Sunday, January 29, 2012

Keajaiban Terselindung

Keajaiban dunia seperti Taj Mahal dan Tembok Besar China sememangnya sudah sangat familiar dengan kita. Tapi tahukan kita bahawa ada lagi keajaiban alam yang jarang sekali kita dengar? Kebanyakan kejadian alam ni terbentuk melalui proses perubahan alam yang panjang. Amazing !!! Itu perkataan yang saya boleh katakan bila baca article daripada akhbar mingguan malaysia bertarikh 15 January 2012 ni..Jom kita saksikan bukti2 kebesaran Allah S.W.T....Sambil2 baca sama2 kita bertasbih, bertahmid & bertakbir...

Geyser in Nevada



Terletak di Lembah Hualapai, Nevada, Amerika Syarikat, di sini air pancut panas menyembur keluar melalui batu batan yang membentuk bukit-bukit kecil. Kawasan ni dijumpai secara tidak sengaja pada tahun 1916 oleh pemilik tanah yang sedang menggali punca air dengan harapan menjadikannya kawasan pertanian. Disebabkan proses penggalian yang berterusan hingga mencecah kerak bumi yang panas, geyser unik ini terbentuk.

Gunung Erebus


Ia merupakan salah satu gunung berapi aktif terbesar di bumi dan terletak di benua antartika. Ketinggiannya mencecah 4 km dari permukaan laut. Terdapat ratusan puncak ais di sini yang mengeluarkan gas panas. Apa yang menarik adalah hanya di gunung ini lahar panas bertemu dengan kedinginan ais dan menciptakan satu pemandangan yang sangat unik dan menakjubkan.

Mata Sahara


Disebabkan bentuk lingkarannya yang aneh, ramai yang menganggap ia berlaku akibat letusan meteor satu ketika dahulu. Ia terletak di bahagian barat daya gurun sahara, Mauritania. Sehingga kini tiada jawapan yang tepat mengenai misteri kewujudannya.

Great Blue Hole


Terletak di Belize Barrier Reef Reserve System, jaraknya kira-kira 60 batu dari Belize City, Amerika Selatan. Ia merupakan lubang di dalam lautan yang terbesar di dunia. Kedalamannya sekitar 125 m dengan lebar 300 m. Terdapat beberapa buah gua di dalam lubang ini. 

Salar de Uyuni


Terletak di Bolivia, ia merupakan gurun garam terbesar di dunia. Meliputi kawasan seluas 10 582 km persegi, ia dikatakan mempunyai simpanan 10 juta tan garam. Lebih menarik lagi terdapat sebuah hotel yang dibina dengan keseluruhan bangunannya termasuk perabot dan katil menggunakan garam.

Semoga keajaiban alam ini akan menambahkan iman kita kepada allah..wallahua'lam :)





Monday, January 16, 2012

Kiamat 2012 ???

Sebelum ni, saya pernah terbaca mengenai ramalan tentang terjadinya kiamat pada tahun 2012... ade yang kata 21/12/2012 yang jatuh pada hari jumaat ialah hari kiamat.. Ada plak yang kata pada pertengahan ramadhan tahun ni yang juga jatuh pada hari jumaat, akan terjadinya huru hara (hadith da'if), macam2, tapi kadang2 rase macam percaya jugak & mula la rasa takot..Tapi sebenarnya, bagus jugak kite percaya sket2 pasal benda macam ni, sebab at least kite akan dapat memperbaiki diri kita, baiki ibadah kite, untuk persediaan bagi hari yang pasti akan berlaku itu..

I read another article from Solusi, penulisnya Mohammad Nidzam Abd. Kadir (Al Jarumi), tajuknya Kiamat 2012? Kiamat pasti akan berlaku. Masanya semakin dekat dan rapat. Saya summarize apa yang dikatakan penulis mengenai hal ini.

Percaya kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman. Kiamat bermaksud berakhirnya kehidupan di dunia & bermulanya alam akhirat. Sekarang ni, macam2 kita dengar mengenai ramalan tarikh belakunya kiamat. Tapi sebenarnya, takde pon nas al Quran & riwayat hadis bahawa wujud satu tarikh yang jelas berkenaan tarikh berlakunya kiamat.

Surah Taha (20:15):
"Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang dia usahakan".  

