Saturday, August 16, 2014

Honeymoon di Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands Part 1

10.45 pm, 30 Julai 2014

"Muhammad Khalis Bin Kamarolzaman"
"Saya"
"Saya nikahkan akan dikau dengan Amelia Hanim Bt Mat Lazim dengan mas kahwinnya sebanyak RM$$$ tunai"
"Saya terima nikahnya Amelia Hanim Bt Mat Lazim dengan mas kahwinnya sebanyak RM$$$ tunai"

"Sah"

Saat berakhirnya lafaz tersebut, maka saya kini bergelar seorang isteri... Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, segalanya dipermudahkan oleh Allah... Tapi this time saya bukan nak citer pasal majlis perkahwinan, insyaallah citer tu akan di update next entry... Kali ni nak citer pasal pengalaman honeymoon di Cameron Highlands... Fyi, honeymoon kami selama 3 hari 2 malam di Hotel Rosa Passadena telah di sponsor oleh kawan2 my hubby... Thanks to you all atas percutian yang sangattt awesome ini!!

First Day
Kitorang bertolak dari rumah kol 8 pagi... Alhamdulillah perjalanan lancar... Sampai sana kol 12 tengahari... Hotel Rosa Passadena tu terletak di Brinchang, dekat2 area pasar malam jugak... Mase sampai tu kitorang kena tunggu jap before check in sebab diorg tengah kemas bilik... Tunggu dalam setengah jam, kitorang bley check in... Upon arrival, kitorang dihidangkan welcome drink & fresh fruit...









Rest jap, then kitorang turun lunch... Dalam package, lunch sekali saje and depend kat kite nak amik bila, sama ada 1st day ke, 2nd day ke 3rd day, janji sekali saje okey! Lepas lunch, kitorang tidooo sampai petang sebab driver saya penat haha.... Malam lepas solat jamak magbrib isyak, kiorang turun untuk candle light dinner... Lepas tu die siap bagi banquet of flower for the bride hehe....










Then, kitorang naik balik, tidooo sebab nak kumpul tenaga untuk aktiviti esok plak, country side tour...

To be continued insyaallah....


Monday, June 23, 2014

Pengalaman rebonding

Assalamualaikumm.....

Untuk entry kali ni saya nak citer pasal pengalaman first time buat rebonding... Setelah buat survey, saya decide nak buat rebonding kat Aishah Rawatan Wanita (AIRAWA) di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu.. Sebab ape saya nak buat kat situ?... Sebab kat situ adalah spa khas untuk muslimah... Tips saya before u all buat rebonding adalahh, make sure buat time you all tak solat yee, sebab rambut u all tak bley kena air selama 3 hari...Make sure makan kenyang2 sebab prosesnya memakan masa yang sangatt lama,hehe...Buat appointment siap2... Yang paling penting, saya google hukum rebonding mengikut Islam...Ni adalah apa yang saya faham (taken from hukum rebonding )

Hukumnya HARUS. Rebonding bukan mengubah struktur dan fungsinya yang asal malah masih dalam konteks tidak kekal dan sangat berkait dengan kaedah dan tata cara menguruskan rambut. Lebih-lebih lagi dalam konteks berhias kepada suaminya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas pernah berkata:
Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku. Sebagaimana aku suka menuntut semua hakku daripadanya, aku juga menyempurnakan semua haknya daripadaku“.

Untuk menentukan sama ada amalan tersebut termasuk diharuskan atau sebaliknya beberapa aspek perlu diteliti;
1. Niat dan tujuan
Sekiranya bertujuan untuk kecantikan diri, ianya masih dalam ruang lingkup perkara yang diharuskan lebih-lebih lagi berhias untuk suami. Sabda nabi saw yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan“. Namun dalam waktu yang sama kita perlu mengakui hakikat di sebalik hikmat Allah menciptakan manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa wajah dan kita diciptakan dengan secantik kejadian. Maka jika tujuannya untuk berhias di luar rumah maka sudah pasti hukumnya adalah haram.

2. Bahan yang digunakan
Bahan yang digunakan mestilah suci dari sudut syara`. Ini bermaksud jika bahan yang digunakan terdiri daripada bahan kimia, maka pengesahan status halalnya perlu dirujuk kepada pihak berwajib. Begitu juga dari sudut kalis air atau sebaliknya. Hal ini perlu dipertimbangkan kerana ia melibatkan hukum mandi wajib dan berwudhuk iaitu memerlukan rambut tersebut dibasahkan. Ini bererti jika bahan kimia tersebut kalis air maka hukumnya haram sekalipun suci dan bersih.

