Sunday, October 7, 2012

Jaket untuk Pengguna Facebook Berpeluk??

Assalamualaikum

Tetibe terasa rajin plak update blog,hehe... Seperti biase, first thing yang akan dilakukan usai solat subuh, adalah menekan butang on pada lappy, pastu bukak fb & utusan online.. Ade bnde yang aku rasa sangat menarik untuk di 'share' dengan you all... Jaket untuk Pengguna fb berpeluk?..Hah?macam mane tu?.. Scary btol, errr....

           Institut Teknologi Massachusetts (MIT) berjaya menghasilkan jaket khas yang membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpelukan antara satu sama lain tidak kira berapa jauh jarak mereka. Jaket yang diberi nama Like-A-Hug itu disiarkan semalam di dalam laman web perekanya, Melissa Kit Chow, berfungsi dengan cara mengembung seolah-olah berpeluk apabila pemakainya menekan butang Like pada setiap komen atau ulasan di dalam laman sosial ituMenurut laman web itu lagi, Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton di Makmal Media MIT bagi menghasilkan jaket hitam berkenaan.

"Like-A-Hug membolehkan pelukan dibuat melalui Facebook, membuatkan kita merasa dekat walaupun sebenarnya jauh," kata Chow yang mengulas rekaannya itu.
Sekiranya penghantar pesanan dan penerima memakai Like-A-Hug, mereka boleh saling berpelukan antara satu sama lainChow yang berkelulusan dari Sekolah Rekaan Harvard menggambarkan dirinya seorang yang peka dengan interaksi sekeliling setiap hari bagi membangkitkan pengalaman sentuhan semula jadi




                
Macam2 la sekarang ni.. Yang penting, apa yang terlintas di fikiran bila baca artikel ni, inovasi ini akan meningkatkan statistik masalah sosial.. Tapi kalau sape2 yang da nikah tapi tinggal berjauhan, ini adalah salah satu cara untuk mengeratkan kasih sayang,hehe... Boleh beli la ye 2 helai jaket ni, satu untuk suami & satu lagi untuk isteri =) Wallahua'lam..


Sumber: Utusan Online

Saturday, October 6, 2012

Pengkalan Kubor - Syurga Membeli Belah

Assalamualaikum

            Memandangkan cuti sekolah da makin hampir ni, mesti ramai yang da plan nak pegi holiday kat mane kan? ataupon maybe ade saudara mara yang nak kawen time cuti sekolah ni, bley la sambil2 tu amik peluang bersiar2.. Because I'm originally from Kelantan, specifically Pengkalan Kubor, aku nak citer la sket mengenai pengalaman aku bermastautin di tempat tumpuan orang shopping tu selama lebih kurang 17 tahun.. Mase aku form 5, abah aku pencen, so kitorang balik duduk di kampung... Bye- Bye pengkalan kubor =(

             Pengkalan Kubor ni terletak di daerah Tumpat, dan bersempadan dengan Takbai, Thailand... Ingat time aku kecik2 dulu, time weekend memang ramai sangat orang, sampai full kot kaki2 shopping parking kete kat kawasan perumahan kastam yang aku duduk tu.. Tapi sekarang da tak ramai macam dulu lagi da, tambah2 lagi dengan tragedi kat Takbai aritu kan, orang da takot da nak pegi kat sana.. Untuk ke Takbai tu, ade pengangkutan feri disediakan, dengan harga aku tak ingat da berapa.. Nak naik bot pon bley jugak.. Tapi make sure kena ade pasport or border pass (pas sempadan) laa kalau anda tidak mahu ditangkap oleh abang2 & kakak imigresen ye =)

              Kat pengkalan kubor ni, orang shopping kat satu tempat ni yang dipanggil kawasan bebas cukai.. Disebabkan da lame tak pegi sane, terpaksa mintak bantuan encik google utk dapatkan gambar pengkalan kubor,hehe... Tenkiu Mr Google..








