Tuesday, February 21, 2012

Cinta Muka Buku...

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Yang selebihnya you all smbung sendiri la ye,hehe.... Kali ni saya nak share satu cerita yang  kalau bagi kat  Yusof Haslam, mesti citer ni bley kalahkan Ombak Rindu..Ceritanye mengenai cinta muka buku.. One day ni, saya online fb, saya tengok dekat chat list tu, nama kawan saya tu ade..Since saya memang da lama sangat tak jumpa die (once da abes skola, memang tak jumpa langsung), saya tegur la die...Biase2 la, tanye die sihat ke, keje kat mana skrg, sekarang die sudah memegang jawatan yang tinggi kat sebuah syarikat ni..Bile tau die da keje ni, saya dengan excited nye terus tanya die bila nak kawea (my favourite question kat kwn2,haha)..Die jawab die takde calon lagi, terputus di tengah jalan..Saya ingat die gurau je..After that bermula la episod sad story...Sila amik tisu ye semua :(



Sewaktu di alam persekolahan, saya mengenali kawan saya ni sebagai seorang yang baik sangat2, die ni memang tak layan lelaki & nampak la die punye mission tu, tak nak couple2 time study..Die ni salah sorang best student..Saya tak sangka jugak die boleh bercerita kat saya mengenai lelaki that day,hehe...


Die memulakan cerita dengan die cakap kes die ni teruk, first week after break up, die rase macam org gila, tak makan, tak minum, tak tido, sampai 10 ari amik cuti keje sebab memang tak bley nak buat keje..Die mengenali lelaki tu ketika belajar di universiti yang sama..Sekarang ni da masuk 4 tahun diorang couple..Masa kat universiti dulu, tiap2 ari makan sama2, susah senang sama2... Mase mula2 laki tu nak tackle ni, die gunakan kwn sebagai org tengah.. Die selalu hantar makanan depan blok kwn saya ni malam2..Mula2 kwn saya tu tak suka die, tapi lame2 tu die suka kat laki tu..Saya tengok laki tu dalam fb, memang hansem...Pastu menurut kwn saya tu, laki tu alim, selalu jadi imam kat surau..Awal2 dulu die memang baik, tapi sejak 2 tahun kebelakangan ni, laki tu mula berubah, die suka melayan perempuan..Pernah sekali dulu, laki tu tu curang dgn kwn saya ni, tapi die merayu-rayu mintak bagi peluang kedua..Die janji macam2, cara berjanji tu mmg btol2 insaf la... Sayang punye pasal, kwn saya ni terima die blk, harap2 die berubah..Tup2, raya haji yg lepas, terbongkar satu lagi rahsia after dia stalk laki tu pnye fb account !!!!!!


Rupa-rupanya, dalam masa laki tu couple dgn kwn saya tu, die da jgk gf lain yang dikenalinya thru fb..Yang paling tak bley diterima dek akal, die da setahun couple dgn girl tu dlm fb !! Girl tu tak tahu pon laki tu da ade gf, sbb laki tu cakap die still single.. Cara layanan laki tu kat kwn saya tu plak mmg tak nampak langsung die curang, call tiap2 ari... Yang paling saya sedih bila kwn saya cakap, laki tu excited plan nak tunang dgn dia tahun ni & nak kawen awal tahun depan.. "4 tahun amy, saya setia  ngn die, saya jujur ngn die, die pilih pompuan tu, sedangkan selama die couple setahun ngn pompuan tu, die belom pernah jumpa lagi, CINTA MUKA BUKU... time susah die ngn saya, die tak ingat pon.. bila saya cerita kat kwn2 saya, sume tak sangka, sbb die nampak sgt baik.. Family die pon kenal saya.. 4 tahun tu terlalu byk kenangan"... saya pasti die menangis masa cerita kisah die tu kat saya...Saya pon mmg sedih, saya faham perasaan dia..