3. Siapa yang melakukan proses rebonding?
Proses rebonding tersebut hendaklah dilakukan oleh rakan sejantina. Dengan itu tidak harus jika yang melakukan rebonding tersebut seorang lelaki sekalipun ditemani oleh suaminya kerana perbuatan tersebut telah mendedahkan aurat kepada orang yang diharamkan melihat auratnya. Persoalan lain juga yang harus difikirkan mengenai hukum mendedahkan aurat kepada wanita bukan Islam dalam keadaan yang bukan diperlukan atau “ dharuri”.

4. Kesan
Antara perkara yang perlu dipertimbangkan, adalah kesan langsung atau sampingan akibat melakukan rebonding. Secara prinsipnya, jika penggunaan tersebut memberi kesan negatif sama ada secara langsung atau jangka panjang maka hukumnya adalah haram berasaskan hadis nabi saw yang bermaksud “jangan kamu melakukan kemudharatan dan mendatangkan kemudharatan” .

 Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel Majlis Ulama’ ISMA (MUIS)
* Dipetik daripada ruangan soal jawab di laman web rasmi Majlis Ulama’ ISMA (MUIS).

Saya sampai sana dalam kol 10.30 pagi... Before die mulakan proses rebonding, die akan tanya ni kali ke berapa buat, macam saya, this is first time... Kalau first time, die cakap ubat yang die letak tu agak banyak laa sket... Pastu die tanye nak potong ke tak... My tips baik you all potong sket bahagian hujung sebab yela, nanti lepas rebonding nampak tak cantik sebab kat hujung tu biasenya rambut bercabang, siap buah-buahan pon ada, so lagi cantik kalau potong sket....First of all, die akan letakkan satu ubat, tujuannye adalah untuk membuka molekul2 rambut... Ubat tu agak busukk and mase die tengah lumurkan kat rambut saya, rasa cam pedih2 kat kulit kepala... I asked her why, die kate its normal tapi kalau rasa tak tahan, juz tell her!! by the way, produk yang die gunakan untuk saya ialah Loreal... Then die biarkan dalam masa dalam setengah jam... After that, rambut akan dibasuh....

Bila da basuh bersih2, die akan dry kan rambut... Then, bermula lah proses yang paaaling lama iaitu, ironing... Rambut akan di iron sket2 saaampaii laa abes... Memang ngantok sangat mase adik tu duk iron rambut... You all imagine laa dari kol 10.30 pagi aku duduk sampaiii laa dekat kol 3.30 ptg, which is almost 5 hours... tapi takpe laa, nak cantik punye pasal kann haha....


After siap iron tu, rambut akan dilumur dengan sejenis creme... Creme ni die kate untuk melembutkan rambut dan nak pastikan rebonding tu tahan lama... The, die akan biarkan kejap, then basuh balik... pastu siappp...

Pasal harga plak, die bergantung pada panjang dan ketebalan rambut... 

Pasal penjagaan rambut rebonding, saya ade jugak laa baca.. Kalau bley jangan guna sikat yang rapat2 tu and elakkan ikat rambut ye... Tapi kite yang bertudung ni agak susah laa sebab klau tak ikat nanti rambut terkeluar plak kan... Pastu aritu die ade offer nak beli tak set penjagaan rambut rebonding tapi saya tak nak sebab mahal sangat haha... So setakat ni, saya berpuas hati laa dengan hasilnya... Thanks AIRAWA ;)


Monday, May 5, 2014

Engagement throwback

Assalamualaikum....

Lamenyeee tak update blog... Untuk entry kali ni, saya nak share pasal barang2 hantaran untuk majlis pertunangan saya january lalu....Pihak lelaki bawak 5 dulang hantaran dan saya bagi pihak perempuan membalas 7 dulang... Sebelum tunang aritu agak pening jugak laa duk pikir nak bagi ape untuk hantaran kan.. So, saya harap entry ni dapat tolong bakal2 tunangan orang sekalian ni ye!

