Assalamualaikum....
Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Tahukah kamu siapakah
orang yang muflis?”
Jawab para sahabat “Bagi kami orang yang muflis ialah orang
yang tidak memiliki wang mahupun harta benda”
Lalu Rasulullah bersabda lagi “Orang yang muflis dalam
kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama
dengan pahala solat, zikir, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di
dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa maki hamun, menfitnah,
memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan
diambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut.
Sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu
dibebankan kepada si muflis. Lalu dihumbankan ke dalam neraka” – Riwayat Abu
Hurairah...
Salam Maulidur Rasul untuk semua pembaca blog ku
sekalian,hehe.... Aku sekarang ni tengah cuti semester, tapi kena korban cuti seminggu, datang awal sket sebab kena
settle kan keje yang berlambak2.... Mase
kat umah aritu, sempat jugak beli majalah Dara.com.. Ni first time aku beli and
baca majalah Dara.com... Untuk edisi ni, covergirl die ialah Eyfa.. Eyfa ialah
model sambilan dan pernah jadi pengacara program Selera Sunnah, TV9 mase bulan
Ramadan lalu... Dia juga pernah di interview bersama ibunya dalam Nasi Lemak
Kopi O, pengacara majlis dan duta sebuah butik tudung online... Dalam majalah ni jugak ada
banyak tips pemakaian tudung... So, korang bley laa practice depan cermin sambil belit2 tudung mengikut step2 yang dipaparkan dalam majalah ni ye...
Apa yang menarik yang aku nak share kat sini ialah mengenai
satu artikel dalam majalah ni, tajuknya berkasih sayang cara Rasulullah
s.a.w... Salah satu cara untuk
melahirkan rasa cinta kepada rasulullah ialah dengan cara mengenali baginda,
tak kenal maka tak cinta kan?... Jom kita hayati kisah2 yang menggambarkan
betapa hebatnya kasih sayang yang ada dalam diri rasulullah...
-
Ketika berhijrah ke kota Madinah dan memulakan
dakwahnya, Rasulullah telah dibaling batu oleh kanak-kanak dan orang dewasa penduduk
kota tersebut. Pernah ia berlaku ketika baginda sedang solat, namun baginda
langsung tidak memarahi mereka. Malah baginda berdoa “Ya Allah, berilah
petunjuk kepada kaumku, mereka tidak mengetahui tentangku”...
-
Rasulullah seorang yang baik hati kerana selalu
membantu sahabat dan umatnya tanpa mengira latar belakang mereka. Jika ada
sesiapa yang meminta pertolongannya, baginda akan sedaya upaya membantu.
Rasulullah pernah bersabda “Barangsiapa yang menunaikan satu hajat saudaranya,
Allah akan tunaikan 70 hajatnya”.
-
Ada seorang wanita tua bukan Islam selalu
membaling najis dan meletakkan duri si sepanjang jalan yang dilalui Rasulullah.
Baginda langsung tidak menghiraukan kelakuan buruk wanita tersebut, malah
menziarahinya ketika dia uzur. Dia terharu melihat kebaikan Rasulullah lalu
memeluk Islam.
-
Satu ketika dahulu, ada seorang Arab Badwi
membuang air kecil di satu sudut di dalam masjid. Perkara itu mendatangkan
kemarahan sahabat-sahabat Rasulullah.
Baginda pula hanya berdiam diri dan tunggu hingga dia melunaskan hajatnya.
Selepas itu, baginda tidak kekok membasuh najis tersebut lalu memberitahu
tentang adab-adab ketika di masjid kepada orang tersebut...
Subhanallah, hebatkan keperibadian junjungan besar kita,
Nabi Muhammad s.a.w... Semoga kita
sama-sama mencontohi akhlak dan keperibadian baginda... Allahummasolli ala
sayyidina Muhammad, Waa’la Ali Sayyidina Muhammad....
No comments:
Post a Comment