Die sambung lagi "kitorang da siap bincang pasal hantaran, baju sanding nak color ape, tapi sekelip mata je impian tu musnah...Hurm, die panas baran tau amy, saya selalu jadi mangsa tempat die marah, mmg byk hikmah saya putus ngn die... Time kantoi die ade gf lain tu, mmg teruk la saya kena marah, abes sume bnde2 kasar kuar dari mulut die.. Die yang curang, tapi marah2 kita plak... Lepas die marah2 tu, amy tau tak die suruh saya buat ape??....Die suruh saya rayu & pujuk girl dlm fb tu, sbb girl tu pon mintak putus ngn die.. Saya ni plak hati lembut, contact girl tu suruh die baik ngn laki tu... saya call girl tu, dekat sejam saya cakap sambil nangis2, saya rayu gila2 kat girl tu suruh putus dgn ex saya, saya cakap kitorang couple 4 tahun da, susah saya nak lupakan die...Saya tak marah pon kat girl tu, saya cakap elok2"


You all tau tak girl tu jawab ape??? " kami saling memerlukan antara satu sama lain, saya mintak maaf".. ape perasaan you all kalau org cakap camtu??  :) ..."Lepas saya rayu kat girl tu, saya rayu kat laki tu plak...Tapi die buang saya amy, ya allah !! saya tak tahu nak cakap cane".. Even da almost 3 bln diorang break up, tapi kawan saya tu masih berada dalam fasa 'meroyan',hehe.. tapi skrg da much better kot...


Hurm, tu je la ceritanye.... Saya mendoakan agar kawan saya tu tabah & supaya Allah tunjukkan die jodohnya yang sebenar, dan juga moga die akan dapat lelaki yang lebih baik, amin :) 

Monday, February 20, 2012

Suria Cherating Beach Resort

Salam....Dah lama rasenye tak update blog ini... Selain sibuk dengan assignment, ditambah lagi dengan kerja2 sebagai seorang class representative, memang tak sempat la nak update..Lagipon sekarang sudah memang kekeringan idea,hehe..


Sekarang adalah minggu ke 2 saya melangkah ke semester baru..Semester ini adalah semester yang men’transformasi’kan diri saya.. Frankly speaking, saya ni sebenarnya seorang yang suka duduk kat bilik, tak suka join ape-ape program & tak suka terlibat dalam mana2 society.. But one day, I got a phone call, katanya daripada SLEU (Student Learning Enhancement Unit). SLEU ni adalah IIUM punye unit which provide program-program, yang akan enhance students punye learning.. kata sister tu, die nak offer saya jadi student coordinator..Seriously, saya tak tahu pon ape itu student coordinator, saya hanya pernah dengar SLEU, tapi just know by name je, saya tak pernah mengikuti ape-ape program SLEU.

Of course offer ni membuatkan saya confuse..Saya takut bila saya terima, saya tak mampu nak manage...Yela, before ni keje saya, pegi class, balik class, buat assignment, tido..tapi bila da terima offer ni, saya fikir, mesti saya akan busy sebab kena join banyak program.. So, tanpa melengahkan masa, saya terus berjumpa SLEU punye head, yang juga merupakan lecturer saya.. Alhamdulillah, beliau kata, saya boleh try dulu nak bley nak quit anytime...Fuh, lega....So, saya decide untuk terima :)

Bila da jadi one of the SLEU members ni, of course la kena join program... The first program yang saya join ialah Peers Tutor Training kat SURIA CHERATING BEACH RESORT... Basically, program ni di'conduct' oleh Smart Study Consultant, iaitu Bro Osman Affan & the team..Antara pengisiannya adalah cara mudah untuk menghafal (eg: acronym, creative story), cane nak hafal nombor dengan mudah, pastu some study skill & presentation skill..Cara penyampaiannya sangat menarik, memang tak mengantuk sepanjang session bersama Bro Osman ni..Cumenye, pengisian still can be improved and should be relevant la dengan audience punye level of study.... Ok, jom tengok gambar2 di sekitar resort ni :)



















Tuesday, February 7, 2012

Tragedi kapal mewah...

Bercerita mengenai tragedi kapal mewah, sudah tergambar di fikiran kita mengenai filem Titanic yang sangat popular pada tahun 1997. Pada 15 April ini, genaplah 100 tahun kapal Titanic itu karam. Baru2 ni, sebuah lagi kapal mewah iaitu Costa Concordia terbalik di pantai barat Itali. Article mengenai tragedi kapal mewah ini saya petik daripada akhbar mingguan malaysia bertarikh 22 January 2012.