            Ape yang best kan sini?? Barang2 kat sini kebanyakannya made in thailand... Tak tau la ape yang best tapi as far as I know, kalau orang datang kat sini, mesti diorang borong set pinggan mangkuk, toto, comforter, pastu pakaian pon banyak jugak kat sini.. Baju tidur, blouse, macam2 laa... Yang penting harga boleh ditawar.. Tapi kena hati2, time nak keluar tu barang2 anda akan di check, silap2 anda dikehendaki bayar cukai oleh abang2 & kakak2 kastam plak.... So, pandai2 da selit brg2 u all tu supaya diorang tak nampak ye?haha.... Haa, ade lagi yang best kat sini, somtam die sangat sedap, korang bley try.. Kalau aku pegi pengkalan kubor, mmg confirm2 aku akan pegi gerai somtam tu, pastu beli air kelapa kat kedai Abe Zul, gerai die kat tepi jalan besar, depan kawasan perumahan unit pencegah penyeludupan (UPP).. Promote gerai Abe Zul sket,haha... pastu kat pengkalan kubor jugak femes dengan mee cambo, aku penah try jugak, sedap.. 


Cani la lebih kurang rupa mee cambo

Lepas Korang penat shopping bley la korang bersiar2 kat pantai plak.. Pantai yang dekat dengan pengkalan kubor ni ialah pantai Sri Tujuh.. Kat sini ade kemudahan chalet.. Bley la nak bermalam kat situ..





Thanks for reading....Selamat membeli belah... Tapi jangan la sampai membazir ye.... Membazir itu amalan syaitan =)



Friday, September 28, 2012

Important tips for future mom

Assalamualaikum...


Comel tak baby kat atas tu?... Comel kan? especially mata die yang besar & color grey gitew,hehe... Harap2 anak aku nanti ade la iras2 baby kat atas ni,haha... Lame da rasenye tak menghupdate blog... Maklum laa, bila da masuk final year ni, sangat busy dengan final year project and last Thursday baru settle proposal presentation... Alhamdulillah tidak ditembak dengan soalan2 killer from the lecturers...

Malam ni, lepak2 la dulu before teruskan usaha memerah otak untuk siapkan written proposal plak.. Timbul idea nak tulis pasal nama baby ni sebab ex roommate aku dulu datang nak pinjam lappy, sebab nak cari nama yang best2 untuk anak buah die yang baru je dilahirkan siang tadi... Waaa, aku yang terlebih excited nak tolong die,hehe...Tapi agak susah jugak la sebab name untuk baby boy, nak mula dengan huruf Z...

Hurmmm, sebenarnya, nak pilih nama anak ni, bukannya sedap2 je nak letak je... Rase best je terus letak... Tak boleh ye bakal2 ibu sekalian... Dan kalau bley, jangan laa letak panjang2 sgt sebab nanti susah nak sebut, last2 seciput je panggil,hehe...



"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu" (Riwayat Abu Daud)

Syarak telah menetapkan beberapa panduan dalam menamakan anak:

1. Pengertian & maksud yang baik.

2. Jangan namakan anak dengan nama2 khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar Rahman... Kalau nak letak, make sure letak abdul kat depan tu cam Abdul Rahman ke...

3. Jangan menamakan anak dengan nama2 orang kafir atau menyerupai orang bukan Islam...



Kat sini ade beberapa nama yang aku rasa best beserta dengan maksud sekali :

Baby Girl

Adriana - Nisbah
Hasya - Kesempurnaan
Irdina - Kehormatan kami
Insyirah - Kegembiraan, Lapang Hati
Qistina - Keadilan
Adelia - Keadilan kita
Adeeba - Civilized (bertamadun)
AMALIA - CITA-CITA (saje besarkan, nama aku amelia,lari maksud sket,hehe)
Amanda - Lovable
Ariana - Full of Life
Auni - Ketenangan
Azalia - Kekal abadi (nama kawan aku)
Dian - Cahaya
Marissa - Seorang yang bersopan santun
Marsya - Subur
Nadira - Khusus, unik
Qaisara - Permaisuri
Raudhah - Taman
Yasmin - Bunga melati
Zara - Princess
Zarin - Golden



