Assalamualaikum.....
Alhamdulillah, hari ni bley menarik nafas lega sket sebab da abes mock interview.. yeay !! lupakan everything pasal assignment and thesis yang tak tahu bila akan berakhir tu, fikir pasal balik mengundi.... Mock interview tu maksudnya interview olok2... ianya adalah untuk subject yang aku amik sem ni, iaitu professional issue... Walaupon olok2 je, aiii ketaq jugak laa kepala lutut ngan bibir mulut cheq ni nak berhadapan dengan 3 orang lecturer yg jadi interviewer.... Tapi bagus jugak laa ada mock interview ni sebab nanti kita akan lebih prepare untuk menghadapi job interview yang sebenar.... So, aku ada laa study mengenai top questions yang interviewer akan tanya and soalan2 tu lah yang ditanya mase aku mock interview, aku akan bagi suggested answer lagi ye..hafal laa ye, jangan tak hafal,haha..... Hope dapat membantu you all untuk mendapatkan job yang you all nak... Soalan2 ni aku tengok kat sini
Question 1: Tell us about yourself....
Answer: You all cakap laa nama, asal, educational background... Pastu aku ade tambah, during my study, I have been equipped with clinical practice in diagnosing and managing people with hearing loss.
Question 2: Why should we hire you?
Answer: Soalan ni aku rase cam soalan wajib yang akan ditanya.... So, jawapan die ialah......
I fulfill all the requirements for the job. However, some other applicants do probably also fulfill it. I think that I am a very responsible person and always accomplish all my duties and I am also a very organized person, what is strongly reflected in my work.
Question 3: What is your strength and weakness?
Answer: Jawapan untuk strength tu lebih kurang cam kat atas... Untuk soalan weakness plak, aku jawab "I'm uncomfortable in public speaking. Realizing this was a problem, I decided to join Student Learning Enhancement Unit (SLEU) and I became s student coordinator. From there, I attended many public speaking workshop and my public speaking has improved over time"... Yang penting, you all takleh nak pasrah je cakap weakness, tapi you all kena cakap yang you all do something untuk improve it okey!!
Question 4: What is your goal in 10 years time?
Answer: Soalan ni you all kena berangan sket ye... Ape yang aku jawab time mock interview, I wish I will be promoted and I will continue my study...
Question 5: Do you have any questions?
Answer: kat sini aku list beberapa soalan yang appropriate untuk ditanya.... Ni from lecture note aku,hehe..
- Does the company have a continuing education program? Is there any education budget for each person?
- Can you tell me about benefits including vacation, sick time, pension plans, health care benefit, and flexible time?
Itu saja sharing untuk kali ni.... Semoga bermanfaat yee... Dapat keje nanti jangan lupa blanja sayeeee,hehe....
“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang kekal abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti.” (Saidina Ali)..
Monday, April 29, 2013
Thursday, April 25, 2013
Hari hari terakhir sebagai student
Assalamualaikum.....
Ni plak gambar2 sewaktu fourth year =)
Doakan kami berjaya dalam final semester ni ye... Semoga kami semua bley graduate insyaallah bulan 10 ni..Thank you for visiting my blog =)
Final semester ni, aku sangat busy... Kadang2 rasa stress sangat... terpaksa laa pujuk hati sendiri.. "takpe laa, semua ni insyaallah akan berakhir tak lama lagi" and then tetiba semangat tu datang balik,hehe.... So, arini aku telah berjaya melepasi something yang sangat2 mendebarkan, final research presentation... Alhamdulillah !! Petang ni rilek2 dulu, tenangkan fikiran before proceed dengan thesis writing plak... Untuk entry kali ni, aku nak kembalikan kenangan 4 tahun dulu, iaitu time kitorang first year... tak sangka laa, masa cepat berlalu, sekarang da final semester daa... Bila flashback balik memang laa rasa masa tu cepat berlalu, tapi naak menghadapi satu2 semester tu ya Allah, macam2 cabaran yang kitorang kena hadapi...
NO PAIN, NO GAIN !!
Last week, kitorang ade photography session, konon2 sebagai kenangan laaa bila kitorang da graduate nanti insyaallah,hehe... Sebelum tu, jom tengok gambar kitorang 4 taun lepas, tengok ade beza ke tak ye??haha =D and photography session last week tu kitorang memang sengaja pakai purple nak bagi sama ngan gambar time first year,hehe....
Ni plak gambar2 sewaktu fourth year =)
Doakan kami berjaya dalam final semester ni ye... Semoga kami semua bley graduate insyaallah bulan 10 ni..Thank you for visiting my blog =)
Friday, April 12, 2013
Nasihat untuk adik-adik from Kak Amy =)
Assalamualaikum....
