Sunday, December 30, 2012

Sejauh mana cinta kita kepada kekasih kita?



Bismillahirrahmanirrahim....

Dalam previous entry, aku ade cakap yang aku sekarang sedang busy menelaah untuk final examination kan... Alhamdulillah, semalam (29/12/12), aku da lalui paper Aural Rehabilitation II dan sekarang ade gap 5 hari, sebelum paper seterusnya iaitu Industrial Audiology... So, after exam tu, aku dan kawan2 tak fikir lagi nak study, kitorang nak release tension dulu, tengahari tu kitorang keluar lunch sama-sama, pastu malam tu kitorang ke KIPSAS (Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah), untuk menghadiri program Kuantan Berselawat... Sampai je kitorang ke sana, lebih kurang kol 6 lebih, kitorang dihiburkan dengan alunan qasidah... Subhanallah, bila dengar qasidah tu, aku rasa tertarik dan tenang sangat... After that, kitorang solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan lepas tu, kitorang dihiburkan dengan alunan qasidah sekali lagi.. Sedang asyik mendengar, tiba2 kawan aku cakap, qasidah Ya Hanana tu pernah dipersembahkan mase wedding Irma Hasmie.. Untuk lirik dan terjemahan Ya Hanana boleh tengok kat SINI ye...



After persembahan qasidah tu, majlis diteruskan dengan ceramah agama daripada Habib Ali Zainal Abidin... Mula2 tu aku tak dengar sangat sebab rase ngantok.. Pastu try laa dengar betol2, masyaallah, sebenarnya isinya sangat hebat !! Ceramah tu berkisar tentang MAHABBAH... Mahabbah tu adalah perkataan arabic yang bermaksud kasih sayang... Dalam tajuk entry kali ni, kekasih yang aku maksudkan bukanlah girlfriend, boyfriend or husband, wife dan bukan juga mak ayah... Tapi NABI MUHAMMAD s.a.w...

Ok, berbalik kepada kasih sayang tadi, kalau kita kan, orang buat jahat kat kita, of course laa kita akan rasa marah, bila rasa marah, mula laa timbul perasaan benci, kita maki or mengumpat dia kan.. Tapi.... orang yang hatinya disinari cahaya iman, dia tak akan ada perasaan benci tu, malah dia akan mendoakan semoga orang itu akan diberi hidayah oleh Allah... Susah bukan??... That is why aku highlight kan di sini, semoga kita sama2 boleh cuba and amal.. Begitu juga kalau kita mempunyai perbezaan pendapat dengan orang lain, kita tak boleh tak suka kat dia, kita kena tetap mengasihi mereka... Imam Malik dengan Imam Syafie, sungguhpun ada pendapat mereka yang berbeza, tapi mereka tetap saling mengasihi dan mendoakan...

Bagaimana cara kita mengasihi nabi Muhammad?.. Sebenarnya Qasidah adalah salah satu cara kita tunjukkan perasaan gembira kita atas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w... So, lepas ni, rajin2 laa dengar qasidah ye.... Pastu semalam, penceramah ada cakap "Kebanyakan penghuni syurga Firdaus adalah di kalangan umat Nabi Muhammad"... Ya allah, semoga kami tergolong dalam golongan yang akan memasuki syurga Mu...

Cuba kita fikir analogi ni ya... Kita masukkan gula dalam air teh, kalau kita kacau, gula tu akan larut... Bila kita minum, air teh tu akan rasa manis... Kalau kita tak kacau, air teh tak akan rasa manis kan??... Begitu juga dengan kita, sebenarnya dalam hati setiap orang Islam tu sudah sedia ada perasaan cinta pada rasulullah.. Cuma peranan kita adalah untuk gerakkan rasa cinta itu, supaya kita akan merasainya... Bila kita mula merasainya, kita tak akan rasa berat untuk lakukan ibadah...

