Tuesday, December 13, 2011

Indahnya Syurga..

Pernah tak anda bayangkan bagaimana agaknya keadaan di syurga??....Perkataan syurga itu sendiri sudah cukup utk kita rasakan betapa bahagianya, betapa bertuahnya kita jika kita tergolong dlm golongan ahli2 syurga..Tapi,,, bila kita nilai diri kita, layak kah kita??.....

Jom sama2 kita menghayati bagaimana sebenarnya keadaan di syurga seperti yang tercatat dalam Surah Ad Dukhan, ayat 51-57...

"Sungguh, orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman. Iaitu di dalam taman-taman & mata air-mata air. Mereka memakai sutera yang tebal, duduk berhadapan. Demikianlah, kemudian Kami berikan mereka pasangan bidadari yang bermata indah. Di dalamnya, mereka dapat meminta segala macam buah buahan dengan aman & tenteram. Mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya, selain kematian pertama di dunia. Allah melindungi mereka dari azab neraka. Itu merupakan kurnia dari Tuhanmu, demikian itulah kemenangan yang agung"





Dalam Surah Muhammad, ayat 15...Allah memberi gambaran syurga seperti berikut
"Perumpamaan taman syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa; di sana ada sungai-sungai yang airnya tidak payau, dan sungai-sungai air susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai khamar ( anggur yang tidak memabukkan) yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai madu yang murni. Di dalamnya mereka memperoleh segala macam buah-buahan, dan ampunan dari Tuhan mereka. Samakah mereka dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih, sehingga ususnya terpotong-potong?"


Semoga kita sama-sama tergolong dalam golongan ahli syurga...Insyaallah..Wallahu a'lam :)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...