Saturday, September 13, 2014

Wedding Khalis & Amy

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

30 Julai 2014
Majlis Akad Nikah







31 Julai 2014
Majlis Bersanding







Majlis Sambut Menantu
2 Ogos 2014





Friday, September 12, 2014

Checklist Persiapan Kawen

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum...

"Saya terima nikahnya Amelia Hanim Bt Mat Lazim dengan mas kahwinnya sebanyak $$$ tunai"
Dengan hanya sekali lafaz, saya telah sah menjadi isteri kepada Muhd Khalis Bin Kamarolzaman... Alhamdulillah...

Untuk entry kali ni, saya nak share pasal persiapan2 sebelum majlis perkahwinan... Seriously, it is not an easy task... Macam2 kena settle, sampai gaduh2 dengan tunang... Actually, benda tu biasa... That is why, komunikasi, tolak ansur, discussion tersangattt laa penting... So, kepada bakal2 pengantin sekalian, kat sini saya nak bagi sikit panduan laa untuk memudahkan urusan korang...

1. Kursus kawen
Saya rasa sume orang da sedia maklum, before kawen, korang MESTI menghadiri Kursus Pra Perkahwinan dan korang MESTI ada sijil kursus kawen hokey... Kursus ni biasenye diadakan selama 2 hari... Adik2 yang blaja kat uni or kolej, biase ade jugak kursus ni, so better u all pegi time blaja sebab tak rugi... Sijil ni takde expiry date... lagi satu, bayarannya murah berbanding u all buat kat luar...

2. Booking Pelamin
Saya mula buat persiapan kawen secara serious agak2 dalam 3 bulan sebelum tarikh nikah... Sebab tarikh kawen saya time raya, which is peak season, so kena booking cepat... Saya sewa kat Butik Pengantin Kak Zan... pakej yang saya amik termasuk hiasan pelamin, baju 3 pasang, make up sekali, khemah VIP 2 buah dan hiasan barang hantaran... Tuan punye butik tu sangatt friendly...



3. HIV test
Bley buat kat mane2 hospital... Valid 6 bulan kalau tak silap... Misi cucuk sket kat hujung jari, then amik sket sample darah, test... Result tau on the spot, die kasi dalam envelope...

4. Borang nikah
Haaa, yang ni agak complicated sket... Prosedur saya tak sure sama ada sama or berlainan bagi setiap negeri... So kat sini saya nak share prosedur nikah bagi negeri kelantan... Mula-mula sekali, bakal suami kena amik borang kelulusan nikah di luar mukim daripada imam kampung masing2... Yela sebab kitorang berlainan mukim kan... Bakal suami kena isi borang tu dan dapatkan signature imam kampung ye... After that, borang tadi, bakal suami kena serahkan kepada bakal isteri... Bakal isteri pulak kena serahkan borang tu kat imam kampung bakal isteri beserta salinan ic bakal isteri, salinan ic wali, salinan ic 2 orang saksi, salinan sijil kursus kawen dan result HIV test yang dalam envelope tadi... Harap jelas ye sebab bab borang ni laa yang saya paling pening dulu....

5. Barang Hantaran
Barang hantaran ni kitorang beli sikit2... Yela kalau nak beli sekali gus memang sakittt laa kan haha... Saya menerima 7 dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa handbag, kasut, kain sembahyang, kain pasang, kek, coklat, pulut kuning... Saya bagi pihak perempuan membalas 9 dulang hantaran berupa kasut, bag, baju kemeja dan seluar slack, set perfume, kek, coklat, buah, pulut kuning, sejadah dan kain pelikat.

6. Booking kad
Saya tempah kad kawin kat Kad Kahwin On9.. Kitorang amik pakej yang berharga RM690... Dalam pakej tu ada 1000 keping kad, saya divide dengan suami, so sorang dapat 500 keping kad, then ada guest book, props, penunjuk arah, thank you tag, 2 bunting dan 1 banner... Saya rase pakej ni da murah... Kedai dia dekat wakaf che yeh, btol2 sebelah McD... 


wasalam :)

Tuesday, September 2, 2014

Honeymoon @ Cameron Highlands Part 3

Assalamualaikum...

Destinasi seterusnya ialah market tepi jalan... Tak tau nama specific tempat tu, tapi kat tepi jalan tu ade deretan kedai2...Kat situ ade jual souvenir, ubi madu, jagung madu, strobery cokelet dan banyak lagi laa... Harga pon murah and bley tawar-menawar...

Then, kitorang pegi kat tempat yang paalinggg best iaitu Rose Valley... Kat situ ade banyakkk sangat bunga2 yang sangatt cantik, rasa cam taknak balik je... 








Last destinasion ialah Strawberry farm... Sistem kat sini, you all bley petik sendiri buah strobery, bagi dia timbang, then baru bayar... Time kitorang pegi tu, stroberi dah tak banyak sebab banyak da buah yang dipetik minggu sebelumnya... Kitorang da penat, so just duduk, minum strobery milk shake...




