Sunday, February 17, 2013

Jangan Bersedih jika tidak cantik

Assalamualaikum......




Manusia, secara fitrahnya, sukakan kecantikan dan semua orang nak cantik... Sebagai contohnya, kalau kita tengok majalah, ada model menggayakan satu fesyen, mesti terdetik dalam hati kita "Eh, cantiknyee model ni, aku nak beli jugak laa baju cani, aku nak try laa pakai tudung cani".... Betol tak??

Bagi orang yang merasakan diri dia tak cantik, ade yang sedih, macam2 dia fikir, "Buat apa aku pakai macam model dalam majalah ni, bukan boleh jadi cantik macam dia", "Hurm, nanti sape laa yang nak kat aku", "Allah tak sayang aku ke, kalau Allah sayang mesti Dia anugerahkan aku muka cantik"... Dan sebagai akibatnya, seseorang tu akan rasa rendah diri dan tak berkeyakinan....

Bagi seseorang yang mempunyai rupa paras yang cantik pulak, bila da cantik of course laa bley jadi model atau artis, dikenali dan disayangi ramai, punya ramai peminat.... Kalau tak jadi model pon, da rase diri cantik kan, kalau boleh memang nak tunjukkan segala kecantikan yang ada....  Secara tak sedar, perasaan riak, megah diri dan bongkak mula timbul....

Sebenarnya, Allah mengurniakan kecantikan, kekayaan, darjat dan pangkat itu kepada seseorang  adalah untuk menguji mereka... Jika ujian itu berupa kecantikan, sedarlah kita bahawa kecantikan itu hanyalah sementara dan kecantikan itu hanyalah nilaian zahir bagi manusia... Sedangkan nilaian manusia itu tidak lain, hanya pujian yang melalaikan.... 

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan kekayaan kamu, 
tetapi melihat pada amal dan hati-hati kamu" (Hadis riwayat Imam Muslim).

Bagi sape2 yang risau sebab masih belum mempunyai bakal suami atau isteri sebab rase diri tak cantik, jangan susah hati, jodoh pertemuan tu hak allah... Tugas kita cume perlu berdoa semoga Allah memberi jodoh yang terbaik buat kita, yang dapat bimbing kita dunia dan akhirat... Cuba korang baca hadis ni..

" Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya semata mata, kerana kecantikannya mungkin bakal mengheret mereka ke jurang kemusnahan, janganlah kamu kahwini mereka kerana harta mereka,kerana harta itu bakal menjadikan mereka taghut/zalim, akan tetapi kahwinilah mereka kerana agama, maka mudah mudahan seorang amah berkulit hitam yang beragama itu lebih baik.." (Daripada Abdullah bin amru, diriwayatkan oleh imam ibnu majah, al-bazzar dan al-baihaqi, dan dia merafa'kannya).

Based on my observation, orang yang kawen dengan orang yang cantik2 ni biasenya proportion untuk bertahan agak kurang... Abaikan jika korang tak bersetuju dengan pendapat saya ni.... Saya rase mungkin cinta itu timbul kerana lebih kepada rupa paras... Kalau orang yang tak cantik, seseorang lelaki tu dah tau kan bakal isteri dia tak cantik tapi dia nak jugak, mungkin cinta itu timbul lebih kepada akhlaknya, agamanya, pekertinya dan bagi saya cinta yang timbul itu lebih ikhlas..... Saya mintak maaf jika observation saya ini salah, dan masing2 mempunyai pandangan tersendiri kan? 

Saya amat tertarik dengan kisah ni...