Surah Luqman (31:34):
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sahaja pengetahuan tentang hari kiamat dan Dia lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim, dan tiada seorang pon yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok, dan tiada seorang pon yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".

Lafaz kiamat yang diulang puluhan kali dalam al Quran sebenarnya tak beri isyarat langsung tentang tarikh sebenar kiamat. Kepercayaan mengenai tarikh kiamat ini boleh merosakkan akidah. Ade segelintir ilmuan silam telah meramal tarikh kiamat ni, tapi sudah ratusan tahun daripada ramalan, kiamat masih belum berlaku.

Dalam satu riwayat hadis, seorang sahabat bertemu Nabi s.a.w dan bertanya "Bilakah kiamat akan berlaku?"... Namun Nabi s.a.w tidak terus menjawab soalan tersebut, sebaliknya bertanya "Apakah yang kamu persiapkan bagi kiamat?". Sahabat menjawab beliau kasih akan Allah & Rasul Nya. Beliau menjelaskan bahawa ibadatnya tidak banyak, solat dan puasanya sedikit dan begitu juga dengan sedekahnya. Namun walaupun sedikit, kasihnya kepada Allah & Rasul Nya tidak berbelah bahagi. Mendengar jawapan tersebut, Nabi s.a.w mengatakan bahawa lelaki tersebut semestinya bersama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.


Apa yang boleh disimpulkan daripada article ni
  • Keimanan kepada hari kiamat adalah fardhu & termasuk dalam rukun iman
  • Tidak perlu bersusah payah mencari tarikh kiamat
  • Apa yang penting, amalan soleh setiap insan haruslan sentiasa bertambah




 

Sunday, January 15, 2012

Kita Merancang, Allah Juga Merancang...

Malam ni boring, tak tahu nak buat apa...Bile exam, nak exam abes cepat2, bile abes, boring plak...Tibe2 ternampak ade majalah Solusi kat atas rak buku..Da lame sebenarnya beli, tp xsempat nak baca betol2, juz selak2 camtu je..So, malam ni berpeluang nak baca betol2 dan saya baca satu article yang ditulis oleh Noraslina Jusin, tajuknya seperti di atas... Dalam hidup ni, kite selalu merancang, memasang angan2 & mempunyai cita2..Kita akan rasa gembira bila ape yg kita rancang, ape yang kita angankan & ape yang kita cita kan, menjadi kenyataan....Tapi, bila semuanya tidak menjadi kenyataan, kita sedih & putus asa... 

Sebenarnya, bila kita gagal mendapat ape yang kita nak, walhal kita telah berusaha sehabis daya, Allah mahu menguji kita, supaya kite terus berusaha & berusaha...Kita tak boleh salahkan takdir atas musibah atau kegagalan yang kita terima... Allah mahu duga kita untuk tengok sama ada kita akan terus beriman ke tak atau pon sama ada kita tetap berdoa, meminta pertolongan daripadaNya, atau kita makin jauh daripadaNya...


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sungguh, amat mengagumkan keadaan mukmin itu kerana semua urusan itu baik baginya. Apabila dia mendapat nikmat (kebahagiaan), dia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Dan apabila ditimpa musibah, die bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" (Riwayat Muslim)



Saya teringat akan 1 kata2 daripada kwn saya, thru sms:
Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan, Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan...Kita duduk terduduk berlinang air mata saat impian kecundang..Sesungguhnya Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya..Saat ditarik nikmat yang ada, Dia sedang mengatur untukmu sesuatu yang lebih berharga..Janganlah bersedih..Dunia ini tidak selayaknya ditangisi...

In conclusion, hidup di dunia ni sebenarnya adalah masalah & ujian yang tidak berpenghujung, dimana ia datang bersilih ganti dalam bentuk kesulitan & kemudahan. Ianya adalah salah satu hikmah Allah s.w.t untuk screen umat manusia, siapa yang benar2 berjihad & bersabar di jalanNya...







 



Saturday, January 14, 2012

Final Exam sudah berakhir...