Malam tu ada steamboat dinner... After makan, diorang bagi honeymoon cake...




Pagi keesokan hari, after breakfast kitorang gerak balik... Mase check out, kitorang dapat souvenir from Rosa passadena hehe... Percutian di Cameron Highlands ni memang sangat best, rase cam nak pegi lagi... Thank you very much kat kawan2 my hubby yang telah menaja pakej honeymoon kami ni :)

Wasalam..


Sunday, August 31, 2014

Honeymoon @ Cameron Highlands Part 2

Assalamualaikumm....

Second day
Pagi tu dalam kol 8 kitorang turun untuk breakfast... Untuk honeymoon package ni, breakfast is included for 3 days... buffet !! so make sure makan kenyang2 sebab lunch takde dah haha... then, kitorang tunggu kat lobby untuk aktiviti yang palinggg best iaitu country side tour... kitorang pegi menaiki bas..

Ni laa bas yang bawak kitorang jalan2
First destination ialah Butterfly Farm... Nak masuk sini, ade entrance fee tapi tak ingat da berape...Kite kena bayar sendiri ye, sebab entrance fee tak termasuk dalam package... Kat sini, ade banyakkk serangga dan ular... Yang menariknya, kat sini ade serangga daun dan ranting... serangga tu sebijik cam daun dan ranting...serius tak bley beza...pastu kat sini ade banyak jugak bunga2...














Second destination plak bee farm... Kat sini diorang ternak lebah, so that dapat collect honey... Nak beli madu asli bley beli kat sini ye!






Kalau pegi Cameron Highlands, memang tak lengkap kalau tak pegi ladang teh kan?... Country side tour tu telah bawak kitorang ke Ladang Teh Sg Palas... Kat situ ada kilang memproses daun teh... Kite bley tengok macam mane diorang kisar daun teh tu sampaiii jadi serbuk... Bau dalam kilang tu cam bau inai yang ditumbuk... Mentang2 laa baru kawen kann bau teh pon macam bau inai haha....





To be continued insyaallah :)

Saturday, August 16, 2014

Honeymoon di Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands Part 1

10.45 pm, 30 Julai 2014

"Muhammad Khalis Bin Kamarolzaman"
"Saya"
"Saya nikahkan akan dikau dengan Amelia Hanim Bt Mat Lazim dengan mas kahwinnya sebanyak RM$$$ tunai"
"Saya terima nikahnya Amelia Hanim Bt Mat Lazim dengan mas kahwinnya sebanyak RM$$$ tunai"

"Sah"

Saat berakhirnya lafaz tersebut, maka saya kini bergelar seorang isteri... Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, segalanya dipermudahkan oleh Allah... Tapi this time saya bukan nak citer pasal majlis perkahwinan, insyaallah citer tu akan di update next entry... Kali ni nak citer pasal pengalaman honeymoon di Cameron Highlands... Fyi, honeymoon kami selama 3 hari 2 malam di Hotel Rosa Passadena telah di sponsor oleh kawan2 my hubby... Thanks to you all atas percutian yang sangattt awesome ini!!

First Day
Kitorang bertolak dari rumah kol 8 pagi... Alhamdulillah perjalanan lancar... Sampai sana kol 12 tengahari... Hotel Rosa Passadena tu terletak di Brinchang, dekat2 area pasar malam jugak... Mase sampai tu kitorang kena tunggu jap before check in sebab diorg tengah kemas bilik... Tunggu dalam setengah jam, kitorang bley check in... Upon arrival, kitorang dihidangkan welcome drink & fresh fruit...









Rest jap, then kitorang turun lunch... Dalam package, lunch sekali saje and depend kat kite nak amik bila, sama ada 1st day ke, 2nd day ke 3rd day, janji sekali saje okey! Lepas lunch, kitorang tidooo sampai petang sebab driver saya penat haha.... Malam lepas solat jamak magbrib isyak, kiorang turun untuk candle light dinner... Lepas tu die siap bagi banquet of flower for the bride hehe....










Then, kitorang naik balik, tidooo sebab nak kumpul tenaga untuk aktiviti esok plak, country side tour...

To be continued insyaallah....


Monday, June 23, 2014

Pengalaman rebonding

Assalamualaikumm.....

Untuk entry kali ni saya nak citer pasal pengalaman first time buat rebonding... Setelah buat survey, saya decide nak buat rebonding kat Aishah Rawatan Wanita (AIRAWA) di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu.. Sebab ape saya nak buat kat situ?... Sebab kat situ adalah spa khas untuk muslimah... Tips saya before u all buat rebonding adalahh, make sure buat time you all tak solat yee, sebab rambut u all tak bley kena air selama 3 hari...Make sure makan kenyang2 sebab prosesnya memakan masa yang sangatt lama,hehe...Buat appointment siap2... Yang paling penting, saya google hukum rebonding mengikut Islam...Ni adalah apa yang saya faham (taken from hukum rebonding )

Hukumnya HARUS. Rebonding bukan mengubah struktur dan fungsinya yang asal malah masih dalam konteks tidak kekal dan sangat berkait dengan kaedah dan tata cara menguruskan rambut. Lebih-lebih lagi dalam konteks berhias kepada suaminya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas pernah berkata:
“Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku. Sebagaimana aku suka menuntut semua hakku daripadanya, aku juga menyempurnakan semua haknya daripadaku“.