Dalam satu hadis, ni penceramah tu cakap ye... Siapa yang berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 100 kali selepas subuh, Allah akan tunaikan 100 hajatnya... 70 hajat akhirat, 30 hajat dunia... Besarkan fadhilat selawat ni.. So, time free, takde buat pape tu, boleh laa selawat ye... Time dalam kete nak gi mane2, time iron baju, time jalan nak gi cafe, boleh selawat jugak kan?...

Semoga kita semua dapat manfaat daripada perkongsian ilmu kali ni... Wallahua'lam :)



Wednesday, December 26, 2012

Kisah Hidup Hana Tajima Simpson

Assalamualaikum....

This week is the most stressful week coz terpaksa bergelumang dengan paper2 final exam.. This semester, aku hanya ambil 3 papers, and 1 clinical examination... Sambil2 study, sempat jugak bukak fb, blog dan sebagainya... Stress la kononnn kann, padahal bukan study sangat  pon, bukak je notes, tapi mata tu melekat kat screen lappy, pastu mula laa pelik sensorang, apesal laa da 3 jam tapi still duk kat page yang sama... So, one day ni, aku ternampak laa nama Hana Tajima... Before ni memang da familiar sangat dengan nama tu, tapi aku tak tau sape orang tu.. Yang aku tau, she is a blogger... Tibe2 tangan ni terasa nak google siapa pemilik nama Hana Tajima tu... Then, bila baca kisah dia, aku rasa sangat menarik and terasa nak buat entry pasal dia... Aku dapatkan info pasal Hana Tajima dekat SINI 

Beliau ialah seorang pereka fesyen dan dikenali dengan gaya hijabnya yang unik & lebih kasual... Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim.

Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.



Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita. 

Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" katanya.

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.



Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya.

Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi.


Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkiti dengan wabak Islamofobia. "Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu." ujarnya.



Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam.

Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan...

Well done Hana Tajima.... I'm proud of you :)





Monday, December 24, 2012

Buffet Steamboat Dinner di City Times Hotel

Assalamualaikum....

Dalam entry sebelum ni Kempunanmakansteamboat, aku ade cakap tentang perasaanku yang begitu hampa & kecewa gara2 tak dapat makan steamboat sebab sume meja kat City Times Hotel tu da fully booked.... Namun, aku tak berputus asa, last week, aku & my roommates da plan awal2 cane2 pon malam tu, kitorang mesti dapat makan kat situ... So, seawal jam 6.45 ptg, aku mandi, amik wuduk... Sebaik sahaja tok bilal siap azan, aku ngn roommate aku da angkat takbir solat maghrib,semangat punya pasal... Da siap solat sume, kitorang pon gerak ke sana... Alhamdulillah, malam tu kitorang dapat meja...yeay !! hepy bangat.... Tanpa membuang masa, kitorang pon terus tawaf tempat tu, mengambil segala makanan yang ada.... Untuk makan Buffet Steamboat Dinner tu, kitorang kena bayar dlm RM 23 per kepala.... Pastu korang bley makan ape saja makanan yang ade kat situ, sampai laa kol 10 malam... Before pegi tu, make sure korang betol2 lapar ye, so that korang bley makan sepuas2 ati, tapi jangan sampai muntah sudah laa yee.... Malam tu aku makan nasi goreng, sosej, aiskrim, ABC, pastu steamboat & puding... Makanan kat situ sangat sedap... Rase cam berbaloi laa bayar RM 23 tu....    





Melalui bentuk tudung, sudah dapat menggambarkan kesungguhan aku makan...


Puding ni sangat sedap.....







So, sape2 yang baca entry ni sambil telan air liur banyak kali, bley laa try makan kat sini ye.... Tapi ingat ye, kena pegi awal, seeloknya after solat maghrib terus pegi sebab takot full.... Selamat mencuba :)



Wednesday, December 12, 2012

Life As a University Student

Bismillahirrahmanirrahim......