Hantaran dari pihak lelaki ialah:
- Sireh junjung (yang ni kena ada sebab ikot adat) dan sebentuk cincin
- Kain pasang berwarna putih (boleh dijahit untuk dipakai time akad nikah nanti)
- Kain pasang biasa
- Kuih muih (apam polkadot)
- Kuih muih (cream puff)








Hantaran dari pihak perempuan pula ialah:
- Sebentuk cincin
- Kek
- Kain baju melayu (color putih sebab nanti bley jahit untuk dipakai time akad nikah)
- Buah- buahan
- Pulut kuning
- T-shirt
- Coklat





















Selamat bertunang kepada yang bakal bertunang :)


Tuesday, March 4, 2014

Malware Detected !!!

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum....



Lately, saya sangatttt busy... Memang takde masa nak bukak blog, sementelah laa nak update...Lagipon blog saya diattack oleh MALWARE so terus takde mood nak update huhu... Ni first time kot blog saya jadi cani, terus gelabah beb duk google cara nak remove benda alah tu...Banyak je blog yang bagitau pasal tu, siap ade tutorial bagai tapi saya tak paham... Kemungkinan besar otak saya sekarang kurang aktif dan sel2 otak pon tak banyak da berhubung since graduate ni hahaha....So apa yang saya buat, saya bace blog pasal nak remove malware ni then sy buat trial & error... So, kesimpulannya, bila u all bukak blog u all, then die akan kuar warning Malware Detected and then die akan bagitau dari mana Malware tu berpunca... Apa yang saya buat???

Saya bukak Blog dashboard ---> Manage Blogs I'm following
Then, die akan kuar list blog yang u all follow kan?... So u all pilih laa blog mana Malware tu berasal then pegi kat setting kat tepi blog tu -----> klik Stop following this site... Boleh ye anak2 mak semua??hehe....Sekarang bab tu da settle...

Bab kedua plak u all klik layout ----> pastu pegi kat tempat yang biase u all letak list blog yang u all follow kan, then
 ----> edit ----> remove blog tu ----> SAVE

Then save arrangement---> view blog

Alhamdulillah blog jomsinggahblogamy sudah boleh dibuka dengan jayanya sekarang.... So, jangan malu, jangan segan, sila laa singgah blog saya ye, insyaallah selamat....

Wallahua'lam...

Monday, January 20, 2014

My Engagement Day

Bismillahirrahmanirrahim......
Assalamualaikum...

18 Januari 2014 merupakan tarikh yang amat bermakna bagi saya.... Alhamdulillah, saya telah menjadi tunangan orang... Last minute punye preparation, tapi allah permudahkan segalanya... Seminggu sebelum tarikh bertunang, saya mula buat persiapan macam beli cincin... Thanks to my ma sebab die laa yang banyakk membantu dan sentiasa menemani saya ke sana sini mase buat persiapan... So, this time saya nak cerita pasal persiapan untuk bertunang so that dapat laa beri panduan kat pembaca blog i ni yang nak tunang okey! Bagi pihak perempuan, ape yang kena ada mase majlis bertunang ialah CINCIN LELAKI... Saya beli cincin suasa kat kedai emas Zaharah di bandar pasir puteh... Kat situ banyak pilihan dan harga pon boleh dirunding... Orang pasir puteh boleh survey kat situ ye!  


Pihak lelaki bawak 5 dulang hantaran (2 pasang kain, sireh junjung, kuih muih dan sebentuk cincin)... Saya bagi pihak perempuan balas 7 dulang (Cincin, pulut kuning yang dipacak bunga telur, kain baju melayu, buah, kek, coklat ferrero rocher dan baju t-shirt)... Saya tempah Red Velvet cake kat Nurnis Cake House... Tapi frust sangat3 sebab tak sempat snap gambar huhu... Saya sangat suka dengan dekorasi kek tu, cantik !!...kek color putih, dia hias dengan bunga color pink & turqoise, bley imagine?haha.... Hari tu, saya bertunang sorang2 sebab tuan punya badan tak dapat balik, dia still lagi di lautan, family die je datang meminang... 



Baju plak saya sewa kat De Jelita Bridal... Butik pengantin tu betol2 bersebelahan KADA padang pak amat... Bley pegi survey okey!


Haaa ni lah dia kakak a.k.a mak andam saya haha... Sebenarnya saya ni cerewet sangattt bab makeup2... Tapi saya sangattt suka dengan hasil sentuhan kakak saya ni... Jimat budget, tak payah upah orang makeup.. This is freee hehe...


Hantaran daripada pihak lelaki



Ni adalah gambar2 semasa acara menyarungkan cincin.......





Kalau you all perasan, tema hantaran bagi pihak lelaki ngan perempuan sama kan??haha... This is kebetulan...

















Bergambar bersama family.....