Atiqah binti Zaid bin Amru bin Nufail al-Quraisyiah adalah adik kepada Said bin Zaid iaitu
suami Fatimah binti al-Khattab. Fatimah binti al-Khattab pula ialah adik Ummar bin al-Khattab. Seperti juga abangnya Said, Atiqah termasuk di kalangan yang awal memeluk Islam. Dia beruntung kerana terdidik dalam suasana Islam pada usia yang masih remaja. Maruahnya terpelihara berbanding dengan remaja jahiliyah seusia dengannya. Di samping ketaqwaan yang tinggi, Atiqah dikurniakan Allah kecantikan yang menawan dan disertai kepetahan menyusun bait-bait syair. Keistimewaan ini telah membuatkan ramai pemuda tergila-gilakan Atiqah. Paduan antara kejelitaan, kebijaksanaan dan ketaqwaan telah mendorong beberapa pemuda yang bertaqwa melamar Atiqah, termasuklah Abdullah bin Abu Bakar. Setiap yang berlaku di alam semesta ini adalah dengan qada' dan qadar Allah SWT. Atiqah juga tidak mampu menjangkakan apakah yang akan berlaku pada hari-hari mendatang. Dalam usia yang masih muda Atiqah telah menerima lamaran Abdullah bin Abu Bakar as-Siddiq. Dia merasa inilah sebaik-baik keputusan dengan harapan Abdullah bin Abu Bakar akan menjadi pembimbing sepanjang hayatnya. Dia sungguh-sungguh berazam ingin menjadi isteri yang sentiasa menghibur dan menyenangkan hati suaminya. Sedangkan Abdullah pula, terlalu terpikat dan terpegun atas kejelitaan Atiqah sehingga melalaikan ibadahnya. Untuk berenggang sebentar dari Atiqah tidak sanggup dilakukannya. Perlahan-lahan imannya kian kendur, hingga dia mula meninggalkan sembahyang berjemaah di masjid, tidak seperti sebelum berkahwin.

Suatu hari, dalam perjalanan ke masjid Abu Bakar melintasi rumah Abdullah. Terdengar Abdullah sedang berbual mesra dan bergurau senda dengan Atiqah. Beliau berlalu ke masjid.
Setelah selesai solat Saydina Abu Bakar melintasi rumah Abdullah sekali lagi. Kedengaran Abdullah masih bergurau senda dengan Atiqah. Sedangkan waktu sembahyang telah lama
berlalu. Abu Bakar lantas memanggil Abdullah;

"Wahai Abdullah, apakah kamu telah sembahyang?
Barulah Abdullah menyedari kesalahannya, melalaikan sembahyang hingga liput waktu.
Abu Bakar telah berkata lagi;
"Atiqah telah melalaikan kamu daripada kewajipan, malah dia melalaikan kamu dari bersolat.
Ceraikan dia!"

Begitu tegas sikap dan pribadi Saydina Abu Bakar as-Siddiq dalam soal ibadah. Baru terhalang dari menunaikan solat berjamaah di masjid, sudah disuruh menceraikan isteri. Saydina Abu Bakar sememang teliti dalam mematuhi perintah Allah. Kerana itu beliau merasa wajar dia bertindak tegas terhadap anaknya. Beliau tidak mahu anaknya dipersoalkan di akhirat dan diseksa kerana isterinya. Lebih baik anaknya menerima hukuman di dunia daripada menerima hukuman di akhirat kelak. Abdullah bin Abu Bakar sememangnya anak yang taat dan patuh kepada orang tuanya. Meskipun hatinya keberatan untuk menceraikan Atiqah, tetapi disebabkan ketaatannya, Abdullah tetap menceraikan Atiqah. Ini bertujuan untuk menyedarkannya terhadap dosa yang dilakukan. Ujian ini memang sangat berat bagi Atiqah dan Abdullah melaluinya. Mereka baru saja berkahwin dan dalam keadaan saling menyayangi.

Sehinggalah ke waktu hampir berakhir iddah penceraian mereka, kedua-duanya saling menginsafi dosa masing. Kedengaran kepada Saydina Abu Bakar akan rintihan-rintihan anaknya Abdullah. Sememangnya dia tahu penanggungan hati anaknya Abdullah. Tapi hukuman itu diperintahkan bagi menyedarkan kedua-duanya. Setelah keduanya bertaubat dan benar-benar insaf, mereka dibenarkan rujuk semula. Setelah peristiwa itu kembalilah mereka berdua menjadi suami-isteri. Mereka sama-sama gigih bertaubat dan beribadat. Kedua-duanya saling ingat-mengingatkan terhadap tanggungjawab mereka. 

Bersyukurlah dengan apa yang anda ada sekarang.... Wallahua'lam....

 Reference:
http://akuislam.com/blog/renungan/cantik-adalah-ujian-bersyukur-seadanya/#axzz2L7JN76Ai
http://ummu-anas.blogspot.com/2009/10/kecantikan-itu-satu-ujian.html
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4849-tarbiyah-allah-tanda-cinta.html
http://al-ahkam.net/home/?q=content/kecantikan-bukan-segalanya




Friday, February 15, 2013

Udang + Vitamin C = Keracunan arsenik... Adakah benar?

Assalamualaikum....