Titanic




Kapal ini karam pada tahun 1912 kekal sebagai nahas kapal mewah yang paling tragis dalam sejarah maritim dunia. Kapal yang disifatkan sebagai tidak mungkin karam ini berlanggar dengan bongkah ais ketika dalam pelayaran sulung dari England ke New York. Disebabkan kekurangan bot keselamatan & rancangan pemindahan yang kelam kabut, seramai 1517 orang terkorban daripada 2200 orang yang berada di dalam kapal tersebut.


Costa Concordia


Kapal mewah Itali ini dibina dengan kos AS$450 juta pada 2006, hampir tenggelam selepas melanggar batu dan terbalik berdekatan Pulau Giglio pada 13 Januari lalu.


Royal Pacific Cruise




Kapal milik Greece ini berlanggar dengan sebuah kapal pukat tunda pada 1992 kerana darjah penglinatan yang kurang jelas. Anak2 kapal dilaporkan tidak berusaha untuk menyelamatkan penumpang, mengakibatkan seramai 30 orang terbunuh, manakala 70 orang lagi tercedera daripada 530 penumpang.


Louis Majesty




Kapal pelayaran Mediterranean ini dilanda beberapa siri ombak ganas pada tahun 2010. Ombak setinggi 7.9 meter menghempas kapal ini dan 2 orang terbunuh serta beberapa orang lagi cedera.

Star Princess


Gara2 puntung rokok yang ditinggalkan di beranda, kapal mewah ini dijilat api sehingga memusnahkannya pada tahun 2006. Tindakan cekap kapten melakukan rancangan pemindahan berjaya menyelamatkan penumpang dan anak kapal daripada terperangkap dalam kebakaran. Seorang warga emas namun dilaporkan meninggal dunia kerana sesak nafas terhidu asap.

Sunday, January 29, 2012

Keajaiban Terselindung

Keajaiban dunia seperti Taj Mahal dan Tembok Besar China sememangnya sudah sangat familiar dengan kita. Tapi tahukan kita bahawa ada lagi keajaiban alam yang jarang sekali kita dengar? Kebanyakan kejadian alam ni terbentuk melalui proses perubahan alam yang panjang. Amazing !!! Itu perkataan yang saya boleh katakan bila baca article daripada akhbar mingguan malaysia bertarikh 15 January 2012 ni..Jom kita saksikan bukti2 kebesaran Allah S.W.T....Sambil2 baca sama2 kita bertasbih, bertahmid & bertakbir...

Geyser in Nevada



Terletak di Lembah Hualapai, Nevada, Amerika Syarikat, di sini air pancut panas menyembur keluar melalui batu batan yang membentuk bukit-bukit kecil. Kawasan ni dijumpai secara tidak sengaja pada tahun 1916 oleh pemilik tanah yang sedang menggali punca air dengan harapan menjadikannya kawasan pertanian. Disebabkan proses penggalian yang berterusan hingga mencecah kerak bumi yang panas, geyser unik ini terbentuk.

Gunung Erebus


Ia merupakan salah satu gunung berapi aktif terbesar di bumi dan terletak di benua antartika. Ketinggiannya mencecah 4 km dari permukaan laut. Terdapat ratusan puncak ais di sini yang mengeluarkan gas panas. Apa yang menarik adalah hanya di gunung ini lahar panas bertemu dengan kedinginan ais dan menciptakan satu pemandangan yang sangat unik dan menakjubkan.

Mata Sahara


Disebabkan bentuk lingkarannya yang aneh, ramai yang menganggap ia berlaku akibat letusan meteor satu ketika dahulu. Ia terletak di bahagian barat daya gurun sahara, Mauritania. Sehingga kini tiada jawapan yang tepat mengenai misteri kewujudannya.

Great Blue Hole


Terletak di Belize Barrier Reef Reserve System, jaraknya kira-kira 60 batu dari Belize City, Amerika Selatan. Ia merupakan lubang di dalam lautan yang terbesar di dunia. Kedalamannya sekitar 125 m dengan lebar 300 m. Terdapat beberapa buah gua di dalam lubang ini. 