Alhamdulillah....Tepat jam 5 ptg tadi, setelah hantar kertas jawapan utk exam Auditory Electrophysiology, final exam untuk semester 5 sudah berakhir, setelah hampir 2 minggu berhempas pulas... Study week ni bagi saya minggu yang sangat mencabar, and semester ni cabaran tu rasenye significant sket kalau nak compare dengan semester2 yang lalu..Yela, belajar kan, makin lama, makin susah.. Tambah plak semester ni, ade subject clinical, hurm, bertambah la kesusahannya.. Berdasarkan research yang saya da buat, salah satu penyebab students ade masalah exam anxiety ni disebabkan procrastination (suka buat keje last minute).. Tapi bagi saya, saya bukan suka sgt buat benda last minute, tapi memang jadual seharian tu tersangat la packed..So, xde masa nak study awal2..

Pengalaman paling seksa time study week ni, bila terpaksa stay up sampai jam 3 pg, sebab study belom abes punye pasal...Pastu bangun plak kol 5.30 pg, terus capai nota, baca...seksa kan jadi student??...tak sabar rasenye nak abeskan 3 semester lg, sebelum graduate..Serius jelez bila tengok kawan2 sebaya yang da graduate, ade yang sedang sambung master da pon..


Exam yang paling mendebarkan ialah clinical..Time exam, sementara menunggu turn, kitorang akan dikuarantin dalam 1 bilik..Time tu allah saje yang tahu betapa takutnye nak buat test kat patient..Dalam hati, memang tak putus2 baca "Rabbi Yassir Wala Tuassir, Wa Tammim Bilkhair", mohon supaya allah permudahkan.. Bila nama dipanggil, masuk dalam testing room, then, patient masuk..Huh, terketar2 tangan, sebab lecturer akan observe cara kita buat test kat patient.. Kitorang diberi masa selama 35 minute untuk buat 4 tests kat patient.. Debaran tu tak stop kat situ je, lepas tu kitorang ada viva plak..Kena soal dengan lecturer macam2 pasal test yang kita buat tadi..

Belajar ni ibadah... Lagipon, benda ni dunia je kot...So, tak payah la stress2 sangat sampai nangis2 bila nak exam..Take it easy.. Sifir die senang je, usaha setakat yang mampu, pastu doa, then tawakal...Waallahua'lam :)







Meja studyku...Agak berselerak sket sebab tak sempat nak kemas, bz study..






Mr Lappy yang selalu menemani waktu study :)






Thursday, January 5, 2012

Risiko belajar di overseas...




Sekarang ni negara kita gempar dengan berita tentang seorang pelajar cemerlang yang kini belajar di luar negara, seakan-akan sudah berubah mengikut budaya barat.. Of course la, berita2 macam ni, membuatkan golongan parents ni teragak2 untuk menghantar anak2 belajar kat luar negara kan?..  Mula2 saya tengok foto2 pelajar tersebut, memang saya sangat terkejut, sebab saya mengenali dia melalui media massa & elektronik sebagai seorang yang imejnya betudung, sopan santun, air mukanya pon, nampak la cam muka kuat study kan, sebab tu bley jadi pelajar cemerlang.. First time saya tengok gambar tu, saya tak percaya itu adalah dia, saya kira mungkin ada orang yang tak suka dia, then, nak menjatuhkan dia.


Dalam paper, ade statement from her mom yang mengatakan sebenarnya dia memang tak bertudung. Ok, pastu siap cakap die sendiri yang hadiahkan legging tu. Ibu mana tak sayangkan anak kan, I know..tapi kalau anak da buat something yang salah, kesalahan tersebut seharusnya diakui, bukannye di ‘back up’.. tapi saya tak berani nak komen banyak2 sebab saya sendiri tak belajar di luar negara, so, mungkin la kalau kita sendiri pon berada di tempat die, kita akan melakukan benda yang sama. Tapi, apa yang saya perhatikan, kawan2 saya ramai je yang belajar di luar negara, tapi, tudung masih berada di kepala & status2 di fb dan juga post2 kat blog, still lagi ade diselitkan message2 islamik and translation ayat2 Quran..Saya sangat respect kat kawan2 saya yang sebegitu :)


So, jom la sama2 kita doakan semoga pelajar tersebut kembali ke pangkal jalan…Kite kena ingat, sehebat mana pon kita, sepandai mane pon kita, tu adalah kurniaan Allah..Hidup tanpa redha allah, tak kan ke mana.. Saya nak tekankan di sini, tak semua yang belajar di luar negara akan mengikut budaya  barat.. So, kepada parents, sebelum hantar anak ke luar negara, make sure didik anak2 dengan agama yang cukup, make sure solat nya dijaga, insyaallah, anak anda selamat… Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perbuatan mungkar…So, bila solat dijaga, insyaallah, akan ada benteng yang kuat untuk kita tahan diri kita daripada budaya2 yang tak baik ni….wallahu a’lam  :)




 

Sunday, January 1, 2012

Kisah Hati...



