“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang kekal abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti.” (Saidina Ali)..
Thursday, April 26, 2012
Friday, April 6, 2012
Tips mudah untuk slim
Assalamualaikum
Good news untuk adik2, akak2, makcik2 yang dah lama berhajat nak turunkan berat badan, tapi tak turun2 jugak... Saya ade beberapa tips untuk slimkan badan ni (even aku sendiri pon xberapa nak slim) yang bley u all try..
Tips pertama: MINUM BANYAK AIR
Haaa, tips ni paling mudah yang u all bley buat.. Menurut satu artikel ni yang saya baca, memang minum banyak air adalah salah satu cara untuk turunkan berat badan..Tapi make sure air kosong la ye, bukan air teh beng, milo beng, sirap bandung, singo beng dan serba maknike jenis air manis ye (dapat kencing manis nanti salahkan aku plak,hehe)...Cane air kosong ni bley kurangkan berat badan,haaa, ini adalah reasonnya:
- Proses pembakaran kalori ni sebenarnya memerlukan air yang mencukupi untuk berfungsi dengan sempurna.. So, kalau minum banyak air, kalori ni akan terbakar dengan efektif.
- Proses pembakaran kalori ni akan mengeluarkan toksin. So, air penting untuk flush toksin ni keluar daripada badan.
- Seperti yang kita tahu, serat penting untuk penghadaman... Tapi kalau air tak cukup, ia akan menyebabkan sembelit..
Tips Kedua: BANYAKKAN BERGERAK
Disebabkan ramai yang tak suka spend mase untuk exercise, why not kalau kita banyakkan bergerak..Sebagai contoh, kalau sape2 yang duk kat hostel tu, ape kata kalau kita basuh tangan je baju2 kita tu, tak payah pakai washing machine?? Selain bley save duit, yela sekali basuh, 2 ringgit kan? Kita dapat exercise kan kita punye lengan ni,kan?... Kalau da biarkan baju tu penuh 2 baldi, of coz la xlarat nak basuh..Why not kalau kita cuba basuh baju dalam 2 or 3 hari sekali ke, baru la baju2 kita tu takde la sampai melimpah ruah daripada baldi...
Tips Ketiga: KURANGKAN MINUMAN BERGAS & JUNK FOOD
Tips ni u all sume da tau kan, cume nak praktik je susah... Make sure u all jangan laa hampiri mesin gedege or name saintifiknya vending machine untuk membeli minuman bergas ye !! Untuk junk food plak, kena kurangkan jugak... Time keluar beli barang2 dapur kat Carrefour ke Mydin ke, sila jangan lalu bahagian makanan rapu ye, sebaliknya lalu lah kat bahagian buah buahan..
Tips Terakhir
Ni sebagai tambahan je... Sebenarnya, saya baru try minum sejenis teh ni iaitu Clenxtea... tapi saya tak tau lagi sejauh mane keberkesanannya, sebab baru minum 2 uncang.. Harganya murah je RM 28.80, ade kat farmasi... dalam tu ade 20 uncang...Saya hanya minum time weekend je sebab taknak konsentrasi waktu dalam kelas terganggu,hehe... Bila minum teh ni, ade la jugak rase memulas2 sket tapi takde la sampai cirit birit, sampai 2 hari duk dalam toilet je..
Setakat tu je la perkongsian untuk kali ni... Kite sama2 cuba ye :)
Wednesday, April 4, 2012
Perfume Beralkohol??....Bley nak solat ni?
Assalamualaikum....
Saya tengah berusaha mereka tajuk entry yg sesempoi mungkin, disebabkan ade feedback dari sorang figura ni, die kata tajuk2 entry saya macam tajuk perbincangan dalam Malaysia Hari Ini... Tapi takpe la, tu adalah teguran yang membina... Saya sure la, mesti ramai yang suka pakai perfume kan??...Tapi bila fikir2, eh, pasni nak solat, bley ke pakai perfume yang ade alkohol ni? sah ke solat nanti??..last2, xjadi pakai...Benda camni la yang saya selalu hadapi..So, saya google, dan saya terbaca mengenai isu ni....Jawapannya mengenai pemakaian perfume beralkohol dalam solat ialah HARUS & SAH SOLAT..
Hujahnya ialah "Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis “Denatured alcohol” yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol’ iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk"..
So, takde alasan ye taknak solat bile pakai perfume :)
Monday, April 2, 2012
Personaliti Dunia Blog
Assalamualaikum....
Malam tadi saya sampai di Kuantan setelah seminggu berada di Kelantan, menghabiskan cuti mid sem...
Before balik umah aritu, terpaksa berperang dengan 3 paper mid sem exam...Soalan2 agak mencabar, tapi malas da nak fikir, what is gone is gone,hehe :) Bile balik umah, of coz la aktiviti harian, makan, tido & tengok TV... Pagi khamis lalu, saya terbukak TV9, time tu rancangan Safiyya 2012...Paparannya mengenai personaliti popular dalam dunia penulisan blog iaitu Fatin Liyana... Pemilik nama Nur Fatin Liyana Asri, 22 ini merupakan seorang pelajar perubatan di Universiti Padjadjaran di Bandung...
Namanya makin famous apabila tersenarai di tangga ke 6 dalam Malaysian Best Google Search selepas Bruno Mars, Hana Tajima, Cikgu Shida, Avril Lavigne & Anwar Ibrahim...Selepas itu, di tangga ke 7 adalah Justin Bieber, seterusnya Rihanna, Ustaz Kazim & Hanis Zalikha....
Pemilik blog http://honeykoyuki.blogspot.com/ ini, pada mulanya hanya menulis blog sebagai diary & untuk bacaan kawan2 saje... memang die tak sangka la dapat award tu...Katanya, mungkin die dapat award tu disebabkan jumlah follower yang ramai iaitu lebih 33 000...
Well done untuk Fatin Liyana... teruskan menulis citer2 yang bermanfaat untuk para pembaca sekalian :)
Sumber: Safiyya TV9. Kosmo! Online (2 April 2012) & Blog Fatin Liyana...

Subscribe to:
Posts (Atom)