Untuk menentukan sama ada amalan tersebut termasuk diharuskan atau sebaliknya beberapa aspek perlu diteliti;
1. Niat dan tujuan
Sekiranya bertujuan untuk kecantikan diri, ianya masih dalam ruang lingkup perkara yang diharuskan lebih-lebih lagi berhias untuk suami. Sabda nabi saw yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan“. Namun dalam waktu yang sama kita perlu mengakui hakikat di sebalik hikmat Allah menciptakan manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa wajah dan kita diciptakan dengan secantik kejadian. Maka jika tujuannya untuk berhias di luar rumah maka sudah pasti hukumnya adalah haram.

2. Bahan yang digunakan
Bahan yang digunakan mestilah suci dari sudut syara`. Ini bermaksud jika bahan yang digunakan terdiri daripada bahan kimia, maka pengesahan status halalnya perlu dirujuk kepada pihak berwajib. Begitu juga dari sudut kalis air atau sebaliknya. Hal ini perlu dipertimbangkan kerana ia melibatkan hukum mandi wajib dan berwudhuk iaitu memerlukan rambut tersebut dibasahkan. Ini bererti jika bahan kimia tersebut kalis air maka hukumnya haram sekalipun suci dan bersih.

3. Siapa yang melakukan proses rebonding?
Proses rebonding tersebut hendaklah dilakukan oleh rakan sejantina. Dengan itu tidak harus jika yang melakukan rebonding tersebut seorang lelaki sekalipun ditemani oleh suaminya kerana perbuatan tersebut telah mendedahkan aurat kepada orang yang diharamkan melihat auratnya. Persoalan lain juga yang harus difikirkan mengenai hukum mendedahkan aurat kepada wanita bukan Islam dalam keadaan yang bukan diperlukan atau “ dharuri”.

4. Kesan
Antara perkara yang perlu dipertimbangkan, adalah kesan langsung atau sampingan akibat melakukan rebonding. Secara prinsipnya, jika penggunaan tersebut memberi kesan negatif sama ada secara langsung atau jangka panjang maka hukumnya adalah haram berasaskan hadis nabi saw yang bermaksud “jangan kamu melakukan kemudharatan dan mendatangkan kemudharatan” .

 Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel Majlis Ulama’ ISMA (MUIS)
* Dipetik daripada ruangan soal jawab di laman web rasmi Majlis Ulama’ ISMA (MUIS).

Saya sampai sana dalam kol 10.30 pagi... Before die mulakan proses rebonding, die akan tanya ni kali ke berapa buat, macam saya, this is first time... Kalau first time, die cakap ubat yang die letak tu agak banyak laa sket... Pastu die tanye nak potong ke tak... My tips baik you all potong sket bahagian hujung sebab yela, nanti lepas rebonding nampak tak cantik sebab kat hujung tu biasenya rambut bercabang, siap buah-buahan pon ada, so lagi cantik kalau potong sket....First of all, die akan letakkan satu ubat, tujuannye adalah untuk membuka molekul2 rambut... Ubat tu agak busukk and mase die tengah lumurkan kat rambut saya, rasa cam pedih2 kat kulit kepala... I asked her why, die kate its normal tapi kalau rasa tak tahan, juz tell her!! by the way, produk yang die gunakan untuk saya ialah Loreal... Then die biarkan dalam masa dalam setengah jam... After that, rambut akan dibasuh....

Bila da basuh bersih2, die akan dry kan rambut... Then, bermula lah proses yang paaaling lama iaitu, ironing... Rambut akan di iron sket2 saaampaii laa abes... Memang ngantok sangat mase adik tu duk iron rambut... You all imagine laa dari kol 10.30 pagi aku duduk sampaiii laa dekat kol 3.30 ptg, which is almost 5 hours... tapi takpe laa, nak cantik punye pasal kann haha....


After siap iron tu, rambut akan dilumur dengan sejenis creme... Creme ni die kate untuk melembutkan rambut dan nak pastikan rebonding tu tahan lama... The, die akan biarkan kejap, then basuh balik... pastu siappp...

Pasal harga plak, die bergantung pada panjang dan ketebalan rambut... 

Pasal penjagaan rambut rebonding, saya ade jugak laa baca.. Kalau bley jangan guna sikat yang rapat2 tu and elakkan ikat rambut ye... Tapi kite yang bertudung ni agak susah laa sebab klau tak ikat nanti rambut terkeluar plak kan... Pastu aritu die ade offer nak beli tak set penjagaan rambut rebonding tapi saya tak nak sebab mahal sangat haha... So setakat ni, saya berpuas hati laa dengan hasilnya... Thanks AIRAWA ;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...