Tuesday, February 7, 2012

Tragedi kapal mewah...

Bercerita mengenai tragedi kapal mewah, sudah tergambar di fikiran kita mengenai filem Titanic yang sangat popular pada tahun 1997. Pada 15 April ini, genaplah 100 tahun kapal Titanic itu karam. Baru2 ni, sebuah lagi kapal mewah iaitu Costa Concordia terbalik di pantai barat Itali. Article mengenai tragedi kapal mewah ini saya petik daripada akhbar mingguan malaysia bertarikh 22 January 2012.

Titanic




Kapal ini karam pada tahun 1912 kekal sebagai nahas kapal mewah yang paling tragis dalam sejarah maritim dunia. Kapal yang disifatkan sebagai tidak mungkin karam ini berlanggar dengan bongkah ais ketika dalam pelayaran sulung dari England ke New York. Disebabkan kekurangan bot keselamatan & rancangan pemindahan yang kelam kabut, seramai 1517 orang terkorban daripada 2200 orang yang berada di dalam kapal tersebut.


Costa Concordia


Kapal mewah Itali ini dibina dengan kos AS$450 juta pada 2006, hampir tenggelam selepas melanggar batu dan terbalik berdekatan Pulau Giglio pada 13 Januari lalu.


Royal Pacific Cruise




Kapal milik Greece ini berlanggar dengan sebuah kapal pukat tunda pada 1992 kerana darjah penglinatan yang kurang jelas. Anak2 kapal dilaporkan tidak berusaha untuk menyelamatkan penumpang, mengakibatkan seramai 30 orang terbunuh, manakala 70 orang lagi tercedera daripada 530 penumpang.


Louis Majesty




Kapal pelayaran Mediterranean ini dilanda beberapa siri ombak ganas pada tahun 2010. Ombak setinggi 7.9 meter menghempas kapal ini dan 2 orang terbunuh serta beberapa orang lagi cedera.

Star Princess


Gara2 puntung rokok yang ditinggalkan di beranda, kapal mewah ini dijilat api sehingga memusnahkannya pada tahun 2006. Tindakan cekap kapten melakukan rancangan pemindahan berjaya menyelamatkan penumpang dan anak kapal daripada terperangkap dalam kebakaran. Seorang warga emas namun dilaporkan meninggal dunia kerana sesak nafas terhidu asap.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...