Salar de Uyuni


Terletak di Bolivia, ia merupakan gurun garam terbesar di dunia. Meliputi kawasan seluas 10 582 km persegi, ia dikatakan mempunyai simpanan 10 juta tan garam. Lebih menarik lagi terdapat sebuah hotel yang dibina dengan keseluruhan bangunannya termasuk perabot dan katil menggunakan garam.

Semoga keajaiban alam ini akan menambahkan iman kita kepada allah..wallahua'lam :)





Monday, January 16, 2012

Kiamat 2012 ???

Sebelum ni, saya pernah terbaca mengenai ramalan tentang terjadinya kiamat pada tahun 2012... ade yang kata 21/12/2012 yang jatuh pada hari jumaat ialah hari kiamat.. Ada plak yang kata pada pertengahan ramadhan tahun ni yang juga jatuh pada hari jumaat, akan terjadinya huru hara (hadith da'if), macam2, tapi kadang2 rase macam percaya jugak & mula la rasa takot..Tapi sebenarnya, bagus jugak kite percaya sket2 pasal benda macam ni, sebab at least kite akan dapat memperbaiki diri kita, baiki ibadah kite, untuk persediaan bagi hari yang pasti akan berlaku itu..

I read another article from Solusi, penulisnya Mohammad Nidzam Abd. Kadir (Al Jarumi), tajuknya Kiamat 2012? Kiamat pasti akan berlaku. Masanya semakin dekat dan rapat. Saya summarize apa yang dikatakan penulis mengenai hal ini.

Percaya kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman. Kiamat bermaksud berakhirnya kehidupan di dunia & bermulanya alam akhirat. Sekarang ni, macam2 kita dengar mengenai ramalan tarikh belakunya kiamat. Tapi sebenarnya, takde pon nas al Quran & riwayat hadis bahawa wujud satu tarikh yang jelas berkenaan tarikh berlakunya kiamat.

Surah Taha (20:15):
"Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang dia usahakan".  

Surah Luqman (31:34):
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sahaja pengetahuan tentang hari kiamat dan Dia lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim, dan tiada seorang pon yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok, dan tiada seorang pon yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".

Lafaz kiamat yang diulang puluhan kali dalam al Quran sebenarnya tak beri isyarat langsung tentang tarikh sebenar kiamat. Kepercayaan mengenai tarikh kiamat ini boleh merosakkan akidah. Ade segelintir ilmuan silam telah meramal tarikh kiamat ni, tapi sudah ratusan tahun daripada ramalan, kiamat masih belum berlaku.

Dalam satu riwayat hadis, seorang sahabat bertemu Nabi s.a.w dan bertanya "Bilakah kiamat akan berlaku?"... Namun Nabi s.a.w tidak terus menjawab soalan tersebut, sebaliknya bertanya "Apakah yang kamu persiapkan bagi kiamat?". Sahabat menjawab beliau kasih akan Allah & Rasul Nya. Beliau menjelaskan bahawa ibadatnya tidak banyak, solat dan puasanya sedikit dan begitu juga dengan sedekahnya. Namun walaupun sedikit, kasihnya kepada Allah & Rasul Nya tidak berbelah bahagi. Mendengar jawapan tersebut, Nabi s.a.w mengatakan bahawa lelaki tersebut semestinya bersama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.


Apa yang boleh disimpulkan daripada article ni
  • Keimanan kepada hari kiamat adalah fardhu & termasuk dalam rukun iman
  • Tidak perlu bersusah payah mencari tarikh kiamat
  • Apa yang penting, amalan soleh setiap insan haruslan sentiasa bertambah




 

Sunday, January 15, 2012

Kita Merancang, Allah Juga Merancang...

Malam ni boring, tak tahu nak buat apa...Bile exam, nak exam abes cepat2, bile abes, boring plak...Tibe2 ternampak ade majalah Solusi kat atas rak buku..Da lame sebenarnya beli, tp xsempat nak baca betol2, juz selak2 camtu je..So, malam ni berpeluang nak baca betol2 dan saya baca satu article yang ditulis oleh Noraslina Jusin, tajuknya seperti di atas... Dalam hidup ni, kite selalu merancang, memasang angan2 & mempunyai cita2..Kita akan rasa gembira bila ape yg kita rancang, ape yang kita angankan & ape yang kita cita kan, menjadi kenyataan....Tapi, bila semuanya tidak menjadi kenyataan, kita sedih & putus asa... 