Semalam aku agak terkejut melihat satu post di fb, yang menunjukkan gambar seorang perempuan yang berlumuran darah... Darah tu keluar daripada mata, telinga, hidung dan juga mulut dia... Ingatkan accident ke, bunuh diri terjun bangunan ke, rupa-rupanya salah... Perempuan tu jadi macam tu disebabkan food poisoning... Dikatakan sebelum dia mati, die makan udang dengan banyak, tapi time tu family die yang lain pon makan jugak udang tu tapi diorang takde pape pon, tak mati... Tapi yang menjadi problemnya bila die minum liquid vitamin C supplement immediately lepas makan udang tu...  

Basically, udang mengandungi Arsenic Pentoxide (As205) dan bila dia makan udang, dia makan plak vitamin C at the same time... Ini menyebabkan berlakunya chemical reaction dalam perut dia, di mana Arsenic Pentoxide (As205) akan bertukar menjadi Arsenic Trioxide (As203), yang sangat poisonous... Dia mati disebabkan kehilangan darah yang banyak due to heart, kidney, liver and blood vessel failure... Email ni sebenarnya mula berlegar2 di dalam internet sejak May 2001 dan kisah ni berlaku di Taiwan...Aku rasa cam eh, betol ke ni, dalam masa yang sama, ngeri jugak sebab aku amik vitamin C supplement jugak... So, untuk mengetahui kebenarannya, aku baca satu article ni snopes.com: Shrimps, Vitamin C and Arsenic.... 

Memang betol laa Vitamin C tu bley convert Arsenic Pentoxide dalam udang tu menjadi Arsenic Trioxide, which is highly toxic... However !!! The study did not  find that eating a single meal of shrimp in conjunction with taking an ordinary dose of vitamin C was likely to cause one to keel over dead "within hours" from a fetal case of arsenic poisoning, with blood coming from the eyes, ear, mouth, nose, skin and tongue... Maksudnya, kajian tu tidak menunjukkan bahawa makan udang bersama dos biasa vitamin C menyebabkan seseorang itu mati dalam beberapa jam akibat keracunan arsenik, dengan darah keluar daripada mata, telinga, mulut, hidung, kulit dan lidah... Tapi walaubagaimanapon, repeated practice of eating arsenic-bearing shellfish while also taking megadoses of vitamin C boleh menyebabkan chronic arsenic exposure dan ini boleh menyebabkan seseorang tu berisiko untuk mendapat cancer... Artikel ni jugak cakap, dia tak pernah dapat any news mengenai kematian yang berlaku di Taiwan disebabkan kes ini... 

Artikel ni membuatkan aku jadi lebih tenang, tak takot sangat da laa nak consume vitamin C... Tapi papepon, kena beringat jugak laa, jangan makan udang dan vitamin C serentak ye :) Wallahua'lam...      




Monday, February 11, 2013

Hargailah selagi ada

Assalamualaikum....

First of all, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia hingga ke syurga khusus buat my cousin, Zarina Ismail or Kak Na dan juga kawan semasa sekolah rendah, Zaleha... Sebelum ni, planning memang nak balik sempena cuti chinese new year, tapi last minute tak jadi sebab busy dengan data collection untuk fyp... Sampai da 2, 3 orang kawan aku tegur, katanya aku makin slim,diet ek?ke sebab busy ngan fyp?haha... Tak tahu lah, memang laa busy ngan fyp tapi takde la sampai tak lalu makan plak...  Alhamdulillah laa kalau betol ape yang diorang cakap tu, memang sekarang ni aku ade misi untuk turunkan berat badan sket sebab jelez tengok sorang kawan ni pakai maxi dress, so nak pakai jugak kena kurus sket, baru cantik,hehe :) Enough for the introduction, sebenarnya aku ada satu cerita yang nak di share....

Semalam, aku baca status update daripada kawan aku, Yat kat facebook, petikan ayat daripada Surah Al Ankabuut, ayat 2-3

"..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

Melalui status tersebut, aku mengesyaki die sekarang sedang diberi ujian yang berat... Aku baca komen2 di bawah and then tak puas hati dengan komen2 tersebut, aku tanya die sendiri... Ternyata betol, ayahnya kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan disebabkan demam malaria, sudah 4 hari tak sedarkan diri, dan kuman tu telah menjangkiti jantung, buah pinggang dan hati....Demam malaria adalah disebabkan gigitan nyamuk Anopheles yang da infected... After infection, parasit tu akan travel melalui salur darah ke hati, die akan jadi mature kat situ, then akan menjangkiti sel darah merah, (from sini) ... Hati aku rase tergerak nak melawat ayah die, so aku pegi ke HTAA dengan my roomate tengahari tadi time melawat, dalam pukul 1.15 pm... 