Kisah ini bukanlah kisah yang terjadi pada diri saya, tapi kisah ni adalah kisah seseorang yang cukup akrab dengan saya. .. Walaupun tak pernah mengikuti kursus kaunseling rumah tangga (kursus pra perkahwinan da, ok) secara formal, tapi pengalaman sekali disakiti membuatkan saya cukup2 faham perasaan kawan2 yang sudi bercerita mengenai pengalaman disakiti oleh seorang lelaki…Sakit kan??...tapi saya percaya, jika benda ni berlaku kat anda, bermakna die bukanlah jodoh yang sesuai untuk anda, so tak perlu la nak nangis2 sampai tak lalu makan, tak lena tido, it’s useless!! Anda kena bersyukur sebab kalau die tinggalkan anda bila anda da anak 3, lagi seksa kan??.. Earlier is better  :)

Kisahnya bermula begini…. Saya refer kawan saya tu sebagai Nana… Dia ni seorang yang baik, agamanya bagus, die tak bergaul sangat dengan lelaki and sekarang die sudah bekerja.. One day, ade seorang officemate die nak kenalkan die kat seorang lelaki ni..katanya lelaki tu sekarang tengah nak cari calon isteri, sudah bekerja jugak… So, die bagi la link fb nana kat laki tu and start from there la laki tu mula chatting2 dengan nana.. Nana suka bercerita pasal laki tu kat saya… Nana pernah cakap, everytime chatting tu, diorang sembang pasal agama…Laki tu selalu tanye pasal solat, solat sunat, tazkirah2 and everything benda2 islamic la, yang membuatkan bila saya dengar nana cerita tu..wow! memang sangat perfect, beruntung kalau nana dapat die…Die selalu nasihat kat nana, before tidur jangan lupa solat sunat, sebab solat wajib ni belum tentu perfect & allah akan terima, so solat sunat la yang akan tampung ketidaksempurnaan itu… pastu, kalau nana buat lawak sket, die gelak, then cepat2 istighfar, sebab tak elok kan ketawa banyak2… So, dalam fikiran saya, yes, he’s a good guy!

One day, nana bagitau saya laki tu serius nak jadikan die isteri.. Saya terkejut jgk, sebab rasenya masih terlalu awal…diorang baru kenal bape bulan, tak kan nak kawen terus kot.. Saya tak berani nak komen ape2 sebab saya tak kenal laki tu.. Cuma saya nasihat la, kalau boleh, kawan la lama sket, biar betol2 kenal die dulu.. Saya tak halang la, memandangkan laki tu baik kan… Biase la, orang baik, tak kan nak kawan lame2 kot, mesti nak kawen cepat kan..

Dalam last week, nana message saya lagi..Katanya, laki tu da pegi jumpa parent die..Hah??saya terkejut,,Ok, bagus la camtu..Itu tandanya laki tu benar2 serius dengan nana…Tapi !!!! dengan nada sedihnya nana mula bercerita, after laki tu jumpe parent nana, die mula berubah… takde message langsung macam biase and yang paling saya geram, die block nana kat fb..Kejam tak???...Nana tak tahu apa silap die sampai die buat camtu sekali… Die dah jumpa parent nana tapi die bley buat macam tu??..apa pandangan u all kat laki tu??...For me, die memang IRRESPONSIBLE!!!….Die ingat pegi jumpe parent ni benda main2 ke??...Malu la nana kat family…Tapi saya akui, nana pon silap jugak, terus bagi laki yang die sendiri pon tak bape nak kenal jumpe parent…Tapi biase la, tu sebenarnya pengajaran, supaya jangan mudah sangat percaya kat lelaki… For nana, jangan sedih2 ye, die bukan jodoh anda.. Lain kali kena lebih berhati2 .. Wallahua’lam :)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...