Orang kata, tempoh bertunang ni adalah tempoh ujian, di mana kita akan diuji dengan berbagai dugaan... Semoga Allah kuatkan & tabahkan hati saya dalam menempuhi segala ujian... Saya percaya, jika benar dia adalah jodoh saya, apa yang terjadi sekali pon, saya tetap akan jadi miliknya dan die tetap akan jadi milik saya... Jika die bukan jodoh saya, walau ape yang saya korbankan sekalipon, saya takkan jadi miliknya dan die takkan jadi milik saya.... Saya berdoa semoga ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan lafaz "Aku terima nikahnya, Amelia Hanim Bt Mat Lazim"... Wasalam..




Saturday, December 21, 2013

Percutian di Pulau Langkawi Part 2

Assalamualaikum...

Percutian diteruskan.... After turun daripada cable car, kitorang ke The DANNA lagi sekali untuk menjamu selera.. Saje besarkan Danna takot you all tak nampak hokey haha... This time, saya makan 3 jenis spageti: Bolognaise, Carbonara & Marinara... Bukan 3 pinggan laa, just rase serba sikit and satay.... After makan, kitorang check in Mila Motel...

Letak saja beg2, kitorang terus gerak ke Haji Ismail Grop (HIG)... Pegi langkawi kalau tak shopping kat sini memang tak lengkap... Mase sampai tu agak ramai orang... Saya takde laa teruja sangat sebab suasana macam kat pengkalan kubor jee... Pinggan mangkuk Pyrex, Visons, Luminarc, you name it, sume ade tapi I'm not sure Langkawi or Pengkalan Kubor lagi murah.. Saya just beli coklat and kain sarung... Kain sarung maximum 2 helai saje, kalau lebih kena bayar cukai..




Balik hotel, tidoooo sebab penat sangatttt.... Gudnyte!!

Bangun pagi, breakfast makan nasi lemak sebungkus and nasi ayam merah sebungkus,haha... Sebungkus RM1, so thats why kena amik 2 bungkus... Aktiviti hari ini ialah Island Hopping... Malam tu kitorang da beli tiket siap2, harganya RM25... Dia ade bagi 1 sticker and sticker tu kena lekat kat baju... Saya beli tiket Island Hopping kat kaunter depan AB Motel... Mase kita jalan nak naik bot tu, ada sorang abang ni akan snap gambar kita, so make sure you all senyum siap2 laa.. Nanti gambar tu dia akan tampal dekat piring, and diorang jual dengan harga RM10...You all boleh beli buat kenangan....

First destination ialah Tasik Dayang Bunting... Menurut lagenda, tasik tu dinamakan Dayang Bunting apabila seorang teruna bunian bernama Mat Teja telah jatuh cinta dengan seorang gadis bunian bernama Dayang dan Dayang mengandung... Setelah genap 9 bulan, Dayang melahirkan anak tapi anaknya meninggal dunia selepas 7 hari dilahirkan... Disebabkan terlalu kecewa dan sedih, Dayang mengambil keputusan untuk menyemadikan anaknya dalam tasik... Sebab tu laa nama tasik ni Tasik Dayang Bunting... Dekat tasik ni jugak ade bukit yang bentuknye seperti perempuan mengandung....Kiri tu kepala..









Pemandu bot drop kitorang kat Tasik Dayang Bunting selama sejam... Then, dia amik kitorang balik... Second destination ialah Pulau Beras Basah... Kat sini pasir die sangatttt lembut...Kitorang duk sini sejam jugak...





Last destination ialah Pulau Singa Besar... Kat sini takde singa, tapi ade banyak burung helang berterbangan...


After Island hopping, kitorang pegi makan ikan bakar kat Padang Matsirat... Then sementara tunggu feri kol 6 petang, kitorang pegi ke Dataran Lang.... Kat dataran lang tu ade burung helang besarrrr... Haa, nah bukti I pegi Langkawi tauu... Nanti you all cakap I google je gambar, letak dalam blog,hehe....



Nampak tak orang di celah2 huruf tuu??




Jam 6 petang kitorang naik feri untuk balik ke jeti Kuala Kedah... Tamat sudah percutian kami selama 2 hari 1 malam.. . Selamat tinggal Langkawi.... Walaupun tempoh percutian kami agak singkat, but we really enjoy it !! Bile balik baru terasa sakit kaki,hahah... Wasalam...


Ni adalah hasil tangkapan di Pulau Langkawi





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...