Baby Boy
Daiyan- Hakim
Hadif - Yang punya matlamat
Ammar - Great builder
Aufa - Yang setia
Khalish - Suci, Ikhlas, Murni
Rayyan - Pintu syurga utk orang yang berpuasa
Rizq - Rezeki
Rifqi - Lemah lembut





Sumber:  Perjalanan suci,  nama islam nama indah






Wednesday, September 19, 2012

Tips Fatin Liyana dalam penulisan blog

Assalamualaikum..

Arini, bangun pagi, solat subuh, mandi, then trus bukak buku, konon2 nak study laa coz 9.30 pagi nanti ade class industrial audiology... Bukan nak study sangat pon, tapi last class, lecturer suruh find something and next class die nak tanye... Haaa, hamik kau, last minute baru nak cari, mula la kalut semacam... TAPIII, tibe2 I got a SMS from my fren, cakap, CLASS CANCEL!!! Wow, bagaikan tindakan refleks, tanganku terus menutup buku, lantas on lappy... First of all, of coz bukak fb, bile da boring, bukak plak blog honeykoyuki... Untuk pengetahuan semua, aku salah sorang follower blog honeykoyuki, iaitu blog kepunyaan Fatin Liyana..


Aku mengenali Fatin Liyana melalui rancangan Safiyya, TV9.. Tak tau la nape, tibe2 rase tertarik nak google name Fatin Liyana and sejak itu lah aku mula follow and always baca la blog die.. Back to the topic, arini aku rasa nak tengok U tube MHI & Nasi Lemak Kopi O yang die jemput Fatin Liyana ke studio.. See, betapa ketinggalan zaman nye aku ni... Aku suka cara die cakap, sopan je.. Die mula menulis blog since 2009 and lepas tu blog die mula meletop2 bagai bunga api stadium... Die juga adalah medical student.. As far as I know, medical student ni those yang always kat library, pakai spec tebal2 & jalan tak tengok kiri kanan (jgn marah ye medical student,hehe, ape yg penting u all mmg hebat)..


Ok, yang kat atas tu adalah gambar time temubual dalam MHI...


Yang ni plak time rancangan Nasi lemak Kopi O


From both rancangan kat atas, Fatin liyana ade selitkan tips dalam penulisan blog

1. Ikhlas
Ikhlas ini sangat penting ye blogger2 sekalian.. Ikhlas di sini bermaksud, kita tulis blog ni bukan sekadar untuk populariti semata2 atau semata2 nak duit nufnang naik ke.. NO !! .. Sila betulkan niat anda sekarang juga ye, terima kasih.. Macam Fatin Liyana, die tak pernah impikan yang one day, die akan jadi celebrity blogger.. Da memang rezeki die kan, rezeki ni Allah yang tentukan... Dan aku pernah dengar kata2 from sorang ustazah, dunia ni, semakin kita kejar, semakin die lari daripada kita.. Maka, larikan lah diri daripadanya, supaya dunia mengejar kita plak...

2. Tulis blog time happy ONLY
Haaa, untuk pengetahuan sume, Fatin Liyana ni akan tulis blog time die happy je... You know why??...Sebab time kite marah, kita tak akan berfikiran waras.. Even kite try cover, tulis la hahahaha or letak smiley mulut besar mane skalipon dalam blog kita ni, sedikit sebanyak akan mempengaruhi jugak gaya penulisan kita... So, tips ni korang bley cuba praktik ye..

