Geyser in Nevada
Terletak di Lembah Hualapai, Nevada, Amerika Syarikat, di sini air pancut panas menyembur keluar melalui batu batan yang membentuk bukit-bukit kecil. Kawasan ni dijumpai secara tidak sengaja pada tahun 1916 oleh pemilik tanah yang sedang menggali punca air dengan harapan menjadikannya kawasan pertanian. Disebabkan proses penggalian yang berterusan hingga mencecah kerak bumi yang panas, geyser unik ini terbentuk.
Gunung Erebus
Ia merupakan salah satu gunung berapi aktif terbesar di bumi dan terletak di benua antartika. Ketinggiannya mencecah 4 km dari permukaan laut. Terdapat ratusan puncak ais di sini yang mengeluarkan gas panas. Apa yang menarik adalah hanya di gunung ini lahar panas bertemu dengan kedinginan ais dan menciptakan satu pemandangan yang sangat unik dan menakjubkan.
Mata Sahara
Disebabkan bentuk lingkarannya yang aneh, ramai yang menganggap ia berlaku akibat letusan meteor satu ketika dahulu. Ia terletak di bahagian barat daya gurun sahara, Mauritania. Sehingga kini tiada jawapan yang tepat mengenai misteri kewujudannya.
Great Blue Hole
Terletak di Belize Barrier Reef Reserve System, jaraknya kira-kira 60 batu dari Belize City, Amerika Selatan. Ia merupakan lubang di dalam lautan yang terbesar di dunia. Kedalamannya sekitar 125 m dengan lebar 300 m. Terdapat beberapa buah gua di dalam lubang ini.
Salar de Uyuni
Terletak di Bolivia, ia merupakan gurun garam terbesar di dunia. Meliputi kawasan seluas 10 582 km persegi, ia dikatakan mempunyai simpanan 10 juta tan garam. Lebih menarik lagi terdapat sebuah hotel yang dibina dengan keseluruhan bangunannya termasuk perabot dan katil menggunakan garam.
Semoga keajaiban alam ini akan menambahkan iman kita kepada allah..wallahua'lam :)