Baru-baru ni tersebar berita mengenai kisah buli di sekolah... Bila tengok ramai sangat orang share video tu kat fb, 2,3 kali aku duk fikir eh! nak tengok ke tak, nak tengok ke tak, last2 tengok jugak... Aku ni jenis yang tak bley tengok video2 bertemakan kekejaman, mula laa emotional sensorang, sedih, sampai 2,3 hari still duk fikir ape laa nasib si mangsa tu... Same thing happen mase aku tengok video orang gaji indon lambung2 baby tu, rase cam nak cekik2, nak lambung2 jugak orang gaji tu macam die buat kat baby tuh !!
Lepas tengok video buli tu, tak tau nak cakap ape.... Sedih, terkejut, geram..... Bercampur baur..... Dalam hati aku, takde ke sedikit perasaan belas kasihan dalam diri budak2 tu, sampai sanggup tumbuk kawan camtu skali??.... Nasihat akak kat adik2, time skolah ni tak payah laa nak tunjuk hero... Takde gunenye jadi femes dengan publisiti macam tu... Biar laa orang nak cakap awak skema ke, awak nerd ke, janji awak tak kacau orang, awak pegi skolah untuk blaja... Awak blaja betol2, masuk universiti sume, lepas tu awak nak jadi lan todak ke, lan landak ke, lanun ke, awak nak jadi pontianak skali pon suke ati awak laa.... But I believe time tu awak da big enough daa untuk fikir which one is the best for you =) Yela, kadang2 remaja ni tindakan die lebih kepada nafsu, that is why akal kena gune... Before buat something, make sure awak kena fikir ape akibat yang bakal awak terima... Jangan buat something yang you all hanya akan dapat kepuasan untuk sementara, sedangkan akibatnya akan affect your life seumur hidup.....
Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya". [HR Bukhari dan Muslim]
Rasulullah saw. bersabda, "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." [HR Bukhari dan Muslim]
Saturday, April 6, 2013
Kisah Cinta Abil & Gee
Assalamualaikum.....
Rasenye semua dah tau mengenai kisah pengorbanan seorang insan bergelar suami yang bagi saya, Abil telah menunaikan amanah Allah dengan begitu sempurna sekali, menjaga isteri yang sedang sakit sehingga isterinya telah selamat menghembuskan nafas terakhir dengan tenangnya... Kalau seorang isteri yang jaga suami sakit, tu memang biasa, tapi saya tak pernah dengar ade suami yang sanggup jaga isteri sakit.. Malah saya fikir "Eh! ade ke lelaki sesempurna ni dalam dunia ni?".... Yang saya fikir, lelaki, kalau isteri sakit, mula laa nak kawen lain... Ternyata sangkaan saya tu salah !! Abil telah membuktikan bahawa bukan semua suami sayangkan isteri time isteri sihat saje macam saya fikir....Mintak maaf ye para suami sekalian, Abil telah mengubah persepsi negatif saya mengenai anda,hehe...
Saya mengambil masa membaca blog milik Encik Abil.... Terharu !! Begitulah perasaan saya..... Bagi yang masih belum tahu kisah ni, sila laa baca kisahnya di bawah... Semoga dapat memberi teladan kepada suami2 ataupon bakal2 suami sekalian.... Kisah di bawah saya ambil daripada Blog Abil sendiri dan page fb Bercinta Selepas Nikah..
Abil telah sah menjadi suami Fauziah (Gee) pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi. Abil yang bekerja sebagai perunding kewangan kemudian mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa sebaik mungkin.
"Memerhatikan u sejenak. Kadang kala menitis juga airmata suami u ini melihatkan keadaan diri u yang hanya terlantar dan tidak tahu apa yang terjadi di sekeliling u. Tiap kali I menatap wajah u, tiap kali itu la hati I akan berbisik.."Ini la isteri saya"....Wanita yang berjaya menambat hati Abil Fikri ini, Wanita yang menjadi penghibur hati suaminya setiap masa, Wanita yang menjadi teman berbicara...Dan isteri ini la menjadi sahabat baik saya...Dear, secara jujurnya, rasa kasih I ni makin bertambah dari masa ke semasa pada u sehingga la saat ini. Jangan u risaukan tentang I, jangan u ragukan tentang kasih sayang suami u ini. Dan jangan u katakan bahawa u hanya mendatangkan kesusahan pada I menjaga u selama ini..U tahu kenapa I katakan Jangan berasa semua itu..? Kerana I ini adalah SUAMI u Dear"
"Dear, I am so sorry again. Bukan I tak take care, tapi u dah ada bedsore juga,,I akan menjaga luka u ni sebaik mungkin yea..Untuk bedsore u ni, setiap hari I bersihkan, setiap hari I salinkan pada ubat yg baru, then I akan tutup mengunakan pelekat kalis air, pelekat DuoDerm namanya..Memang khas untuk Bedsore sahaja..Bukan itu sahaja, Bedsheet u pun sekarang ni I gunakan 2 helai biar u rasa much much selesa dan much much empuk..So bila bedsore u terhimpit pun u tak terasa sangat, Mungkin rasa selesa sebegitu yg membuatkan u tido lebih tenang dan mungkin u tak terasa sakit sangat pada luka tu...Hope I am doing the right thing!!"
