Friday, October 3, 2014

Because I am a seafarer's wife

Assalamualaikum...

Sudah 2 bulan bergelar isteri, sekarang sampai masanye suami meneruskan kariernye sebagai sorang seafarer... Sebelum mengambil keputusan untuk bernikah, tempoh perkenalan selama 7 tahun sememangnya bukan satu tempoh masa yang singkat... Pada hemah saya, 7 tahun sudah cukup untuk kita saling mengenali hati budi masing2... Saya yakin saya sudah cukup faham akan karier bakal suami saya... Sebelum bernikah, kami pernah berpisah selama 7 bulan, dek tugas suami saya yang memerlukannya ke luar negara... Kadang2 hampir 2 minggu langsung tiada khabar berita darinya... Kadang2 boleh berhubung melalui email, kadang2 tidak... Kadang2 kami ber'sms' berharga RM2 untuk 1 sms... Tapi takpe, saya rasa saya boleh terima itu semua... Lepas bernikah................

Situasi 1
"Gaji suami awak ada tak 3x ganda gaji awak?"
"Hurm, tak sampai"
"Kalau macam tu suruh dia cari la keje kat darat... Macam tak berbaloi je"

Situasi 2
"Suami kena pegi bape lame?"
"6 bulan, tapi sekarang dia da tak pegi jauh2 da... Round malaysia je"
"Ehh, tapi 6 bulan... Lama tuu"

Situasi 3
"Kalau mengandung, suami takde, suami tak nampak laa susah payah kita macam mana"

Antara kata2 orang yang membuatkan hati saya sentap... 

Menjawab situasi 1, suami saya bukannya tak pernah cari keje kat darat... tapi disebabkan kelulusannya dalam bidang marin, so agak susah untuk die apply keje kat darat... Die pernah email die punya resume kat banyakkk company tapi satu pon tak berbalas disebabkan kebanyakan company nak ambik orang yang da ade pengalaman... So, tak dapat...

Untuk situasi 2, saya tahu 6 bulan tu lama, tapi cuba laa anda berada di tempat saya... Da memang keje dia macam tu, saya nak buat macam mana, kalau tak keje sibuk plak tanya "lama suami kat umah, bila nak pegi?", "kalau time die tak keje, gaji jalan tak?"... Tahukah anda bahawa suami saya dapat kerja area malaysia and tak payah pegi jauh2, adalah satu anugerah rezeki yang saya sangat syukuri?... Kalau dulu nak berhubung sangat susat, tapi sekarang almost anytime dapat call and sms...

Untuk situasi 3, da keje camtu, tak kan la tak nak mengandung, tak nak beranak kan...

So, untuk sesiapa yang senasib dengan saya, tak payah laa dengar cakap orang... Kalau suami kita tak keje, takde duit nak makan, ade orang tu hulur beras kat you all? Kalau ade, you all bley dengar cakap diorang... To all family and friends, tak payah laa cakap 6 bulan tu lame ke or anything laa yang sewaktu dengan ketiga-tiga situasi di atas, sememangnya klau you all tak cakap pon 6 bulan tu lama, saya dah tahu... Tak boleh ke kalau cuba berfikiran positif, bagi sket kata2 semangat kat saya... at least cakap laa "alaaa, 6 bulan kejap je, pejam celik, pejam celik da 6 bulan'... Tu pon da buat hati saya hepy dah... kite ni dah laa sedih suami duk jauh, tambah plak dengan kata2 orang macam tu, lagi stress kan? Saya berdoa semoga allah memberi saya kekuatan untuk berhadapan dengan kata2 insan2 seperti di atas...

wasalam 

   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...