Monday, June 23, 2014

Pengalaman rebonding

Assalamualaikumm.....

Untuk entry kali ni saya nak citer pasal pengalaman first time buat rebonding... Setelah buat survey, saya decide nak buat rebonding kat Aishah Rawatan Wanita (AIRAWA) di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu.. Sebab ape saya nak buat kat situ?... Sebab kat situ adalah spa khas untuk muslimah... Tips saya before u all buat rebonding adalahh, make sure buat time you all tak solat yee, sebab rambut u all tak bley kena air selama 3 hari...Make sure makan kenyang2 sebab prosesnya memakan masa yang sangatt lama,hehe...Buat appointment siap2... Yang paling penting, saya google hukum rebonding mengikut Islam...Ni adalah apa yang saya faham (taken from hukum rebonding )

Hukumnya HARUS. Rebonding bukan mengubah struktur dan fungsinya yang asal malah masih dalam konteks tidak kekal dan sangat berkait dengan kaedah dan tata cara menguruskan rambut. Lebih-lebih lagi dalam konteks berhias kepada suaminya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas pernah berkata:
Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku. Sebagaimana aku suka menuntut semua hakku daripadanya, aku juga menyempurnakan semua haknya daripadaku“.

Untuk menentukan sama ada amalan tersebut termasuk diharuskan atau sebaliknya beberapa aspek perlu diteliti;
1. Niat dan tujuan
Sekiranya bertujuan untuk kecantikan diri, ianya masih dalam ruang lingkup perkara yang diharuskan lebih-lebih lagi berhias untuk suami. Sabda nabi saw yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan“. Namun dalam waktu yang sama kita perlu mengakui hakikat di sebalik hikmat Allah menciptakan manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa wajah dan kita diciptakan dengan secantik kejadian. Maka jika tujuannya untuk berhias di luar rumah maka sudah pasti hukumnya adalah haram.

2. Bahan yang digunakan
Bahan yang digunakan mestilah suci dari sudut syara`. Ini bermaksud jika bahan yang digunakan terdiri daripada bahan kimia, maka pengesahan status halalnya perlu dirujuk kepada pihak berwajib. Begitu juga dari sudut kalis air atau sebaliknya. Hal ini perlu dipertimbangkan kerana ia melibatkan hukum mandi wajib dan berwudhuk iaitu memerlukan rambut tersebut dibasahkan. Ini bererti jika bahan kimia tersebut kalis air maka hukumnya haram sekalipun suci dan bersih.

3. Siapa yang melakukan proses rebonding?
Proses rebonding tersebut hendaklah dilakukan oleh rakan sejantina. Dengan itu tidak harus jika yang melakukan rebonding tersebut seorang lelaki sekalipun ditemani oleh suaminya kerana perbuatan tersebut telah mendedahkan aurat kepada orang yang diharamkan melihat auratnya. Persoalan lain juga yang harus difikirkan mengenai hukum mendedahkan aurat kepada wanita bukan Islam dalam keadaan yang bukan diperlukan atau “ dharuri”.

4. Kesan
Antara perkara yang perlu dipertimbangkan, adalah kesan langsung atau sampingan akibat melakukan rebonding. Secara prinsipnya, jika penggunaan tersebut memberi kesan negatif sama ada secara langsung atau jangka panjang maka hukumnya adalah haram berasaskan hadis nabi saw yang bermaksud “jangan kamu melakukan kemudharatan dan mendatangkan kemudharatan” .

 Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel Majlis Ulama’ ISMA (MUIS)
* Dipetik daripada ruangan soal jawab di laman web rasmi Majlis Ulama’ ISMA (MUIS).

Saya sampai sana dalam kol 10.30 pagi... Before die mulakan proses rebonding, die akan tanya ni kali ke berapa buat, macam saya, this is first time... Kalau first time, die cakap ubat yang die letak tu agak banyak laa sket... Pastu die tanye nak potong ke tak... My tips baik you all potong sket bahagian hujung sebab yela, nanti lepas rebonding nampak tak cantik sebab kat hujung tu biasenya rambut bercabang, siap buah-buahan pon ada, so lagi cantik kalau potong sket....First of all, die akan letakkan satu ubat, tujuannye adalah untuk membuka molekul2 rambut... Ubat tu agak busukk and mase die tengah lumurkan kat rambut saya, rasa cam pedih2 kat kulit kepala... I asked her why, die kate its normal tapi kalau rasa tak tahan, juz tell her!! by the way, produk yang die gunakan untuk saya ialah Loreal... Then die biarkan dalam masa dalam setengah jam... After that, rambut akan dibasuh....

Bila da basuh bersih2, die akan dry kan rambut... Then, bermula lah proses yang paaaling lama iaitu, ironing... Rambut akan di iron sket2 saaampaii laa abes... Memang ngantok sangat mase adik tu duk iron rambut... You all imagine laa dari kol 10.30 pagi aku duduk sampaiii laa dekat kol 3.30 ptg, which is almost 5 hours... tapi takpe laa, nak cantik punye pasal kann haha....


After siap iron tu, rambut akan dilumur dengan sejenis creme... Creme ni die kate untuk melembutkan rambut dan nak pastikan rebonding tu tahan lama... The, die akan biarkan kejap, then basuh balik... pastu siappp...

Pasal harga plak, die bergantung pada panjang dan ketebalan rambut... 

Pasal penjagaan rambut rebonding, saya ade jugak laa baca.. Kalau bley jangan guna sikat yang rapat2 tu and elakkan ikat rambut ye... Tapi kite yang bertudung ni agak susah laa sebab klau tak ikat nanti rambut terkeluar plak kan... Pastu aritu die ade offer nak beli tak set penjagaan rambut rebonding tapi saya tak nak sebab mahal sangat haha... So setakat ni, saya berpuas hati laa dengan hasilnya... Thanks AIRAWA ;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...