Ayah Yat sekarang dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di wad ICU, so time melawat takleh masuk ramai2, hanya 2 orang dibenarkan masuk dalam satu mase, so kena gilir2...  Mula2 aku ingat taknak masuk sebab ramai kan adik beradik and family yat yang lain, yang nak masuk, tapi yat panggil jugak aku masuk dengan die...So, aku pon pegi laa... Ayah yat masih tak sedarkan diri, dibantu dengan alat bantuan pernafasan, pastu ada machine tukar darah sebab darah dalam badannya telah dicemari oleh kuman tu... Yat bercakap2 dengan ayah die dengan nada berbisik kat telinganya, mintak maaf, cium tangan ayah die sambil menangis, situasi tu sangat memilukan dan saat tu aku teringat sangat kat abah... Hargailah ayah kita selagi dia masih hidup... Jangan sampai bila da sakit, baru kita nak menyesal.... Marilah sama2 kita berdoa dan solat hajat, semoga Allah menyembuhkan penyakit ayah Yat... Buat Yat, semoga Allah memberi kekuatan kepadamu....  






Friday, February 8, 2013

Set your Goal from now !!

Assalamualaikum...

Pagi jumaat ni, ada sedikit kelapangan, so, bangun pagi2, terlintas nak tulis blog.... Fikir2 nak tulis ape, tibe2 teringat masa aku balik cuti semester aritu, ade kawan adik aku sms, tanya aku pasal audiology... So, diharapkan entry ni sedikit sebanyak dapat membantu adik2 yang tengah tunggu result SPM, dan takde plan lagi, sebab aku pon cam diorang jugak dulu... untuk entry ni, kena membahasakan diriku sebagai akak, sebab mesti adik2 kot yang akan baca,hehe... 6 years ago, akak takde plan nak jadi ape, tapi disebabkan abah, dari kecik lagi dia nak akak jadi doctor, akak pon okla, nak jadi doctor.. Bila result SPM kuar, akak dapat B3 untuk subject Biology, hehe, so susah sket laa nak apply medicine.... Before tu akak ada apply program matrikulasi, IPTA, TESL, tu je la kot... then dapat laa tawaran 3 tawaran yang agak pening jugak laa nak pilih... 1. Program matrikulasi di Changlun, Kedah, 2. program CAT-ACCA kat UITM 3. Program asasi Sains Kesihatan Bersekutu di Pusat Asasi, IIUM... Akak reject yang no 2 sebab tak amik prinsip akaun mase skola menengah dulu... Akak nak jadi health professional, so akak rase allied health science sesuai untuk akak..

Ok, sekarang bermula lah kehidupan akak sebagai sorang student asasi sains kesihatan bersekutu di IIUM...Mase mula2 tu, ramai kawan2 yang tukar program, akak mula2 tu nak tukar medic, tapi fikir2 balik takot susah nak bawak, so decide nak blaja allied dulu 1 semester, kalau result ok, nak tukar medic.. Tapi bila da abes 1 semester, maybe da terjatuh cinta dengan allied, tak jadi nak tukar program,hehe... Sains kesihatan bersekutu ni kalau dlm english, Allied Health Science.. Pusat asasi IIUM ni kat Petaling Jaya, dekat je dgn UM... Hurm, kat sini, budak2 medicine, allied health science dan nursing blaja lbey kurang sama je sebab kitorang just blaja basic courses macam Biology, Chemistry, Maths, Physics, which is not specilized to program masing2 lagi.. Ni akak cerita special untuk sape2 yang berminat dan plan nak masuk IIUM amik asasi allied health science je ye, program2 lain akak tak tahu, so kena tanye orang2 yang lebih pakar dalam bidang yang you all nak la ye... Dan yang akak citer ni masa time akak dulu, so tak tau la kot2 sistem sekarang ni da berubah ke cane ye... Mase mula2 masuk tu, you all kena sit for exam untuk english language dan bahasa arab... Kalau you all da memang teror dalam kedua2 bahasa tersebut, you all akan exempted, means that you all tak payah da laa pegi class dan amik exam lagi... Cam akak dulu, bahasa arab memang fail, so, masuk exam dalam 15 minit je sebab tak tau nak jawab ape, of coz la kena pegi class kan,haha... English plak after exam tu, korang akan ditempatkan based on level, sume skali ade sampai level 6, akak dulu level 5... Bahasa Arab plak ade 2 level.. Pengajian akak kat asasi dulu adalah selama 2 tahun... Subjek2 yang kena amik adalah seperti di bawah:

Semester 1, session 2007/2008

English Language level 5
Elementary Quranic Language Part 1 (Bahasa Arab)
Maths 1
Biology 1

Semester 2, session 2007/2008

English Language level 6
Elementary Quranic Language Part 2 (Bahasa Arab)
Biology 2
Chemistry 1

Semester 1, session 2008/2009

Biology Lab 1
Physics 1
Biology 3 
Chemistry 2
Chemistry Lab
Understanding Islam

Semester 2, session 2008/2009

Physics Lab
Basic themes of Al-Qur'an
Physics 2
Biology Lab 2
Computer 1
Maths 2

After that, nanti akan ada sesi interview bersama lecturer2 dari kuantan... Mase akak dulu, ade 4 program je dalam kuliyyah Allied Health Science ni, Audiology, Dietetics, Optometry dan Radiography... Tapi sekarang da tambah Biomed ngan physiology... Mase interview tu, biasa laa, you all akan ditanya you all nak amik program ape, pastu kenapa... Audiology memang akak punye first choice, sebab tak ramai kawan2 akak yang nak amik, so I think persaingan tu tak banyak sangat laa,hehe... Dietetics dan optometry adalah program yang paling femes time akak dulu... Then, aku ditanya oleh sorang lecturer ni, lecturer tu adalah lecturer audiology "why we have to face the qiblah when performing solat?".... Nasib baik aku pernah dengar sorang ustaz ni cakap, solat menghadap ke qiblat ni adalah untuk menunjukkan perpaduan, kesatuan antara umat Islam.. Walaupon kat mana kite berada, kita menghadap ke satu qiblat yang sama... Tu je lah mengenai asasi, before that, jom layan lagu satu qiblat yang sama, sempena soalan yang akak kena tanye masa interview,hehe... Wallhua'lam...






  


Monday, February 4, 2013

Dian'z Vitamin C & E + Whitening Collagen

Assalamualaikum....

Bila meningkat dewasa ni, tiba2 perasaan nak cantik semakin membuak2.... and I'm sure syndrome sebegini bukan berlaku kat aku sorang je, aku rase semua orang yang bergelar perempuan akan mengalami benda yang sama,hehe... Ditambah plak sekarang ade facebook kan, bila orang post produk dengan testimoni yang hebat2, mesti rasa nak cuba... Aku pon macam tu la, tapi memandangkan aku ni masih student, so produk2 yang mahal memang tak mampu la nak beli... So, satu hari ni, aku ternampak satu post from my senior pasal satu supplement ni, nama dia Dian'z Vitamin C & E + Whitening Collagen... Aku rasa tertarik, sebab tengok harga die agak murah berbanding supplement yang lain, tapi aku tak tau la maybe ade supplement yang lagi murah sebab aku tak pernah amik supplement before this... Mula2 nak order tu takot jugak, macam2 soalan aku tanye akak tu, ade side effect ke tak?, kena makan berterusan ke or bila da nampak hasil bley stop? sesuai untuk sume jenis kulit ke? Mesti akak tu stress bile deal dengan customer spesies cam aku ni... Kalau nak tau,  ni laa ghupe die,jeng jeng jeng...........



Ni adalah details pasal produk ni....

Gabungan daripada extra berry menghasilkan vitamin C & E dan menggunakan collagen dari sumber ikan tilapia. Tidak memberikan kesan alahan jika anda alergik kepada seafood seperti collagen marine. ALERGIK IKAN TALAPIA TIDAK DI GALAKKAN AMBIL.

Fungsi utama:
* Memutihkan seluruh badan
* Melembabkan kulit
* Mencantikkan kulit
* Merawat jerawat, jeragat dan sel kulit mati 


SEBIJI Vitamin ada 6000mg:
* 1000mg VITAMIN C daripada OREN untuk menyingkirkan toksik dalam badan, melancarkan sistem pembuangan, merawat jerawat, jeragat dan parut

* 1000mg VITAMIN E daripada MAQUIBERRY sgt tinggi khasiat n jarang org guna buah ni. Fungsi utk melembapkan kulit, mengecilkan liang roma dan mencegah cancer

* 2000mg PURE COLLAGEN dari IKAN TALAPIA. Kami tak guna marine sbb kebanyakan alah pd seafood. Jd jika anda alergik seafood boleh makan ♥ Tp alergik talapia tak di galakkan ambil. Fungsi utk melembutkan dan menggebukan kulit.

