from Solusi, penulisnya Mohammad Nidzam Abd. Kadir (Al Jarumi), tajuknya Kiamat 2012? Kiamat pasti akan berlaku. Masanya semakin dekat dan rapat. Saya summarize apa yang dikatakan penulis mengenai hal ini.

Percaya kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman. Kiamat bermaksud berakhirnya kehidupan di dunia & bermulanya alam akhirat. Sekarang ni, macam2 kita dengar mengenai ramalan tarikh belakunya kiamat. Tapi sebenarnya, takde pon nas al Quran & riwayat hadis bahawa wujud satu tarikh yang jelas berkenaan tarikh berlakunya kiamat.

Surah Taha (20:15):
"Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang dia usahakan".  

Surah Luqman (31:34):
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sahaja pengetahuan tentang hari kiamat dan Dia lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim, dan tiada seorang pon yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok, dan tiada seorang pon yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".

Lafaz kiamat yang diulang puluhan kali dalam al Quran sebenarnya tak beri isyarat langsung tentang tarikh sebenar kiamat. Kepercayaan mengenai tarikh kiamat ini boleh merosakkan akidah. Ade segelintir ilmuan silam telah meramal tarikh kiamat ni, tapi sudah ratusan tahun daripada ramalan, kiamat masih belum berlaku.

Dalam satu riwayat hadis, seorang sahabat bertemu Nabi s.a.w dan bertanya "Bilakah kiamat akan berlaku?"... Namun Nabi s.a.w tidak terus menjawab soalan tersebut, sebaliknya bertanya "Apakah yang kamu persiapkan bagi kiamat?". Sahabat menjawab beliau kasih akan Allah & Rasul Nya. Beliau menjelaskan bahawa ibadatnya tidak banyak, solat dan puasanya sedikit dan begitu juga dengan sedekahnya. Namun walaupun sedikit, kasihnya kepada Allah & Rasul Nya tidak berbelah bahagi. Mendengar jawapan tersebut, Nabi s.a.w mengatakan bahawa lelaki tersebut semestinya bersama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.


Apa yang boleh disimpulkan daripada article ni
  • Keimanan kepada hari kiamat adalah fardhu & termasuk dalam rukun iman
  • Tidak perlu bersusah payah mencari tarikh kiamat
  • Apa yang penting, amalan soleh setiap insan haruslan sentiasa bertambah




 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...