Sebenarnya, bila kita gagal mendapat ape yang kita nak, walhal kita telah berusaha sehabis daya, Allah mahu menguji kita, supaya kite terus berusaha & berusaha...Kita tak boleh salahkan takdir atas musibah atau kegagalan yang kita terima... Allah mahu duga kita untuk tengok sama ada kita akan terus beriman ke tak atau pon sama ada kita tetap berdoa, meminta pertolongan daripadaNya, atau kita makin jauh daripadaNya...


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sungguh, amat mengagumkan keadaan mukmin itu kerana semua urusan itu baik baginya. Apabila dia mendapat nikmat (kebahagiaan), dia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Dan apabila ditimpa musibah, die bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" (Riwayat Muslim)



Saya teringat akan 1 kata2 daripada kwn saya, thru sms:
Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan, Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan...Kita duduk terduduk berlinang air mata saat impian kecundang..Sesungguhnya Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya..Saat ditarik nikmat yang ada, Dia sedang mengatur untukmu sesuatu yang lebih berharga..Janganlah bersedih..Dunia ini tidak selayaknya ditangisi...

In conclusion, hidup di dunia ni sebenarnya adalah masalah & ujian yang tidak berpenghujung, dimana ia datang bersilih ganti dalam bentuk kesulitan & kemudahan. Ianya adalah salah satu hikmah Allah s.w.t untuk screen umat manusia, siapa yang benar2 berjihad & bersabar di jalanNya...







 



Saturday, January 14, 2012

Final Exam sudah berakhir...

Alhamdulillah....Tepat jam 5 ptg tadi, setelah hantar kertas jawapan utk exam Auditory Electrophysiology, final exam untuk semester 5 sudah berakhir, setelah hampir 2 minggu berhempas pulas... Study week ni bagi saya minggu yang sangat mencabar, and semester ni cabaran tu rasenye significant sket kalau nak compare dengan semester2 yang lalu..Yela, belajar kan, makin lama, makin susah.. Tambah plak semester ni, ade subject clinical, hurm, bertambah la kesusahannya.. Berdasarkan research yang saya da buat, salah satu penyebab students ade masalah exam anxiety ni disebabkan procrastination (suka buat keje last minute).. Tapi bagi saya, saya bukan suka sgt buat benda last minute, tapi memang jadual seharian tu tersangat la packed..So, xde masa nak study awal2..

Pengalaman paling seksa time study week ni, bila terpaksa stay up sampai jam 3 pg, sebab study belom abes punye pasal...Pastu bangun plak kol 5.30 pg, terus capai nota, baca...seksa kan jadi student??...tak sabar rasenye nak abeskan 3 semester lg, sebelum graduate..Serius jelez bila tengok kawan2 sebaya yang da graduate, ade yang sedang sambung master da pon..


Exam yang paling mendebarkan ialah clinical..Time exam, sementara menunggu turn, kitorang akan dikuarantin dalam 1 bilik..Time tu allah saje yang tahu betapa takutnye nak buat test kat patient..Dalam hati, memang tak putus2 baca "Rabbi Yassir Wala Tuassir, Wa Tammim Bilkhair", mohon supaya allah permudahkan.. Bila nama dipanggil, masuk dalam testing room, then, patient masuk..Huh, terketar2 tangan, sebab lecturer akan observe cara kita buat test kat patient.. Kitorang diberi masa selama 35 minute untuk buat 4 tests kat patient.. Debaran tu tak stop kat situ je, lepas tu kitorang ada viva plak..Kena soal dengan lecturer macam2 pasal test yang kita buat tadi..

Belajar ni ibadah... Lagipon, benda ni dunia je kot...So, tak payah la stress2 sangat sampai nangis2 bila nak exam..Take it easy.. Sifir die senang je, usaha setakat yang mampu, pastu doa, then tawakal...Waallahua'lam :)







Meja studyku...Agak berselerak sket sebab tak sempat nak kemas, bz study..






Mr Lappy yang selalu menemani waktu study :)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...