"Ahad lepas hari mandi u seperti biasa, I dukung u ke bilik air, menguna air suam buat mandian kita bersama..Dudukkan u kat bean bag, sabun2, syampu rambut then gosok gigi...Sedang I membongkok badan memberus gigi u, tiba tiba urat pinggang I terseliuh!!..Allah, Allah, Allah...cm tu la sebutan menahan sakit yang teramat sangat...
Tak tau mana silapnya boleh terseliuh urat tu...satu badan rasa macam kena kejutan elektrik voltan tinggi, kaki terus jadi kebas dan tangan ni hampir2 melepaskan u..Dalam menahan kesakitan yg teramat sangat tu, I masih pegang u supaya u tak rebah..Duduk melutut I selama 3 minit nak mengawal kesakitan pinggang I ni. I leh rasa anak2 peluh I keluar dan masih menyebut Allah, Allah,Allah...(bilik mandi umah ni tak de jamban,)..Dah lama tak rasa sakit yg sebegini,,sakit giler !!..Bila dah dapat mengawal rasa sakit tu sikit, dengan perlahan I selesaikan tugas mandikan u. Mau atau tidak, I juga terpaksa mendukung u semula ke bilik. Bayangkan bagaimana I dukung u dengan kesakitan belakang badan yg serius ni..I tarik nafas dalam2, tahan nafas, terus I angkat u dengan muka yg berkerut tahan sakit, terus ke bilik u. Rasanya, cm tu la tenaga yg terakhir I. Dapat saja meletakkan u di atas katil, terus I terbaring di atas lantai dan masih menyebut Allah"

"En Abil tak rasa nak kahwin lagi ke?..At least ada teman dan boleh membantu menjaga Isterinya."..I just senyum jea then I jawab.."Buat masa sekarang ni CINTA saya hanya ada pada Gee sahaja."
Kini, gee telah pon kembali kepada Maha Pencipta.... Jika cinta itu begitu sinonim dengan Romeo & Juliet dan juga Shah Jahan & Mumtaz Mahal..... Tapi bagi saya, bila sebut perkataan CINTA, saya akan menggambarkan Abil & Gee =) Semoga allahyarhamah Fauziah ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman... AL FATIHAH.....
Friday, March 29, 2013
Durian Crepe
Assalamualaikum....
Nak try buat sendiri kat umah pon bley.... Resipi ni aku amik kat MY RESIPI
Musim durian da habes, baru nak buat entry pasal durian crepe?? haha.... Nampak sangat laa ketinggalan arus pemodenan.... Sebenarnye da lama nak makan benda alah ni tapi tak tau nak beli kat mana.... Macam laa duduk kat London !! Aritu penah order thru fb tapi sampai arini orang tu tak reply aku punye order.... Sedih betol... Klau preggy, anak aku nanti da meleleh2 laa saliva die, sebab mak die kempunan nak makan durian crepe,hehe....
Petang tadi aku pegi pasar malam.... Lalu depan gerai jual durian crepe, sebelum ni aku pegi tak penah plak tengok ade orang jual benda ni.... RM 10, dalam tu ade 6 ketul... Bolehhh laa jugak makan =) Durian crepe die sangat sedap... Sape2 yang duduk area kuantan, boleh laa hubungi Yuhaslina Yusof di talian 014 8196811 or 012 6256177... No ni aku tengok kat packaging die, saje tolong promote sebab durian crepe die sedap sangat,hehe....
Nak try buat sendiri kat umah pon bley.... Resipi ni aku amik kat MY RESIPI
Bahan-bahan ( 30 bantal )
- 250grm tepung gandum
- 2 biji telur
- 500ml santan
- 1/2 sudu teh garam
- Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
- Filling**
- 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
- Isi Durian yg telah dilenyek.
Cara-cara
- Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
- Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
- Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
- Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.