First entry untuk bulan December.... Da hampir 2 minggu saya tak menjengah dunia blog ni... Sampai da terlepas beberapa entry from favourite blogger seperti Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha and Fatin Suhana...Last week memang minggu yang full dengan presentation, assignment and banyak lagi laaa.... Seriously penat mentally and physically... Sabar laa amy, abes sem ni, tinggal 1 semester lagi... Harap everything pass, taknak laa sangkut2 ni..amin... pagi ni sempat update blog kejap, sebab arini ade class ptg je kol 2.30...

Sebagai reward untuk diri sendiri after bekerja keras menyiapkan segala keje dan bertungkus lumus menyetelkan segala personal problem, last Friday, saya balik kampong !! hohoho, balik kampong !! Bus kol 9.30 pagi... Tapi assignment still blom siap... Pagi tu, bangun awal2, terus bukak lappy, sambung buat assignment... Dalam kol 8.15 baru siap, pegi mandi, pastu pegi bilik kawan, print assignment... Da siap print, balik bilik semula, packing barang ala2 kadar, pastu mintak my roomate tolong anta assignment.... Siap pesan 2, 3 kali suruh die anta, takot die lupa...Wuih, memang nangis berlagu Aku yang Berdosa laa, kalau dia lupa nak anta sebab that asignments bring 20% of the total assessment... Alhamdulillah, time tu tunggu bus xlame,,, so kol 9.30 tu saya daa duk kat seat 3A daa... Naik bus PERDANA... Walaupon harga tiket bus ni agak mahal sikit, tapi saya suka bus ni sebab selesa, tambah2 plak duk single seat.. Driver2 pon kalau kite nak turun kat tepi2 jalan tu, diorang ok je... Tak macam sesetengah driver bus, marah2 plak kalau orang suruh drop kat tepi jalan.... Time dalam bus tu sms plak my roomate tu tanye da anta blom assignment,haha.... Risau sangat... Masa sampai kat Terengganu, ade sorang girl ni naik bus, pastu stop kat seat saya sambil tengok tiket die... pastu die cakap "Eh, saya seat 3A, ke ikot duduk seat mane2 ek?"....saya dengan confident cakap "Saya pon seat 3A jugak"... Die pon duduk kat seat belakang saya... Saya pon terus cari balik tiket saya dalam beg, tengok2 seat saya 4A rupa2 nya,haha... Pastu saya toleh belakang, cakap kat die "Sory ye, saya 4A".. Nasib baik laa die baik hati, cakap takpe, sambil senyum,haha...Tak pasal2 malu... Moral of the story, jangan over confident ye, check dulu tiket tu before nak defend diri sendiri...  

Saya sampai umah dalam kol 4.30 ptg.... Sangat terkejut tengok anak buah Nazif Dzakwan yang makin debab,,,aritu mase lahir berat die 2.6 kg je, keciiikk sangat sampai nak pegang pon takot... Sekarang da sebulan lebih, berat die 4kg lebih daa, pegang kejap da lenguh daa,hehe... Pastu, abang die plak, Zarif Syafwan, skrg da nak masuk 3 taun... Asyik buat perangai je, nangis2 pastu mula laa nak serang adik die, nak pukul.... That is the way die nak attract attention mama die... Jelez kot, mama asyik concentrate kat adikk je... 3 hari kat umah rase macam kejap sangat, tak terasa pon masa berlalu.... Hurm, agak sedih jugak time nak naik bus balik kuantan, tapi xpe laa, nak belajar kan....

Time kat umah fikiran tenang je, tak perlu fikir pape... Bila berada kat depan main gate UIA, fikiran mula ligat fikir, assignment, clinic, final year project... Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.... Kau bimbinglah aku dalam mencari ilmuMu ya Allah... This Friday, plan nak buat data collection untuk final year project... Moga segalanya berjalan lancar, aminnn...





  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...