3. Biar beri manfaat
Tips ni paling aku setuju... Seboleh-bolehnya, kita tulis something yang bley memberi manfaat kepada those yang bace blog kita... Kalau kita tulis pasal something berkaitan agama, kita sudah berdakwah sebenarnya & kita akan dapat pahala tanpa kita sedari.. Orang2 yang baca blog kita pon akan dapat pahala jugak, insyaallah.. Elakkan daripada menulis something yang memburuk-burukkan orang.. Sebab,, sape kita nak judge orang kan?..

Tu je la tips2 yang aku dapat melalui rancangan yang aku tengok... Happy Blogging :)



Sunday, September 16, 2012

Penawar sakit mata

Assalamualaikum..

Entry kali ni mengenai satu penyakit, yang I'm sure most of us penah kena, at least once.. First time aku kena, mase aku form 1 kalau tak silap.. Tapi time tu happy kot kalau kena sebab ade reason untuk balik umah.. Ade sesetengah yang aku dengar, siap amik air mata kawan yang kena sakit mata, sapu kat mata sendiri, dengan harapan kena sakit mata and bley packing barang and balik, horey!!!


This time, umah aku plak dilanda wabak sakit mata..Orang yang first kena ialah anak buah aku yang umur 3 bulan.. Kesian tengok die, dengan mata merah sebelah kiri, kadang2 tangan die sentuh2 mata kiri, gatal kot, tapi die tak nangis :(  Kite yang da dewasa ni pon, kalau kena sakit mata, tuhan je tahu, dengan gatalnye, pastu time solat, rase nak keluar je bola mata waktu sujud, bila bangun tido plak, susah nak bukak mata, huh, sungguh seksa..



Nama medical bagi sakit mata ialah conjuctivitis... Biasenye kalau pegi clinic, Dr akan bagi eyedrop.. Tetapi, aku ade petua traditional untuk sakit mata ni, haa...Tapi masalahnya, aku tak pernah buat petua ni sebab aku ragu2 dengan keberkesanannya... One day, aku bukan Utusan Online (14/9/2012), baca cerita tajuk Keluarga jadi Penentu... Citer tu pasal pelakon Fizz Fairuz yang mengalami jangkitan kuman pada dua2 belah mata.. Time tu minggu pertama die shooting filem hantu kapcai.. Disebabkan jangkitan tu, Dr cakap die kemungkinan buta sebab urat kat mata makin nipis...


"Saya diberitahu untuk menggunakan air kencing pertama waktu pagi. Sesudah itu air tersebut dititiskan di dalam mata sebelum dibasuh. Percaya atau tidak selepas tiga hari berturut-turut melakukannya, mata saya semakin baik," katanya.

Petua ni la yang nenek aku suruh amal kalau sakit mata... Pasni bley la try cuba,hehe... Or sapae2 nak buat reseach pasal ni pon bley jugak.. Maybe ade something dalam air kencing tu yang boleh mengubati sakit mata... Wallahu a'lam :)





Wednesday, September 12, 2012

Already in Final Year

Bismillahirrahmanirrahim....

Pejam celik, pejam celik, 6 semester sudah aku tempuhi, means aku sudah berada di sini selama 3 taun.. Sekarang ni, tinggal lagi 2 semester, sebelum aku dapat menggenggam segulung ijazah (insyaallah kalau sume pass).. Kawan2 & kazen aku yang sebaya, ramai yang da abes degree, kadang2 tu rase jugak jelez, sebab tengok ade yang da keje.. Tapi takpe laa, rezeki masing2 kan.. Aku delay sket sebab asasi dulu kitorang kena 2 taun...

Masuk sem 5 ni, first skali rase tak caye, aku sekarang da FINAL YEAR, means antara orang yang tertua laa antara students kat sini,hehe.. Bila masuk final year ni, of coz ade final year project.. That thing is the most scary thing being a final year student.. Dengan proposal, presentation, data collection, what so ever... Tak terkecuali clinic,huhu....Papepon, semoga Allah permudahkan segala urusan aku.. Rabbi Yassir Wala Tu'assir Watammim Bilkhair, amin...  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...