Aku sendiri pon belom cuba lagi,haha.... Takpe lah, you all try buat dulu ye.... Selamat mencuba =)
Saturday, March 16, 2013
Top 5 Blogger Pilihanku
Assalamualaikum....
Sejak mula blogging, starting from 2011, aku memang suka membaca blog especially blog yang menceritakan pengalaman mereka merantau di negara orang... Yela, nak pegi sendiri masih tak mampu, so, bace je laa pengalaman2 orang, mane lah tau kan one day, ada rezeki and kita berpeluang pegi ke negara2 tersebut, of coz laa pengalaman diorang tu bley membantu kita, hehe... Aku jugak suka baca blog2 islamic.. Selain dapat mengisi masa lapang yang tak berapa nak lapang sangat ni, bley jugak menambahkan saham akhirat... Papepon, kepada bloggers sekalian, make sure entry2 anda tu memberi manfaat kepada readers ye... Jangan hanya memenuhi entry anda dengan gambar2 dengan pelbagai memek muka, mengharapkan pujian2 "sweetnye", "cantik laa awak ni" dan seumpamanya :) Kali ni aku nak share mengenai beberapa blog yang aku suka and aku selalu baca... Senarai blogger di bawah ni adalah mengikut carta hatiku, bukan berdasarkan undian sms atau hasil kajian sape2...
1. Khalifah
Membaca Al-Quran, sama ada memahami ertinya atau tidak adalah ibadat...Time aku baca Al Quran, aku suka baca terjemahannya skali...
Sume rasenya da tau mengenai kisah Firaun dengan nabi Musa kan, di mana Firaun telah mati tenggelam di laut merah ketika mengejar Nabi Musa dan pengikut baginda... Aku baca surah Yunus, ayat 92 bermaksud "Maka pada hari ini Kami menyelamatkan jasadmu agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu, tetapi kebanyakan manusia tidak mengendahkan tanda-tanda kekuasaan Kami"...Then, ade foot note kat tafsir tu mengatakan yang diselamatkan Allah ialah tubuh kasar Firaun. Menurut sejarah, setelah Firaun tenggelam, mayatnya terdampar di pantai ditemukan oleh orang2 Mesir lalu dibalsem sehingga utuh sampai sekarang dan dapat dilihat di museum Mesir... Lama aku memikirkan pasal ni, jasad Firaun ade kat museum Mesir?... Akhirnya persoalan aku terjawab bila aku terbaca entry ni...

Da terang2 Allah buktikan kekuasaan dan kebenaran kisah Nabi Musa, tapi kenapa kita masih mengingkari??.... Ampunilah kami ya Allah... Sila laa visit blog ni, banyak lagi artikel2 menarik ada kat situ :)
2. Mat Luthfi
Aku kenal Mat Luthfi melalui kawan aku... Die suke gile tengok video mat luthfi ni, tiap kali tengok memang ketawanya terbahak2 laa... Aku tertengok video die skali tapi tak ingat da yang mane, memang best laa, lawak... Even blaja kat oversea, tapi cakap melayu dengan loghat utaranya masih pure lagi.... last video die yang aku tengok, ialah yang tajuknya hari jubah,... Blog die pon sangat lawak, berkisarkan tentang kehidupan die.... Sape2 yang tengah stress2 tu aku suggest laa baca blog Mat Luthfi ni, insyaallah laa akan dapat stress korang kejap,hehe :D

Blog ini kepunyaan seorang marine engineer yang memulakan kerjayanya sejak 2011.... Selama 2 tahun sailing, beliau sudah merantau ke Korea, Australia (Sydney, Brisbane, Melbourne), China, Arab Saudi, Pakistan, India, Belanda, Germany, Indonesia, Singapore, Iran, Iraq dan Italy (lalu je).... Antara entry yang paling saya suka ialah ketika beliau pegi ke Sydney, bley baca kat sini and sini
Bila baca entry tu, tibe2 plak terpasang angan2 nak pegi Sydney, mentang2 lah kegilaan dengan drama adam hawa baru je berakhir, ni plak sambung dengan sehangat asmara... Sweet sangat tengok Kamila Najwa ngan Zainal Arif study sama2 kat tepi laut tu,hehe.... Nak jugak duk kat tepi laut tu dengan my 'Zainal Arif' one day,haha :D

Tapi skrg blogger ni da tamatkan contract dengan company lama, so skrg da tak pegi oversea da laa.... Just sailing area semenanjung malaysia and sarawak... Skrg ni tak boleh travel free da laa, klau nak travel jugak kena pakai duit sendiri... Unless laa tukar company... Tapi kerjaya sebagai seaman ni ade pro and cons jugak... Pro nye dapat travel free, makan, tempat tido sume free.... Yang cons nye plak terpaksa berjauhan dengan orang2 tersayang dalam jangka masa yang lama... Sekali sailing, 6 bulan... Yes, setengah tahun !! Sape2 yang future husband die seorang seaman, memang kena belajar jadi independent... Terpaksa jadi 'single mother' selama setengah tahun, bersediakah anda??