* 2000mg lg GLUTHATHIONE sebagai agen pencerahan utk memutihkan kulit!


Kesan dpt dilihat seawal 2 minggu pertama. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK. Kesan yang dapat dilihat:
* Memutihkan seluruh badan
* Parut jerawat pudar
* Jeragat pudar
* Kulit halus dan lembut


Boleh diambil oleh:
* Kaum lelaki & perempuan umur 16 tahun ke atas
* Ibu menyusu
* Ibu mengandung

Halal, Tiada gelatin, Produk Bumiputera dari kilang bertaraf GMP - Selamat 100%! :)

Cara penggunaan: 1 botol mengandungi 30 biji tablet
* Ambil 1 biji sebelum tidur
* Tablet boleh ditelan atau dihisap

Harga: 
* RM80 Semenanjung Malaysia
* RM85 Sabah/ Sarawak



Testimoni produk ni tak banyak sebab masih baru di pasaran... Takpe la, tunggu je testimoni daripada aku nanti kalau produk ni berkesan ye,hehe... Babai :)



Saturday, February 2, 2013

Sorry seems to be the hardest word

Assalamualaikum....

Untuk entry kali ni, aku nak share mengenai MAAF , satu artikel yang aku baca kat Memaafkan itu indah... Walaupun Allah telah banyak menjelaskan dalam firman-firmanNya bahawa salah satu ciri orang yang bertaqwa adalah memaafkan kesalahan orang lain, namun secara praktikalnya, memaafkan adalah bukan perkara yang mudah... Bak kata Elton John, Sorry seems to be the hardest word, hehe....



Dalam satu kisah, Abu Bakar As- Siddiq pernah bersumpah untuk tidak lagi membantu seorang kerabatnya, Misthah bin Atsatsah kerana kerabatnya itu telah ikut menyebarkan berita bohong tentang puteri beliau, iaitu Siti Aisyah, tetapi Allah telah melarang tindakan Abu Bakar itu, sehingga turunlah ayat yang ke 22, dalam surah An Nur,

"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kerabatnya, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kalu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"...

Daripada ayat ni, kita tahu bahawa memaafkan membuatkan hati lebih tenang... Dan perlu diingat bahawa sebuah kemaafan tu masih belum sempurna selagi masih ada sisa-sisa kemarahan, apatah lagi dendam dalam hati... Semoga dengan memaafkan kesalahan orang lain, Allah akan mengampuni dosa-dosa kita...

Dalam Surah Al- A'raf : 199
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh"

Dalam Surah Al-Imran : 134
"(Orang-orang yang bertaqwa adalah) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan".

Dalam artikel ni jugak, penulis ade share mengenai satu kisah, jom kita hayatinya.....

Sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar & suaminya mengherdik isterinya dengan sangat keras….
Isteri yang kena herdik, merasa sakit hati, tapi tanpa berkata-kata, dia menulis di Atas Pasir :
” HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU “
Mereka terus berjalan, sampai menemukan oasis di mana mereka memutuskan untuk mandi.
Si Isteri, mencuba berenang namun nyaris tenggelam, namun pada akhirnya berhasil diselamatkan Suaminya. Ketika sang isteri mulai siuman & rasa takutnya hilang, dia menulis di Sebuah Batu :
” HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU”
Suami bertanya :
Kenapa setelah aku melukai hatimu, kamu menulisnya di Atas Pasir & sekarang kamu menulisnya di Atas Batu?
Isterinya menjawab :
Saya menulis di Atas Pasir agar angin maaf datang berhembus & menghapus tulisan itu…
Dan bila sesuatu perkara baik diperbuat suamiku, aku harus memahatnya di Atas Batu, agar tidak bisa hilang tertiup angin.

BELAJARLAH UNTUK SELALU MENULIS KESALAHAN SESEORANG DI ATAS PASIR, AGAR ANGIN MAAF DATANG BERHEMBUS & MENGHAPUS TULISAN ITU.


Kadang-kadang 10 kebaikan seseorang bisa dilupakan hanya dengan 1 kesalahan. Padahal manusia itu tidak ada yang sempurna & semua orang itu pasti pernah melakukan kesalahan.
Belajarlah untuk saling memaafkan, kerana Allah selalu memaafkan kesalahan hambanya, kenapa kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain.... Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang sentiasa memaafkan, agar hati kami sentiasa tenang...Amin :) 



  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...