Pemilik blog ni plak ialah kawan saya sewaktu sekolah rendah... Time tu, kitorang minat gile ngan kumpulan westlife pastu masing2 duk cakap "Eh, Mark saya punye", "Nicky saya punye laa" hahaha... Masih ingatkah Shaa Bonytha??.... Shaa Bonytha sekarang belajar di France, balik Malaysia nanti insyaallah jadi cikgu bahasa Perancis... Dia ni memang sorang yang kuat jalan, setakat ni dia da menjejakkan kaki ke Portugal, Perancis (of coz, ambik gambar sambil duduk bersimpuh di atas salji...pose yg membuatkankan tahap jelez aku melambung-lambung,haha), Spain, Austria and Slovakia, Prague, London... Nanti u all juz click kat nama Shaa Bonythaa kat atas tu and u all belek2 sendiri laa ye klau nak bace kisah percutiannya ke tempat2 tersebut :)
5. Fatin Liyana
Dengan jumlah follower melebihi 50 000 orang, rasenye pemilik blog honeykoyuki ni sudah tak perlu diperkenalkan lagi... First time aku tengok dia dalam rancangan safiyya, tv9, terus terus aku google blog honeykoyuki tu.... Apa yang aku suka dengan blog ni, ialah sama cam reason2 before this, die suka travel.. Dalam blog die, die ade citer pasal die pegi ke Korea and Singapore... Entry yang aku suka ialah time die pegi ke Universal Studio Singapore, bley baca kat sini . Second reason of coz sebab dia cantik,haha..... Banyak jugak tips2 kecantikan yang die share :)
Dengan jumlah follower melebihi 50 000 orang, rasenye pemilik blog honeykoyuki ni sudah tak perlu diperkenalkan lagi... First time aku tengok dia dalam rancangan safiyya, tv9, terus terus aku google blog honeykoyuki tu.... Apa yang aku suka dengan blog ni, ialah sama cam reason2 before this, die suka travel.. Dalam blog die, die ade citer pasal die pegi ke Korea and Singapore... Entry yang aku suka ialah time die pegi ke Universal Studio Singapore, bley baca kat sini . Second reason of coz sebab dia cantik,haha..... Banyak jugak tips2 kecantikan yang die share :)
“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang kekal abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti.” (Saidina Ali)..
Saturday, March 9, 2013
Kisah seorang pemandi jenazah
Assalamualaikum...
Malam sabtu aritu, saya sempat mengikuti majlis talaqqi, pengajian kitab Matla' Al Badrain... Majlis dimulakan dengan qasidah yang sangat menenangkan jiwa,hehe... Sekarang, tibe2 suka dengan qasidah... Apa yang saya nak share kali ni, mengenai satu kisah yang ustaz cerita dalam majlis tu... Kisahnya mengenai seorang pemandi jenazah pada zaman Imam Malik...
Satu hari, ada seorang pemandi jenazah sedang memandikan jenazah seorang perempuan ni...Ketika dia sedang membasuh kemaluan jenazah tersebut, tiba-tiba hatinya terdetik, "ntah2 jenazah ni pernah berzina"... Tiba-tiba sahaja, tangannya melekat pada kemaluan jenazah tersebut.... Macam-macam usaha da dibuat tapi tangannya masih terlekat... Hanya ada 2 pilihan, sama ada mencederakan jenazah atau mencederakan tangan pemandi jenazah untuk memisahkannya... Ada orang melaporkan kisah itu kepada Imam Malik, lalu beliau bertanya, ade tak pemandi jenazah tu cakap pape kat jenazah tu.. Si pemandi jenazah tu menangis-nangis sambil menjawab "Ya, sewaktu memandikan jenazah tu, aku ada berkata di dalam hati ntah2 jenazah itu pernah berzina"... Setelah si pemandi jenazah tu dikenakan sebatan 80 kali di hadapan jenazah itu, barulah tangannya terpisah daripada kemaluan jenazah tersebut... Itulah akibatnya bersangka buruk, biarpun hanya di dalam hati....
Moral of the story, bersangka baiklah !!
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)
(Surah al-Hujurat, ayat 12)
Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Reference:
Subscribe to:
Posts (Atom)